Fandom

Upin & Ipin Wiki

Opah

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Mak Uda (Opah)
Watak Upin & Ipin
9 opah.png
Penampilan
sulung
"Esok Puasa"
Pelakon
suara
Hajah Ainon Ariff

Mak Uda ialah nenek sebelah ibu kepada Upin, Ipin dan Ros dan ketua keluarga mereka, dan lebih mesra dikenali sebagai Opah oleh cucu-cucunya dan kawan-kawan mereka.

Rupa

Muka Opah berbentuk segi lima, dengan tahi lalat pada pipi kirinya. Dia selalu memakai baju kurung biru muda berbunga biru biasa, sarung perang bercorak batik, dan alas kepala biru. Pada musim raya, dia gemar berpakaian serba hijau.

Perwatakan

Opah ialah seorang warga emas yang berlemah-lembut anginnya jika dibandingkan dengan Ros, khususnya ketika melayan kenakalan Upin dan Ipin, sehingga dia disangka memanjakan adik-beradik kembar itu. Dia kaya dengan pengetahuan duniawi dan keagamaan. Walaupun usianya lanjut, namun dia tetap kuat badan dan ingatannya. Usianya boleh dibayangi dengan memori hidup sewaktu zaman Jepun dalam episod "Kami 1Malaysia".

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak