Wikia

Upin & Ipin Wiki

Mainan Baru

Bincang0
170laman di
wiki ini
"Mainan Baru"
Episod Upin & Ipin
Ui601
No. episod 1, 2, 3
Tarikh siaran asal 18 Mac 2012

"Mainan Baru" ialah episod pertama, kedua dan ketiga (tiga bahagian) dalam musim keenam siri Upin & Ipin.

PlotSunting

Bahagian 1Sunting

Ehsan main kereta

Mail, Jarjit, Fizi dan Ehsan bermegah dengan kereta kawalan jauh.

Upin dan Ipin membawa keluar kereta-kereta mainan mereka yang ditarik dengan tali untuk bermain di tempat main. Mereka dikejutkan oleh kedatangan Ehsan, Fizi, Jarjit dan Mail dengan kereta-kereta mainan elektronik yang dipandu dengan kawalan jauh, terutamanya sekali kereta Ehsan yang besar dan alat kawalan jauhnya dilengkapi dengan monitor kecil untuk melihat pemandangan di hadapan kereta itu sendiri.

Enam sekawan beradu kereta dalam satu lagi perlumbaan berhalang, iaitu kereta-kereta cara lama Upin dan Ipin lawan kereta-kereta kawalan jauh empat yang selebihnya. Nyata sekali empat kereta canggih itu mempamerkan kelebihan besar di halangan terowong kayu, apabila Upin dan Ipin bersusah payah mengeluarkan kereta mereka daripada terowong itu memandangkan mereka tidak terkecuali daripada peraturan melalui terowong tersebut. Ehsan menunjuk-nunjukkan kehebatan keretanya dengan melompat melalui tayar yang tergantung sedangkan yang lain hanya mampu berlumba di bawahnya, tetapi kereta itu menemui batasnya iaitu tidak kalis air apabila ia terpaksa berhenti tiba-tiba di depan rintangan air lalu tersimbah air oleh kereta-kereta lawan.

Persaingan sengit antara Mail dan Jarjit ke arah garisan penamat dipatahkan oleh kereta Fizi yang sampai di garisan penamat dulu setelah sekian lama mengekori dari belakang. Sambil ditertawakan oleh yang lain-lain terutamanya Ehsan, Upin dan Ipin kecewa kerana tidak dapat mengejar mereka dengan kereta-kereta mainan yang tidak secanggih yang lain. Selepas bermain dan meninggalkan kereta-kereta lama mereka di tempat bermain, mereka pulang dengan rasa tidak puas hati dan meminta Kak Ros untuk membelikan mereka kereta mainan kawalan jauh baru, tetapi sudah tentu Kak Ros menolaknya.

Pada malam hari, selepas habis menonton Pada Zaman Dahulu bersama Kak Ros dan Opah, Upin dan Ipin tertarik oleh sebuah iklan kereta mainan di kaca TV. Baru dua tiga saat menontonnya, Kak Ros tiba-tiba menukar saluran ke berita dengan niat untuk menahan nafsu Upin dan Ipin. Dengan geramnya, adik-beradik kembar itu merebut peti TV bersama kakak mereka. Opah yang gelisah melihat gelagat cucu-cucunya bertanya mengapa, maka Upin dan Ipin mengambil kesempatan untuk memujuk nenek mereka supaya membelikan mereka mainan baru.

Bahagian 2Sunting

U i ladang getah

Upin & Ipin ditolong oleh seorang penoreh getah.

Pada pagi keesokannya, Upin dan Ipin bersarapan dengan nasi lemak, sambil tertanya-tanya ke mana perginya Opah. Jawab Kak Ros, Opah pergi menoreh di ladang getah Ah Tong, dan dia juga memesan adik-adiknya untuk pergi membawa bekalan makanan Opah ke ladang itu.

Maka mereka pergi ke ladang getah untuk mencari Opah. Setelah ditunjuk jalan oleh seorang pekerja di situ, mereka dengan senangnya menemui Opah dan meninggalkan bekalan makanan di atas kain kelah dekat tempat Opah. Perhatian Upin dan Ipin dialih oleh bunyi buah getah yang menggugurkan biji getah lalu hendak bermain laga biji getah. Sambil cuba memecahkan biji getah, mereka termenung ke arah Opah yang keras bekerja menoreh getah dari pokok betul-betul di hadapan mereka, lalu berasa kasihan. Oleh itu, mereka dengan yakin diri menawarkan diri untuk menolong Opah, dan Opah menerima tawaran itu dengan menyuruh mereka mengumpul getah dari pokok-pokok lain.

Upin dan Ipin belajar bahawa susu getah yang diperah dari batang pokok getah itu dari cair menjadi kenyal setelah cukup lama ditadah dalam bekas, oleh itu ia tidak boleh dikeluarkan dengan mencurahkannya dari bekas ke dalam baldi begitu sahaja. Mereka mencontohi cara seorang lagi penoreh getah di situ dengan mengikis susu getah dengan tangan lalu memasukkannya ke dalam baldi. Akan tetapi, sepanjang masa Upin sahaja yang mengutip susu getah sementara Ipin hanya memegang baldi untuk menerima lemparan susu getah oleh Ipin dari belakang. Inilah yang membuat Ipin tidak puas hati lalu berasa hendak mengusik abangnya. Jadi kembar itu mula leka bermain dengan susu getah sehinggalah mereka disuruh makan oleh Opah.

Selepas makan berkelah, Upin, Ipin dan Opah membawa hasil torehan mereka ke pondok timbang untuk ditimbang beratnya oleh tauke ladang sendiri, Ah Tong. Jumlah hasil torehan Upin dan Ipin amat mengagumkan, maka Ah Tong memberi mereka gaji seringgit seorang sebagai ganjaran.

Bahagian 3Sunting

Sekembali mereka ke rumah, mereka sekali lagi mengisi masa dengan mengusik Kak Ros yang sibuk menyaring kekacang. Kak Ros dengan nada tegasnya menegur adik-adiknya bahawa mereka terlalu mengharapkan pemberian daripada memberi, apatah lagi Opah bersusah-payah di ladang getah demi memenuhi permintaan mereka berdua akan kereta baru itu.

Kemudian, Upin dan Ipin menjenguk Opah yang sedang menyapu-nyapu kakinya di biliknya. Kasihan melihat keperitan Opah, Upin dan Ipin menawarkan diri untuk menguratnya. Setelah mendengar kata-kata Upin dan Ipin tentang apa yang dikatakan oleh Ros tadi, Opah membetulkan mereka bahawa dia bukan bekerja di ladang getah semata-mata demi mereka, malah seronok bekerja di situ. Opah juga memberi mereka wang upah sepuluh ringgit seorang, tetapi mereka menolak kerana merasa diri mereka tidak ikhlas, apatah lagi mereka sudah menerima gaji seringgit seorang di ladang tadi. Opah berpesan lagi agar mereka menyimpan duit upah yang kecil itu dan gunakan duit upah besar yang diberikannya untuk membeli kereta mainan baru.

Keesokan hari, Ehsan, Fizi, Jarjit dan Mail turun padang lagi untuk berlumba kereta. Kali ini, Mei Mei datang sekali untuk mengajak mereka bermain masak-masak, tetapi Ehsan mempergunakan keretanya untuk mengusik Mei Mei. Dengan rasa geram, Mei Mei menarik kereta sorongnya hingga terhentak kereta Ehsan, membuat tuan punya kereta itu gemuruh kerana keretanya yang mudah rosak. Seperti yang diduga, Upin dan Ipin kembali untuk berlumba, tetapi kali ini dengan kereta mainan kawalan jauh yang sama canggih dengan kereta-kereta yang lain.

Walau apapun, Ehsan tetap bermegah-megah dengan kereta besarnya, sehinggalah baterinya kehabisan sebelum mereka semua sempat memulakan perlumbaan. Ehsan diperli supaya bermain masak-masak dengan Mei Mei, tetapi tetap hendak beradu kereta. Upin dan Ipin memberinya salah satu kereta lama mereka untuk berlumba, bukan kerana kasihan, tetapi untuk menunjukkan rasanya apabila terpaksa bergelut dengan kereta mainan yang tidak canggih dalam perlumbaan berintang.

KesilapanSunting

  • Dalam babak perebutan TV antara Upin dan Ipin dan Kak Ros, suara pemberita dari saluran yang menyiarkan berita masih terdengar ketika peti TV ditala kepada siaran iklan.
  • Semasa opah dan kawan - kawannya makan di ladang getah , tangan NyoNya tidak memegang apa-apa padahal tangannya seperti memegang sesuatu.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak