Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Magik Pin Pin Pom" (tiga bahagian) merupakan episod ke-25, ke-26 dan ke-27 (episod ke-9 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.

Sinopsis[]

Cerita ini mengisahkan tongkat ajaib pin pin pom yang magik.

Plot[]

Bahagian 1[]

Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit dan Mei Mei sedang terbang beralaskan wau bulan (layang-layang) selepas membacakan mantera "pin pin pom". Tetapi selepas Susanti membacakan manatera "pin pin pom", wau Susanti tidak boleh terbang. Eshan pun membaca mantera "pin pin pom" agar wau Susanti juga boleh terbang. Tetapi mantera yang dibaca oleh Ehsan menyebabkan Susanti terbang dengan sangat bahaya. Mei Mei pun membaca sekali lagi mantera "pin pin pom" agar Susanti dapat mendarat dengan selamat. Mail menyatakan bahawa mungkin kerana tongkat ajaib Susanti yang sudah patah dan kemudiannya dibaiki dengan hanya menggunakan pita pelekat adalah sebab mantera Susanti tidak berkesan.

Upin & Ipin sedang mencari tongkat ajaib pin pin pom mereka di bilik, tetapi tidak jumpa. Tiba-tiba Kak Ros pun datang ke bilik Upin & Ipin. Upin & Ipin terkejut dengan kehadiran Kak Ros yang mukanya masih ada bedak sejuk yang berwarna putih. Kak Ros pun membacakan mantera "pin pin pom" agar almari di bilik Upin & Ipin dapat bergerak sedikit ke hadapan. Tiba-tiba, lipas hinggap di atas bahu Kak Ros, Kak Ros pun menjerit ketakutan. Upin berjaya menyepak lipas itu ke luar melalui tingkap menggunakan tangan. Kemudian, semasa Kak Ros sedang mengamuk, Upin memuji Kak Ros yang sudah pandai membuat magik menggerakkan barang. Kak Ros pun hilang niat untuk mengamuk lalu beredar dari bilik Upin & Ipin tanpa menyedari bahawa Kak Ros telah tertinggal tongkat ajaibnya di atas lantai bilik Upin & Ipin. Upin & Ipin pun menyuruh Kak Ros untuk mengembalikan almari ke kedudukan yang asal, tetapi Kak Ros memberitahu bahawa mantera itu belum diajar oleh Opah kepada Kak Ros. Upin & Ipin pun menggunakan tongkat ajaib Kak Ros untuk mengembalikan almari ke kedudukan asal, tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba, kotak ajaib telah jatuh dari atas almari. Maka, kotak tersebut pun memunculkan tongkat ajaib pin pin pom Upin & Ipin. Tetapi, tongkat ajaib itu telah menyebabkan huru-hara di dalam dapur.

Bahagian 2[]

Upin & Ipin pun membacakan mantera untuk memberhentikan huru-hara di dapur. Kak Ros terkejut dengan keadaan dapur yang tunggang-langgang. Selepas itu, kawan-kawan pun datang ke rumah Upin & Ipin dengan menaiki wau terbang. Upin & Ipin pun membaca mantera "pin pin pom". Maka Upin & Ipin pun terbang bersama kawan-kawan. Semasa Susanti & Mei Mei sedang terbang, burung-burung telah berlanggar dengan mereka. Maka Mei Mei & Susanti pun hilang kawalan. Upin & Ipin pun menyelamatkan Mei Mei dan Susanti. Tongkat ajaib Susanti patah lagi. Mei Mei pun menghilangkan diri dengan Susanti agar dapat membaiki tongkat Susanti.

Tiba-tiba, Upin, Ipin, Fizi, Ehsan, Mail dan Jarjit ternampak rumah terbiar dari atas langit ketika sedang bermain lumba layang-layang. Mereka pun turun untuk ke rumah terbiar itu. Tiba-tiba Mail & Jarjit hilang setelah menghampiri rumah terbiar itu. Kemudian, Ehsan pun hilang semasa mereka sedang mencari Mail & Jarjit. Maka tinggal-lah mereka bertiga (Upin, Ipin dan Fizi) ketakutan.

Bahagian 3[]

Setelah Upin , Ipin dan Fizi memasuki rumah tersebut, Ipin terjumpa buku ajaib. Upin pun datang untuk melihat buku tersebut. Di samping itu, Fizi juga telah hilang tanpa disedari oleh Upin & Ipin. Upin & Ipin menyatakan bahawa gambar dalam buku itu adalah ahli sihir yang paling hebat. Tiba-tiba, Upin & Ipin pun pengsan.

Setelah Upin & Ipin sedar dari pengsan, Mail, Jarjit, Eshan, Fizi, Upin & Ipin pun telah diculik oleh ahli sihir. Ahli sihir berterima kasih kepada Upin & Ipin kerana telah melepaskan nenek (ahli sihir) dari buku (penjara) ajaib. Apabila nenek membaca mantera "pin pin pom" dengan menggunakan salah satu tongkat ajaib, mantera yang dibaca nenek tidak berfungsi. Maka nenek pun marah. Nenek juga memberitahu bahawa tongkat ajaib milik nenek telah dirampas. Oleh itu, dia perlu mencari semula tangkat ajaibnya. Sambil itu, nenek masih cuba untuk membaca mantera pin pin pom dengan menggunakkan tongkat ajaib kawan-kawan. Tetapi, apabila mantera yang dibaca nenek tidak berfungsi, nenek membaling setiap tongkat ajaib ke arah belakang. Jarjit telah berjaya melepaskan simpulan yang dibuat oleh nenek. Maka, setelah membaling 6 tongkat ajaib ke belakang, Upin, Ipin, Mail, Ehsan, Fizi dan Jarjit pun menggunakan tongkat ajaib mereka untuk melepaskan diri dari rumah terbiar itu. Setelah berjaya keluar dari rumah terbiar itu, Atok pun datang menyelamatkan mereka. Atok juga telah mengunci nenek semula dalam rumah terbiar itu.

Sebuah keratan akhbar juga menunjukkan bahawa tongkat ajaib nenek kini milik Atok.

Triva[]

Galeri[]

Video[]

Tonton di RCTI+[]

Advertisement