Fandom

Upin & Ipin Wiki

Pim Pim Pom

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Pim Pim Pom"
Episod Upin & Ipin
Title0711.jpg
No. episod 31, 32, 33
Tarikh siaran asal 16 November 2013

"Pim Pim Pom" ialah episod ke-31, ke-32 dan ke-33 (episod ke-11 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ketujuh siri Upin & Ipin.

Plot

Bahagian 1

Magicshow.jpg

Persembahan ahli silap mata.

Episod dimulakan dengan persembahan ahli silap mata yang mengeluarkan seekor arnab dari topi ajaibnya, tetapi arnab itu rupanya nakal dan berjaya mengatasi tuannya dengan menukarkannya menjadi burung dengan tongkat sakti. Persembahan itu disaksikan dengan penuh kekaguman oleh Upin dan Ipin menerusi siaran televisyen, hingga mereka terdorong untuk menjadi ahli silap mata, lebih-lebih lagi Ipin yang ingin menggunakan silap mata untuk mendapatkan ayam goreng yang banyak.

Aiskrimsilapmata.jpg

Aiskrim muncul secara ajaib.

Kebetulan pula, perut mereka berkeroncong kelaparan, maka Upin dan Ipin segera bergegas ke bilik dapur. Sayangnya, tidak terdapat makanan di bawah tudung saji mahupun di dalam peti ais, maka mereka cuba menjelmakan makanan dengan senduk kayu sebagai tongkat sakti. Tanpa disangka-sangka munculnya dua bungkus aiskrim di depan mata mereka, tetapi itu bukan hasil silap mata, rupanya pemberian Kak Ros yang muncul tanpa disedari!

Sambil menikmati aiskrim, Kak Ros memesan adik-adiknya supaya segera mengemaskan bilik mereka kerana sudah bersepah. Ipin dengan nakalnya mengambil kesempatan ini untuk cuba menghilangkan Kak Ros dengan senduk, tetapi akhirnya tertangkap dan kedua-dua kembar menerima hukuman tampar dan dirampas aiskrim mereka.

Curikeluar.jpg

Cubaan keluar rumah senyap-senyap.

Namun demikian, Upin dan Ipin tetap ingkar kepada suruhan Kak Ros dan cuba menyelinap keluar melalui ruang tamu di mana Kak Ros sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah. Cubaan mereka dipatahkan dan Kak Ros dengan tegasnya menyerahkan senarai kerja untuk dibuat. Di bilik, Upin dan Ipin mengeluh betapa bersepah bilik mereka, hingga mereka terbayangkan alangkah baiknya mereka ada kuasa silap mata untuk mengemaskan bilik dalam sekelip mata.

Yang mengejutkan lagi, senarai kerja sebenarnya panjang, bukan setakat mengemaskan bilik, bahkan juga seluruh rumah, jadi Upin dan Ipin pun hilang semangat untuk menyambung kerja lalu terlantar di atas katil. Upin menghajatkan supaya mereka diberi tongkat silap mata untuk mempercepatkan kerja mereka. Dengan selafaz "pim pim pom" sambil menelunjuk ke atas, tiba-tiba sahaja sebatang tongkat sakti berbentuk senduk muncul di dalam genggaman Upin.

Bahagian 2

Impianjadikenyataan.jpg

Impian menjadi kenyataan!

Termakbul juga hajat Upin dan Ipin untuk menjadi ahli silap mata, siap dengan busana lagi, maka gembiralah mereka! Namun kegirangan mereka diganggu oleh lipas di atas lengan Ipin, lantas Upin cuba meleraikannya dengan tongkat saktinya. Malangnya lipas itu tidak hilang, sebaliknya menjadi besar bagai raksasa! Mujurlah Ipin menggunakan tongkat saktinya untuk betul-betul menghilangkan lipas itu (sebenarnya menukarkannya menjadi kupu-kupu).

Kemasdapur.jpg

Seluruh bilik dapur dihidupkan.

Dengan kuasa baru mereka, bolehlah Upin dan Ipin menyiapkan semua kerja dalam senarai panjang yang diberikan oleh Kak Ros itu. Maka mereka bergegas ke bilik dapur untuk menghidupkan penyapu, kain lap, mop, singki dan lain-lain perkakasan untuk bergerak sendiri mengemaskan bilik dapur.

Kemasmeja.jpg

Upin dan Ipin menunjukkan penangan mereka kepada Kak Ros.

Setelah bilik dapur siap dikemaskan, Ahli Silap Mata Upin dan Ipin dengan bangganya menuju ke arah Kak Ros untuk mengumumkan bahawa kerja mereka telah menyiapkan kerja dengan kuasa silap mata. Akan tetapi, Kak Ros melayan mereka secara acuh tak acuh. Upin dan Ipin cuba menarik perhatian kakak mereka dengan melakukan silap mata untuk mengemaskan meja kopi dan juga meja belajar Kak Ros. Reaksi Kak Ros kali ini agak mengilankan adik-adiknya, seolah-olah dia sekian lama mengenali mereka sebagai ahli silap mata. Kak Ros juga mengingatkan Upin dan Ipin bahawa mereka dijadualkan untuk mengadakan persembahan silap mata di warung Muthu.

Persembahansilapmatau i.jpg

Entah kenapa kita jadi begitu terkenal...

Walaupun rasa hairan, Upin dan Ipin dengan bertemankan Kak Ros tetap ke warung Muthu untuk menunaikan 'jadual' mereka. Rasa bingung mereka tidak hilang walaupun dibawa naik ke pentas sambil disorak-sorak oleh para pelanggan warung. Malah Muthu berpesan kepada mereka supaya melakukan persembahan dengan betul, jika tidak mereka tidak akan diberi makan ABCD lagi.

Airsimbahjadibuih.jpg

Kejutan yang mempesonakan!

Setelah tergamam seketika, Upin akhirnya mencari jalan dengan meminta Muthu supaya menghulurkan jag air di atas meja pelanggan kepada Ipin. Kemudian untuk silap matanya, Upin menyimbahkan isi airnya ke arah penonton, kemudian menukarkan air itu kepada buih, dan kemudian kupu-kupu! Maka para penonton dengan takjubnya bersorak memuji-muji kehebatan ahli-ahli silap mata cilik berdua, malah bersama-sama menuntut supaya mereka melakukan satu lagi silap mata! Oleh itu, Ahli Silap Mata Upin dan Ipin "melayan" tuntutan para penonton itu dengan menghilangkan diri secara silap mata dan berteleport ke halaman rumah mereka.

Bahagian 3

Autografasiu i.jpg

Autograf untuk seorang bukan peminat yang mengambil kesempatan.

Baru sahaja balik ke rumah, Ahli Silap Mata Upin dan Ipin menyambut kedatangan Mail yang berhasrat untuk mendapatkan tandatangan. Yang memeranjatkan ialah bukan sekali sahaja, malah berulang-ulang sehingga cukup satu buku untuk dijual oleh Mail kepada orang ramai pada harga "dua seringgit" walaupun Mail sendiri bukan penggemar silap mata.

Kemudian, Ahli Silap Mata Upin dan Ipin beralih kepada Tok Dalang yang kelihatan sedang mengendalikan reban Rembo. Tok Dalang mengambil kesempatan dengan pengunduran diri kembar itu untuk meminta mereka tolong membersihkan reban ayam tanpa menggunakan silap mata. Oleh itu, Upin dan Ipin memutuskan untuk melenyapkan diri dan pergi bermain dengan kawan-kawan.

Kenasimbah.jpg

Tiba-tiba saja ada air.

Ahli Silap Mata Upin dan Ipin bermain lumba kereta kawalan jauh dengan Ehsan dan Fizi. Sebaik sahaja Ehsan mara ke depan dengan kereta besarnya, Ipin menggunakan tongkat sakti untuk menghilangkan roda-roda kereta Ehsan supaya dapat menang. Seperti yang dijangka, ini membuat Ehsan geram. Kemudian, Upin dan Ipin beralih kepada masak-masak bersama Mei Mei dan Jarjit di pondok, di mana Upin tidak berpuas hati dengan bermain dengan cawan kosong lalu mengambil kesempatan untuk bernakal dengan menjelmakan air simbah saat Mei Mei dan Jarjit mendekati bibir cawan masing-masing.

Akhir sekali, apabila Ehsan, Fizi, Mei Mei dan Jarjit bermain enjit-enjit semut. Jarjit mencuit terlalu kuat hingga dimarah-marahi oleh yang lain, kemudian mengeluh, "Dua tiga betul juga, jangan main kalau tak suka." Upin dan Ipin yang masih berlagak ahli silap mata ingin turut bermain sekali, tetapi ditolak kerana sudah cukup orang. Oleh itu, Upin menghilangkan Ehsan dengan tongkat sakti. Akibatnya, Fizi, Mei Mei dan Jarjit serik dengan kenakalan Upin dan Ipin bersilap mata dan memutuskan persahabatan sebelum bergegas mencari Ehsan. "Dua tiga bunga raya, kamu bukan kawan saya!"

Mainsendiri.jpg

Elok juga bermain silap mata sendiri.

Ahli Silap Mata Upin dan Ipin kembali ke rumah dengan serba salah kerana kehilangan kawan-kawan gara-gara silap mata mereka. Namun rasa serba salah itu diubati dengan ikhtiar untuk bermain berdua-duaan di dalam bilik dengan menghidupkan mainan-mainan sendiri. Layang-layang pun mereka main dengan tongkat sakti di tangga anjung rumah. Kebetulan pula Fizi, Mei Mei dan Jarjit berjalan lintas rumah mereka, maka Ahli Silap Mata Upin dan Ipin mengambil kesempatan untuk menyapa mereka tetapi dibalas dengan rasa meluat. Barulah mereka sedar bahawa bermain dengan kawan-kawan lebih seronok.

Verysorry.jpg

Hairan kenapa mereka minta maaf.

Setelah penat mengerjakan silap mata hingga tergadai persahabatan, rupa-rupanya semua yang telah berlaku itu adalah igauan semata-mata yang dibuahkan dalam tidur siang Upin dan Ipin yang akhirnya dipatahkan oleh Kak Ros. Sebaik sahaja menyedari igauan adik-adiknya, Kak Ros menegur mereka kerana menyalahgunakan kuasa silap mata. Sejurus kemudian terdengarlah suara Ehsan yang mereka hilangkan dalam mimpi, maka mereka berdua meluru keluar rumah lalu meluahkan ikrar untuk tidak bermain dengan kawan-kawan seperti seadanya tanpa silap mata. Ehsan dengan Fizi, Mei Mei, Jarjit dan Mail bingung terdengar itu, tetapi sebaik sahaja terdengar laungan marah Kak Ros kerana gagal menyiapkan kerja mengemas, mereka bertujuh tanpa berlengah mencabut lari dari halaman rumah.

Kesilapan

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak