Fandom

Upin & Ipin Wiki

Menjelang Syawal

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Menjelang Syawal"
Episod Upin & Ipin
No. episod 16, 17, 18
Tarikh siaran asal 10 September 2010

"Menjelang Syawal" ialah episod ke-16, 17, 18 dalam musim keempat siri TV Upin & Ipin dan Kawan-kawan. Episod-episod ini disiarkan khas sempena Aidilfitri.

Ringkasan

Bahagian 1

Dua hari sebelum lebaran, Upin dan Ipin hairan Opah tidak keluar untuk bersahur, kononnya sudah makan awal. Pagi nanti, Tok Dalang mengedarkan bungkusan dodol kepada kanak-kanak sebelum pergi beraya di Kuala Lumpur bersama anak cucunya. Waktu berbuka, sekali lagi Opah tidak kelihatan, dan terpaksalah Ros menjelaskan kepada Upin dan Ipin bahawa Opah tidak sihat. Maka Upin dan Ipin menjenguk Opah di bilik tidurnya, dan Opah memesan mereka agar berdoa demi kesejahteraannya.

Bahagian 2

Selepas siap mengurut-urut Opah yang kesakitan, Upin dan Ipin juga membantu Kak Ros mengemas rumah sampai bersih sempena Hari Raya. Di tengah-tengah kerja, mereka menerima panggilan dari Tok Dalang, tetapi tanpa sengaja mereka mengotorkan lantai yang baru dimop dengan kaki semata-mata untuk ke arah telefon.

Bahagian 3

Hari Raya sudah tiba sekali lagi, mujurlah Opah cukup sihat untuk beraya bersama cucu-cucu dan jiran tetangga tersayang. Keluarga Upin dan Ipin menyambut kedatangan semua rakan-rakan setadika mereka, kecuali Susanti yang pulang ke Jakarta untuk beraya. Upin dan Ipin boleh berhubung dengan Susanti menerusi telefon.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak