Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Pengalaman Puasa" (tiga bahagian) merupakan episod ke-13, ke-14 dan ke-15 dalam musim ke-8 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Kunci jam loceng

Janji bangun awal.

Pada malam pertama Ramadan, Upin dan Ipin girang menyambut ketibaan bulan mulia. Kak Ros seperti biasa dengan nada sinis memesan mereka supaya jangan liat untuk bangun bersahur. Balas Upin dan Ipin, mereka sudah pandai bangun sendiri dan tidak perlu dikejutkan, kemudian mereka menanya Opah pukul berapa sahur. Jawabnya, pukul lima. Dengan itu, Ipin cepat-cepat mengunci jam loceng kepada pukul lima.

Upin dan ipin mengantuk sahur

Tepat pada masanya.

Tiba pukul lima subuh, Ros yang baru terjaga melihat Upin dan Ipin masih nyenyak tidur walaupun jam loceng berbunyi, kemudian berjalan terus ke ruang makan. Opah di situ memesan Ros untuk mengejutkan adik-adiknya, tetapi Ros enggan dengan alasan mereka sendiri kata mahu bangun sendiri. Opah menegur tindakan Ros itu kerana mengejutkan orang untuk bersahur mendatangkan pahala. Tiba-tiba sahaja Upin dan Ipin muncul dalam keadaan baru terjaga.

Setelah mengambil tempat duduk masing-masing, Upin dan Ipin berdoa sebelum makan walaupun masih mengantuk. Dalam pada itu, Opah memesan mereka supaya banyak mengamalkan ibadah pada bulan puasa, contohnya bersembahyang, mengaji, bersedekah dan sebagainya. Ros mencelah dengan mencemuh adik-adiknya kerana hanya tahu makan. Oleh itu, Opah menegur Ros bahawa bulan puasa bukan hanya untuk menahan lapar dan dahaga, bahkan juga menjaga percakapan, pendengaran dan penglihatan. Tambah Upin dengan nada sinis, "baru dapat pahala". Itu membuat Ros naik geram. Mujurlah Opah memesan Ros lagi supaya bersabar dengan adik-adik.

Ehsan bayangkan kuih-muih

Makanan, makanan...

Di tadika pagi hari, semua kawan-kawan berkumpul semeja untuk membincangkan betapa sedapnya makanan di Bazar Ramadan yang dinanti-nanti, lebih-lebih lagi Mei Mei yang tidak berpuasa, Ehsan yang tidak habis-habis menyebut contoh makanan hingga Fizi pun khayal tentang makanan, dan Ipin si penggemar ayam goreng. Mail juga turut serta dalam Bazar Ramadan dengan menawarkan ayam golek yang lebih mahal daripada "dua seringgit".

Upin tiru opah

Opah kata...

Tiba-tiba Mei Mei tegas mengingatkan kawan-kawan Muslimnya supaya tidak selalu memikirkan makanan kerana puasa. Upin setuju dan menegur Ehsan kerana kata-katanya membuat Fizi mengecurkan air liurnya. Dengan itu, Upin meniru Opah (dengan kumbang kura-kura sebagai tahi lalatnya) sambil menyampaikan nasihat Opah kepada kawan-kawan, "Bulan puasa, kalau asyik bercakap pasal makanan sampai orang yang mendengar itu terliur, nanti kurang pahala." Kata-kata itu membuat Fizi marah terhadap tindakan Ehsan tadi. Tambah Upin lagi dengan nasihat Opah, "Puasa, tak boleh marah-marah. Nanti lagi kurang pahala." Susanti setuju dan bertambah, orang berpuasa harus banyak bersabar. Maka Fizi menyesal kerana 'kehabisan' pahalanya.

Bola ehsan penyek

Ehsan dah lupakah pesan Upin pasal marah-marah bulan puasa di tadika tadi?

Petang kemudian di tempat bermain, Upin, Ipin dan Ijat sepasukan beradu bola sepak dengan Ehsan, Fizi dan Jarjit sambil disorak oleh Mei Mei dan Susanti. Jarjit merembat jaringan dengan sepakan yang kencang hingga bola terjatuh ke dalam semak dan penyek. Bola itu milik Ehsan, jadi Ehsan marah dan dan menuntut ganti pada Jarjit. Jarjit cuba meminta ampun, tetapi akhirnya dikejar oleh Ehsan dan lain-lain.

Pada masa yang sama, Tok Dalang menunggang motosikal, kebetulan melalui kejaran. Upin dan Ipin berhenti untuk bertanya Tok Dalang ke mana. Jawabnya, dia mahu pergi melihat "lembu sapi" untuk disembelih sempena Hari Raya kelak. Setelah Tok Dalang beredar, Upin dan Ipin mula rasa takut akan nasib Sapy.

Bahagian 2[]

Sapy masih ada

Sapy belum dibawa untuk disembelih.

Upin dan Ipin tergesa-gesa berlari ke warung untuk bertanya kepada Muthu di mana Sapy. Rupa-rupanya Sapy masih ada dalam keadaan sihat, meragut rumput di kawasan bersebelahan. Oleh itu kembar itu menarik nafas lega. Selepas itu, Upin dan Ipin melibat beberapa orang sedang makan di warungnya, rata-rata kelihatan seperti orang tempatan, lalu bertanya mengapa Muthu membuka warung siang hari sedangkan bulan puasa. Jelas Muthu, puasa itu hanya untuk umat Islam dan Muthu melarang orang Islam untuk membeli makanannya pada siang-siang bulan puasa.

Tiba-tiba, kedengaran suara halus seseorang memesan makanan bungkus. Orang itu menyorok di rusuk belakang Sapy, memanggil Muthu dengan halus supaya tidak disedari orang lain. Malangnya usaha itu dikantoikan oleh Upin dan Ipin, maka Muthu terpaksa mengusir orang itu. Orang itu menepuk punggung Sapy dan menunggangnya pergi. Kemudian Muthu tiba-tiba lalai mengajak Upin dan Ipin minum pula, maka Upin dan Ipin mengingatkan Muthu bahawa mereka berpuasa.

Sapy masih ada 2

Sapy mendengar perbualan orang... tentang nasibnya?

Senja nanti, Upin dan Ipin menyambut kepulangan Tok Dalang di hadapan rumahnya lalu merayu kepadanya supaya jangan menyembelih Sapy (yang kelihatan terikat di halaman rumah Tok Dalang setelah dilarikan tengah hari tadi). Tok Dalang terbahak-bahak dan menjelaskan bahawa mereka telah salah faham, kerana Tok Dalang pergi mencari "lembu berbulu sapi" untuk disembelih, bukan Sapy. Sekali lagi kembar itu menarik nafas lega.

Upin dan Ipin menyedari Tok Dalang yang mengeluarkan makanan bungkus dan ayam goreng yang dari motosikalnya. Mereka mengambil kesempatan untuk memerli Tok Dalang sama ada dia mampu menghabiskan makanan sebanyak itu, tambahan pula dengan pesan Opah supaya jangan membazir makanan kerana itu akan menolak pahala. Tok Dalang membalas dengan menyerahkan makanan bungkus kepada mereka. Namun yang mereka minta adalah ayam goreng, jadi Tok Dalang bermuram dan akur. Selepas Upin dan Ipin berterima kasih dan beredar, Tok Dalang memadamkan muram dan mengeluarkan lebih banyak ayam goreng dari motosikalnya.

Opah makan ayam goreng upin dan ipin

Opah, itu kita orang punya...

Waktu berbuka puasa, dua ketul ayam goreng dari Tok Dalang siap disajikan di atas meja. Opah hairan mengapa hanya dua sahaja yang dibawa pulang, sementara Ros membidas sikap adik-adiknya yang mementingkan diri berkenaan ayam goreng itu. Opah berpesan kepada Kak bahawa tiada salahnya bertukar-tukar makanan dalam bulan puasa, sambil mengambil seketul ayam goreng hingga mengilankan Upin dan Ipin.

Dengan itu Ros memesan adik-adiknya supaya membalas pemberian Tok Dalang. Ini mencetuskan pertengkaran antara Upin dan Ipin dengan Kak Ros, tetapi cepat diredakan oleh Opah yang berpesan "memberi biar ikhlas, baru dapat pahala", sambil mengambil ayam goreng yang satu lagi. Upin dan Ipin akur kepada teguran Opah dan merelakan ayam goreng mereka diambil habisnya.

Bahagian 3[]

Jarjit lupa sarapan

Jarjit tidak sempat bersarapan tadi.

Keesokan pagi di tadika, Cikgu Melati memulakan pelajaran dengan bertanya kepada murid-murid berkenaan pengalaman puasa mereka. Kesemua murid (terutamanya yang beragama Islam) langsung tidak mengeluh, kecuali Jarjit yang meraung kelaparan. Fizi hairan bertanya kerana Jarjit tidak berpuasa; jawabnya, dia bangun lambat dan tidak sempat bersarapan! "Dugaan", ulas Cikgu Melati.

Cikgu Melati menanya murid-murid apa yang tidak dapat dilupakan sewaktu berpuasa. Mei Mei (yang tidak beragama Islam) mengangkat tangan dahulu, membuat satu kelas hairan. Sebaik sahaja tampil di hadapan, Mei Mei bercerita bahawa pada suatu hari puasa di bulan Ramadan, dia membeli dan makan kuih puas-puas. Cerita Mei Mei diperli oleh Mail yang berfikir tentu Mei Mei akan gemuk ekoran makan banyak-banyak. Cikgu Melati mengambil kesempatan untuk mencatatkan kuih senyap-senyap dalam buku nota, hingga dia dipanggil oleh Mei Mei. Ehsan pula berangan-angan makanan gara-gara cerita tadi.

Fizi di gurun

Kenapa Fizi boleh ada di gurun?

Selepas itu, giliran Fizi untuk menceritakan pengalamannya. Alkisah, Fizi pada suatu ketika terkandas sambil kebuluran di tengah-tengah gurun yang panas terik dan kering-kontang. Tiba-tiba dia terlihat ais kacang di atas meja lalu berlumba-lumba ke arahnya, hanya untuk menyedari bahawa itu hanya satu logamaya. Rupa-rupanya babak gurun itu cuma satu bayangan, padahal dia sebenarnya berada di masjid dan membuka pili untuk membasuh. Tiba-tiba Ehsan menepuk belakangnya hingga dia tertelan air itu, maka puasanya batal. Balas Upin kepada cerita itu, makan atau minum tidak sengaja tidak membatalkan puasa. Sambung Fizi, dia tidak menyedari hal itu lalu makan sebelum waktu berbuka, mengundang bidasan Ehsan.

Pesan Cikgu Melati, jika sengaja berkumur-kumur tanpa sebab yang munasabah pada waktu puasa, maka batallah puasanya. Namun Fizi dimaafkan kerana tidak sedar ketika itu. Bersambung kisah pengalaman puasa, Cikgu Melati memilih Upin dan Ipin untuk bercerita.

Teruknya rupa

Isy isy isy, teruknya rupa.

Alkisah, pada suatu hari di waktu senja, Upin dan Ipin melenguh-lenguh kelaparan di tangga depan rumah sambil memanggil-manggil Kak Ros sudahkah waktu berbuka. Tok Dalang bersinggah di rumah mereka dan mengulas betapa 'teruknya rupa' kembar yang penat berpuasa. Tok Dalang memesan mereka supaya tidur sambil menunggu waktu berbuka, tetapi Ipin beralasan dengan pesan Opah bahawa dalam waktu puasa tidak boleh banyak tidur kerana itu perbuatan makruh.

Jadi Tok Dalang mengajak mereka untuk makan angin. Sekali terdengar kata "makan", Upin dan Ipin bertanya tidakkah itu membatalkan puasa. Jelas Tok Dalang, makan angin itu tidak mengenyangkan. Jadi Upin dan Ipin tanpa was-was menerima pelawaan itu untuk makan angin dan melupakan rasa penat dan lapar ketika berpuasa. Setelah habis bercerita, Upin dan Ipin mendapat pujian daripada Cikgu Melati yang meminta murid-murid mereka supaya mencontohi mereka. Ulas Mail pula, kembunglah perut dengan makan angin itu. Balas Cikgu Melati, "kembung perut, buanglah angin."

Tonton di RCTI+[]

Advertisement