Fandom

Upin & Ipin Wiki

Pesta Cahaya

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Pesta Cahaya"
Episod Upin & Ipin
1008 title.jpg
No. episod 22, 23, 24
Tarikh siaran asal 29 Oktober 2016

"Pesta Cahaya" merupakan episod ke-22, ke-23 dan ke-24 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh.

Plot

Bahagian 1

Upin dan Ipin cuba memesan makanan di gerai Muthu, namun sayang sekali Muthu mahu menutup gerai kerana mahu menyambut Deepavali. Sekali terdengar Deepavali, Upin dan Ipin meminta murukku. Maka Muthu mengambilkan sekotak murukku dengan sekelip mata untuk Upin dan Ipin makan.

Ah Tong singgah di gerai Muthu mahu makan sekali, tetapi sayangnya murukku dimakan habis. Apapun, Muthu mengambil kesempatan untuk menjemput Upin, Ipin dan Ah Tong ke jamuan Deepavali di rumahnya dengan cara muzikal yang mengasyikkan hingga semua pun menyanyi sambil menari sekali. Tok Dalang pun datang singgah, hairan melihat gelagat mereka berempat.

Gurau senda tiba-tiba dipatahkan oleh Rembo yang meluru keluar dari pondok bermain. Upin dan Ipin pergi tengok pondok dan mendapati seni kolam yang dibuat oleh Mei Mei, Devi dan Susanti dirosakkan oleh Rembo. Jadi Upin dan Ipin menolong membaiki kolam itu sambil mencari jalan untuk menyakat Rembo daripada mengacau lagi.

Bahagian 2

Upin dan Ipin dijemput melengkapkan kolam di dalam pondok bersama Mei Mei, Devi dan Susanti, masing-masing menggambarkan muka mereka di tengah kolam. Apabila siap, sudah waktu senja. Namun Rembo sekali lagi masuk mengacau kerana Jarjit tidak sengaja melepaskannya dari raga.

Keesokan hari, Upin dan Ipin bermain bola sepak di tengah jalan di depan kedai runcit tetapi ditegur jangan oleh Opah. Pada masa yang sama, Muthu datang memandu kereta lembu yang ditunda oleh Sapy dengan membawa bekalan untuk beraya. Upin dan Ipin dijemput menumpang kereta Muthu. Sayangnya keseronokan menumpang kereta lembu berakhir awal apabila kereta melalui jalan kasar berkerikil menyebabkan kereta runtuh dan bekalan bertaburan.

Maka Upin dan Ipin terpaksa menolong Muthu mengangkat semua barang ke rumahnya. Sambil itu mereka pun terpaksa menghalau sekawan angsa yang datang mencuri makan. Namun begitu Muthu menegur mereka berdua pula kerana hendak belas kasihan dengan haiwan. Nasib malang bertambah buruk apabila Muthu jatuh dipatuk angsa ketika mengangkat bungkusan bekas pelita, menyebabkan semuanya pecah. Maka Muthu pun beresak-esak kerana ketiadaan cahaya untuk beraya nanti.

Bahagian 3

Upin dan Ipin menceritakan kisah malang Muthu kepada Opah. Opah menceritakan betapa pentingnya cahaya pelita bagi masyarakat Hindu sempena Deepavali, iaitu melambangkan "kehidupan, kebaikan, kemenangan dan kegembiraan", maka dari situlah erti Deepavali sebagai perayaan cahaya.

Keesokan harinya siang menjelang Deepavali, maka Upin dan Ipin pergi menziarahi Muthu. Rumahnya serba sepi gara-gara kejadian semalam, apalagi kolamnya belum siap. Maka Upin dan Ipin menyiapkan kolam, menyalakan pelita dan cuba memujuk Muthu untuk keluar. Sekali keluar, air muka Muthu bertukar dari duka menjadi suka, lalu dia memuji usaha kembar berdua untuk mengembalikan semangat beraya. Ini juga berkat daripada Tok Dalang dan Ah Tong yang turut menolong.

Malam harinya, Upin dan Ipin membawa kawan-kawan pergi ke rumah Muthu untuk merayakan Deepavali. Halaman rumah Muthu sudah ada banyak kolam, termasuk satu yang tidak berwarna untuk haiwan makan. Tok Dalang, Ah Tong dan lain-lain sudah pun hadir. Juadah pun siap memenuhi meja, menanti budak-budak yang mahu mengisi selera. Yang paling berseri sekali ialah Devi yang memakai sari, melengkapi majlis Deepavali di rumah Muthu dengan menyanyi sambil menari beramai-ramai ibarat babak-babak muzikal dalam filem India.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak