Fandom

Upin & Ipin Wiki

Pokok Seribu Guna

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Pokok Seribu Guna"
Episod Upin & Ipin
0814title.jpg
No. episod 40, 41, 42
Tarikh siaran asal 23, 24, 25 Disember 2014

"Pokok Seribu Guna" merupakan episod ke-40, ke-41 dan ke-42 dalam siri Upin & Ipin musim kelapan.

Plot

Bahagian 1

0814 melolong di kipas.png

"Makan angin."

Pada suatu hari di tengah musim cuti sekolah, Upin dan Ipin menghabiskan masa di bilik mereka dengan melolong-lolong di depan kipas. Ini membuat Kak Ros jengkel dan datang ke bilik adik-adiknya untuk mencabut palam kipas, kemudian menyuruh mereka keluar bermain dengan kawan-kawan.

Upin dan Ipin berkata semua kawan mereka sudah pergi makan angin sempena cuti sekolah, bahkan mereka juga merayu kepada Kak Ros untuk membawa mereka pergi makan angin. Oleh itu Kak Ros dengan sindiran memasang kembali palam kipas dan meminta mereka untuk bersambung "makan angin" dengan kipas.

0814 orang biasa basikal tua.png

Orang biasa...basikal tua.

Setelah Kak Ros beredar, Upin dan Ipin pergi meminta Tok Dalang untuk membawa mereka pergi makan angin dengan menaiki motosikalnya. Sayangnya motosikal Tok Dalang rosak, tetapi Tok Dalang masih sudi mengajak mereka pergi makan angin dengan menaiki basikal. Dalam perjalanan mereka menyanyikan "Hidup Sederhana" oleh Sudirman.

Sambil pusing-pusing membonceng basikal, Upin dan Ipin terlihat banyak pokok kelapa tumbang di sekeliling. Jelas Tok Dalang, itu perkara biasa ketika musim tengkujuh apabila ribut kencang melanda. Mereka berhenti di depan-depan sebatang pokok kelapa tumbang. Kemudian Tok Dalang menyuruh kembar itu untuk mengutip buah kelapa yang bertaburan.

0814 umbut kelapa.png

Memperkenalkan umbut kelapa.

Maka Upin dan Ipin dengan rajin mengerjakan suruhan Tok Dalang itu, tetapi tidak tanpa gurau senda sekejap-sekejap. Setelah siap, Upin dan Ipin melihat Tok Dalang mengerjakan suatu pepejal putih yang lembut lalu bertanya apa itu. Jawab Tok Dalang, ini ialah umbut kelapa yang "sedap dimakan, enak rasanya."

Dia mengambil makan sepotong umbut dan mengajak kembar itu makan sekali. Upin dan Ipin geli melihatnya kerana umbut itu belum dimasak, tetapi Tok Dalang meyakinkan mereka bahawa umbut boleh dimakan mentah-mentah mahupun masak-masak sambil bergurau senda dengan bunyi rangup bila mengunyah umbut. Tok Dalang juga memberi Upin dan Ipin umbut dalam bungkusan untuk dibawa pulang untuk dimasak oleh Opah.

0814 nikmat air kelapa.png

Nikmat air kelapa muda.

Kemudian mereka bertiga berehat sambil minum air kelapa muda. Tok Dalang kagum melihat kembar itu menikmati air kelapa muda. Upin dan Ipin bercerita bahawa kali pertama mereka minum air kelapa muda adalah ketika mereka menghidap demam campak; setelah diberi minum air kelapa muda oleh Opah baru mereka sembuh. Oleh itu mereka meminati air kelapa muda, "nanti sentiasa nampak muda." Setelah habis bercerita, Tok Dalang meminta mereka untuk sambung memungut lebihan pokok kelapa untuk dijual kepada Muthu.

0814 daun kelapa.png

Apa kegunaan daun kelapa ni?

Beberapa ketika kemudian, Upin dan Ipin mengheret daun kelapa kering kepada Tok Dalang dan bertanya sama ada inikah daun yang dibuat menjadi ketupat. Tok Dalang membetulkan bahawa daun kelapa yang belum terbuka sahaja untuk membuat ketupat, malah jika daun kering direbus untuk membuat ketupat, nasinya menjadi merah.

0814 penyapu lidi.png

Penyapu lidi!

Maka Ipin bercadang untuk membuang daun kering ini, tetapi Tok Dalang menegah kerana daun kering berguna untuk dijadikan lidi yang boleh diberkaskan banyak-banyak menjadi penyapu lidi. Dengan itu Upin dan Ipin bercerita tentang Opah yang selalu menyapu halaman rumah dengan penyapu lidinya, makin lama makin pendek kerana haus, hinggalah Opah terbongkok-bongkok dibuatnya. Tok Dalang menyoal mengapa mereka tidak turut membantu Opah; Ipin berseloroh bahawa Opah lebih rela mereka bermain dengan kawan-kawan.

Bahagian 2

0814 kelapa tua.png

Bila sabut diasah, tinggal tempurung dengan isinya.

Tok Dalang menyuruh Ipin untuk mengambil sebiji buah kelapa masak kerana dia ingin tunjukkan lagi kegunaan buah kelapa. Dengan rasa hairan mereka menurut Tok Dalang yang pergi memangkas sabut kelapa dengan kayu pengasah yang terpacak di tengah-tengah lapangan. Setelah Tok Dalang habis mengasah, Upin dan Ipin mengagumi buah kelapa yang rapi dan kemas bak bola.

0814 isi kelapa.png

Isi kelapa.

Kemudian Tok Dalang membelah buah kelapa itu dengan parang hingga airnya habis mencurah keluar, membuat Upin dan Ipin kesal kerana membazir. Jelas Tok Dalang, air kelapa tua tidak sedap diminum. Sebaliknya, dia mengajar mereka bahawa isi kepala boleh diparut menjadi santan kelapa atau dimakan begitu sahaja. Sekali lagi Upin dan Ipin geli melihat Tok Dalang isi kelapa mentah. Seloroh mereka kali ini, "kelapa tua untuk orang tua."

0814 tumbung kelapa.png

Tumbung kelapa.

Tok Dalang menunjukkan satu lagi bahagian kelapa, iaitu tumbung kelapa. Sekali lagi Upin dan Ipin berasa geli melihat tumbung itu. Kemudian Tok Dalang mengambil cangkul dan menggali tanah, dan memanggil Ipin untuk membawa sebiji buah kelapa ke tempatnya.

Setelah menurut suruhan itu, Upin dan Ipin mula merungut kebosanan kerana mereka mahu dibawa pergi jalan-jalan sempena cuti sekolah ini. Tok Dalang memujuknya bahawa kegiatan mereka dengan kelapa ini juga dikira sebagai bercuti, iaitu "bercuti sambil belajar".

0814 cuti sambil kerja.png

Bercuti sambil bekerja, untung!

Contohnya, Tok Dalang menunjukkan Salleh yang kebetulan berada di dusun kelapa ini, membimbing sekumpulan pelancong asing dengan bantuan Mail. Upin dan Ipin hairan kerana Mail tidak pergi bercuti. Jelas Mail, dia sedang bercuti sambil bekerja, malah dia untung besar dengan menjual kelapa untuk dua dolar sebiji (bersamaan enam ringgit). Tok Dalang terpegun dan memuji kepandaian Mail berniaga.

0814 kapal layar kelapa.png

Seronok balik juga.

Kemudian Tok Dalang mengajak mereka untuk membuat sesuatu dengan sabut kelapa, lidi dan daun – untuk membuat kapal layar mainan, barulah terubat kemuraman Upin dan Ipin. Maka mereka bertiga pergi bermain lumba lari sambil mengekori kapal layar masing-masing di sepanjang sungai.

Apabila hendak sampai di garisan penamat, tiba-tiba Tok Dalang kejang belakang dan kapal layarnya pun terbalik setelah terlanggar batu, sementara kapal-kapal Upin dan Ipin menamatkan perlumbaan dengan selamat. Mail menyaksikan aksi mereka dengan kapal layar lalu bercadang untuk menjual kapal layar sabut kelapa, termasuklah kapal-kapal layar Upin dan Ipin sekali!

0814 anak kampung kaya.png

Berkat dari kebijaksanaan berniaga.

Seketika kemudian Mail, Upin dan Ipin berborak tentang nilai ekonomi sabut dan tempurung kelapa sambil makan ais kacang di gerai Muthu. Upin bercerita bahawa rumah Tok Dalang bersepah dengan tempurung kelapa dan bercadang untuk tolong mengemas esok. Pada masa yang sama Tok Dalang datang berbasikal dan meninggalkan sekarung sabut kelapa untuk Muthu, kemudian menyertai tiga budak di meja.

Upin kasihan melihat Tok Dalang dalam kepanasan dan ingin membelanja Tok Dalang minum air kelapa kerana mereka telah banyak untung daripada menjual kapal sabut kelapa tadi, sementara Mail mengipas-ngipaskan wang hasil pendapatannya. Balas Tok Dalang, "Ada lagi benda kalau dibuat, lagi banyak untung," membuat kanak-kanak bertiga hairan.

Bahagian 3

0814 umbut kelapa masak lemak.png

Makan lagi umbut kelapa masak lemak ni.

Pada malam hari, Upin dan Ipin berterima kasih kepada Opah kerana memasak hidangan lazat yang diperbuat daripada umbut yang dibawa pulang siang tadi, tetapi Kak Ros mencelah bahawa dialah yang memasaknya. Opah hairan akan cucu-cucunya, sejak bila mereka pandai makan umbut kelapa masak lemak. Jawab Upin, "sejak...tadi," malah kedua-dua kembar meminta lagi. Kak Ros menegah kerana umbut selebihnya untuk Opah sahaja, tetapi Opah merelakan.

Sambil mengambil lagi umbut kelapa, Upin memberitahu Opah hasrat mereka untuk keluar ke kebun Tok Dalang awal pagi keesokan hari. Ros mentertawakan niat mereka kerana kebun Opah di belakang rumah pun tiada mereka pergi, kemudian menyoal niat mereka dengan garang. Jawab Upin, "kerja sambil belajar"; Ipin setuju kerana kakak mereka sia-sia bercuti sekolah tanpa sebarang kegiatan. Maka Ros bertambah geram mendengar jawapan itu.

0814 titi kelapa.png

Titi kelapa.

Apapun, Upin dan Ipin bersambung cerita pengalaman siang tadi bahawa sabut dan tempurung kelapa boleh dibuat menjadi bermacam-macam benda dan laku apabila dijual. Maka Opah turut menerangkan banyak lagi kegunaan bahan kelapa, iaitu: Batang kelapa boleh dijadikan titi (jambatan kecil), dan daunnya boleh dijadikan atap. Tambahnya, itulah sebab kelapa digelar "pokok seribu guna".

0814 hasil buatan kelapa.png

Beraneka hasil buatan kelapa.

Opah bertanya pula apa yang dibuat oleh cucu-cucunya. Maka Upin dan Ipin mengeluarkan pelbagai barangan berbahan kelapa yang dibuat oleh mereka bersama Mail siang tadi, yang banyak hingga memenuhi meja, bahkan mengujarkan niat mereka untuk menjual barang-barang tersebut sebagai mata pencarian.

0814 paketi paketi pom.png

Kelapa pun boleh main muzik!

Opah memuji kepandaian kembar itu kerana kecil-kecil pandai berniaga dan tidak mensia-siakan cuti sekolah. Upin dan Ipin pun meminta Kak Ros (yang masih cemburu) untuk mencontohi mereka, malah mereka cuba menghiburkannya dengan bermain muzik dengan tempurung kelapa dan mengajaknya bermain sekali. Sayangnya Kak Ros tidak begitu menghargai, malah mengetuk kepala adik-adiknya dengan tempurung.

Setelah tamat cuti sekolah, murid-murid Kelas Aman meriah berkongsi pengalaman cuti dengan satu sama lain dan juga Cikgu Melati. Mula-mula, Ehsan menyatakan bahawa dia telah ke Zoo Negara, Taman Negara, Tugu Negara dan Masjid Negara. Cikgu memuji tetapi bertanya adakah dia ke Perpustakaan Negara. Dengan rasa malu Ehsan mengaku, dia hanya berlalu di situ. Maka Cikgu Melati kesal dengan Ehsan dan berpesan bahawa di perpustakaan boleh dapat banyak ilmu pengetahuan.

0814 tok dalang homestay.png

Tok Dalang Homestay.

Cikgu Melati bertanya Upin dan Ipin di mana mereka bercuti. Dengan bangga mereka menjawab betapa "seronok" bercuti di "sini-sini je". Fizi meminta mereka ceritakan. Kisahnya, setelah puas menjual hasil barangan kelapa kepada Salleh, mereka bersama Mail mengenali Tok Dalang Homestay iaitu penginapan desa untuk pelancong yang menjadi mata pencarian Tok Dalang. Satu kelas kebingungan terdengar cerita Upin dan Ipin kerana tidak tahu apa itu "homestay".

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak