Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement
Mengandungi kandungan CC-BY-SA dari rencana Les' Copaque Production di Wikipedia (pengarang)


Logo Les Copaque Production

Les' Copaque Production Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor. Les' Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat pembikinan penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.

Sejarah[]

Les' Copaque ditubuhkan pada bulan Disember 2005 oleh penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Ariff. Syarikat ini ditubuhkan hasil daripada cetusan idea Hjh. Ainon Ariff kepada Hj. Burhanuddin agar mereka menceburi bidang perfileman. Mereka bersama tiga graduan MMU (Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim, dan Muhammad Usamah Zaid Yasin) telah memulakan syarikat tersebut. Mereka menamakan studio mereka sempena istilah bahasa Melayu "Last Kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.

Projek filem animasi mereka yang sulung, Misi Mustahak, yang merangkul empat anugerah pada tahun 2005: Karya Terbaik ("Best of the 10th MVA 2005") dan Pingat Emas Filem Animasi Pendek (Terbuka) di Anugerah Video Malaysia (MVA) ke-10; Tertiary Student Projects (Multimedia Kreatif) di MSC-APICTA 2005; dan Best of Multimedia University Collection 2005 di Creative Pixels, Galeri Seni Negara telah menarik minat penerbit untuk menubuhkan syarikat animasi bersama mereka.

Khidmat Les' Copaque pernah digunakan untuk membikin pesanan khidmat masyarakat serta satu iklan GT Jepun pada tahun 2006. Syarikat ini juga melangkah ke pembikinan cereka animasi pendek Geng: the Beginning pernah merangkul gelaran juara keseluruhan, filem animasi terbaik dan pengarah animasi terbaik di Anugerah Filem Pendek 2006.[1]

Pada tahun 2007, Les' Copaque memperkenalkan watak animasi yang tersohor di Malaysia, iaitu Upin & Ipin sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sementara mengusahakan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang turut menampilkan adik-beradik kembar tersebut. Filem Geng akhirnya keluar pada 12 Februari 2009[1], dan berjaya memungut hasil kutipan pawagam sekitar RM 6.3 juta[2], menjadikannya antara filem Malaysia yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Les' Copaque kemudiannya menghasilkan siri animasi kedua mereka, iaitu Pada Zaman Dahulu yang ditayangkan bermula tahun 2011 sehingga 2019 di TV Al-Hijrah (2011-2017) serta di Astro Prima dan Astro Ceria (2018-kini). Ini kemudian diikuti dengan penerbitan siri animasi Puteri yang disiarkan di TV3 pada tahun 2014.

Projek[]

Buat masa ini, Les' Copaque sedang melaksanakan projek taman tema pertama yang dirancang di Johor, bergantung kepada keadaan. Menurut Pengarah Urusan, Hj. Burhanuddin, Taman Tema Upin & Ipin ini dijangka akan mengambil masa selama empat hingga lima tahun sekiranya pihak kerajaan turut bekerjasama dengan Les' Copaque dalam pembinaan taman tema ini.

Kepimpinan Syarikat[]

Filmografi[]

Filem[]

Siri TV[]

  • Upin & Ipin (2007–kini)
  • Pada Zaman Dahulu (2011–kini)
  • Puteri (2014)
  • Upin & Ipin Iqra' (2019–kini)
  • Upin & Ipin: The Helping Heroes (2020–kini)

Rancangan Realiti[]

  • Kembara Warisan Detektif Upin & Ipin

Kerjasama[]

Les' Copaque juga berjaya menjalinkan hubungan dengan beberapa syarikat terkemuka. Pada tahun 2009, Les' Copaque telah menandatangani perjanjian dengan Nyla, sebuah syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan Majalah Komik Upin & Ipin sehingga tahun 2018. Les' Copaque juga melakar sejarah selaku syarikat animasi pertama yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat terkemuka dari Jepun, iaitu Tsuburaya Productions untuk menghasilkan dua episod Upin & Ipin bersama Ultraman Ribut pada musim kelapan dan kesembilan.

Alamat[]

No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement