Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement


Ismail bin Mail, lebih dikenali dengan timangan Mail, ialah salah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin.

Rupa[]

Bentuk kepala Mail membujur, dihiasi rambut undercut yang bercapah di tengah-tengah pada dahi. Dia selalu memakai kemeja T hijau berleher bulat, bertepi kuning dan berbintang jingga di tengah-tengah, serta seluar pendek biru.

Perwatakan[]

Dikenali dengan laungan "dua seringgit" ketika berniaga, Mail boleh disifatkan dengan sifat keusahawanan yang utuh. Dia amat mementingkan ketepatan dalam menilai dan menentukan harga barang yang diperdagangkannya, baik ayam goreng mahupun buah-buahan.

Bagaimanapun, pembawaan Mail seakan-akan sedikit megah di depan penonton kerana berbangga sebagai 'bakal usahawan' yang pandai berniaga muda-muda lagi. Hubungannya dengan Mei Mei agak dingin. Walau bagaimanapun, mereka berdua selalu membantu antara satu sama lain apabila memerlukan.

Dia juga seorang yang selalu bersikap bersahaja dan tenang diantara rakan rakannya. Gayanya yang selalu memeluk tubuh sudah cukup sebagai bukti yang dia sukakan kehidupan yang santai.

Dia juga seorang budak yang berdikari di lingkungan usianya. Walaupun dia mempunyai seorang abang, namun dia tetap akan mencari jalan untuk menjana pendapatan sendiri dengan berniaga.

Trivia[]

  • Pada permulaan, suara Mail agak garau berbanding dengan kawan-kawannya yang lain (kecuali Jarjit). Walau bagaimanapun, di musim kelapan, suaranya berubah menjadi sedikit kekanakan sehingga disedari oleh Upin.
  • Satu perkara yang menjadi keunikan buat Mail ialah apabila dia berniaga. Semua barangannya akan dijual pada harga RM 1 untuk dua barangan.
Advertisement