FANDOM


Oopet
Watak Upin & Ipin
Oopet
Penampilan
sulung
"Geng: Pengembaraan Bermula"
Penampilan
terakhir
"Geng: Pengembaraan Bermula"
Pelakon
suara
Ida Rahayu Yusoff
Oopet ialah seekor watak yang muncul dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula. Ia merupakan makhluk ganjil yang datang dari alam lain yang boleh dimasuki melalui sebuah gua dekat Kampung Durian Runtuh. Di alam itu, ia tinggal bersama ibunya, dan ia datang ke alam manusia untuk mencari dan menyelamat ibunya yang ditangkap oleh geng pemburu Pak Mail, Singh dan Salleh.

Spesies Oopet mampu bertutur dalam suatu bahasa tersendiri yang semaju bahasa manusia. Hanya Rajoo sebagai pengantara haiwan satu-satunya manusia yang boleh memahami dan menterjemahkan kata-katanya.