Fandom

Upin & Ipin Wiki

Pisang Goreng Ngap Ngap!

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Pisang Goreng Ngap Ngap!"
Episod Upin & Ipin
1001 title.jpg
No. episod 1, 2, 3
Tarikh siaran asal 9 April 2016

"Pisang Goreng Ngap Ngap!" merupakan episod pertama, ke-2 dan ke-3 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh. Tayangan perdana episod ini adalah dalam format 30 minit bermula pada 7.30 malam.

Sinopsis

Upin dan Ipin belajar tentang pisang, pelbagai jenisnya dan kegunaannya. Di samping menolong Tok Dalang menguruskan kebun pisang dan hasilnya, mereka juga diberi peluang untuk menanam pokok pisang sendiri.

Plot

Bahagian 1

Upin dan Ipin menolong Tok Dalang mengangkat pisang ke dalam rumah, kemudian memberinya pisang goreng untuk dimakan. Tok Dalang menyebut "goreng pisang", maka ditegur oleh Upin dan Ipin kerana salah penggunaan bahasa.

Ipin termakan pisang tanduk dan terasa kelatnya. Tok Dalang menegur supaya pisang tanduk dimasak dahulu barulah sedap dimakan.

Tibanya Jarjit yang teruja melihat betapa banyak pisang lalu membuka sapa dengan pantun: "Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti..." tetapi terlupa penutupnya. Tok Dalang menghabiskan: "Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati."

Sambil makan ramai-ramai, Jarjit bercadang agar pisang dijadikan kerepek, tetapi Tok Dalang menegah dan meminta Upin dan Ipin untuk bertanya mengapa kepada Opah.

Sementara itu, Kak Ros cuba memasak cekodok di bawah bimbingan Opah. Kembalinya Upin dan Ipin dengan sebakul pelbagai jenis pisang, hendak bertanyakan sesuatu kepada Opah tetapi sebelum mereka bertanya Opah cabut lari.

Bahagian 2

Sudah seminggu hujan lebat melanda kampung, Tok Dalang melenguh bimbang akan keadaan kebun pisangnya. Sebaik hujan reda, Tok Dalang bergegas ke dusun, diikuti oleh Upin dan Ipin. Setiba di dusun, mereka disambut oleh keadaan kebun pisang yang serba musnah dek hujan lebat berterusan, maka mereka berikhtiar untuk menanam semula pokok pisang dan mengemaskan kebun (sambil bermain).

Upin dan Ipin pulang ke rumah dengan keadaan kotor dek lumpur, maka disuruh oleh Kak Ros untuk masuk ikut pintu belakang. Sebelum masuk, Tok Dalang memberi mereka sebatang tunas pisang untuk ditanam di kebun sendiri. Kemudian Kak Ros pergi menjenguk untuk menegur mereka manakan pokok pisang ditanam begitu.

Bahagian 3

Upin dan Ipin datang mengusik Kak Ros mengolah pisang di dapur, tetapi diganggu pula oleh tebuan berkerumun. Malah Kak Ros mengajak mereka untuk tolong mengupas pisang untuk dibuat cekodok, tetapi kembar itu enggan kerana gerun dengan serangga tadi.

Waktu bermain, Upin dan Ipin mengajak kawan-kawan makan pisang goreng dengan berlagu "Pisang Goreng Ngap Ngap". Ramai-ramai pun seronok makan pisang itu.

Sebaik pulang ke rumah, Upin dan Ipin gembira melihat tunas pisang mereka tumbuh daun lalu bertekad untuk menyiram lagi sehingga besar. Sayangnya tunas pokok itu mati akhirnya, lalu mereka pergi merintih di depan Tok Dalang. Setelah diberitahu akan disiram 10 kali sehari, "patutlah" jawab si jiran sebelah.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak