FANDOM


"Ragam Raya"
Episod Upin & Ipin
1104 title
No. episod 10, 11, 12
Tarikh siaran asal 25 Jun 2017

"Ragam Raya" merupakan episod ke-10, ke-11 dan ke-12 dalam siri Upin & Ipin musim kesebelas. Sempena Hari Raya, episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.

Sinopsis

Siapa antara Upin, Ipin dan kawan-kawan yang memenuhi azam mereka? Ada pula seorang jiran tetangga istimewa yang akan ketinggalan dari kemeriahan raya gara-gara saudara-mara tidak dapat pulang dari rantauan.

Plot

Bahagian 1

Ijat datang ke surau untuk mengaji buat kali pertama, ditemani oleh Upin, Ipin dan kawan-kawan yang sedia menolong dengan memperkenalkan huruf Arab secara lagu. Selepas tamat belajar, Upin dan Ipin dalam perjalanan pulang tertarik oleh keeenakan bau Tok Dalang yang sedang memasak gulai kawah.

Malam hari selepas buka puasa, Upin dan Ipin melihat Kak Ros membuat kek di dapur. Mereka cuba menawarkan pertolongan tetapi dipanggil oleh Opah untuk pergi terawih di surau.

Setibanya di surau kembar berdua berkumpul dengan kawan-kawan di anjung surau dan melihat bunga api yang dibawa oleh Mail. Upin dan Ipin berkata main esok kerana mahu pulang awal. Mail bertanya bagaimanan dengan azam terawih penuh, dan jawabnya "esok sajalah". Tepat pada masanya, Tok Dalang muncul menegur "hangat-hangat tahi ayam".

Upin dan Ipin kembali di rumah untuk mencuba kuih raya yang baru siap dibuat oleh Kak Ros. Sekali lagi mereka ditegur kerana tidak tunai azam terawih penuh, kali ini oleh Opah.

Bahagian 2

Masa keluar dari rumah, Ipin sedar sebelah seliparnya hilang. Munculnya Rembo dengan sebelah selipar pada cakarnya, maka Upin dan Ipin mula mengejarnya. Kejaran keliling seluruh kampung menyebabkan suasana haru-biru, akhirnya berkesudahan dengan Rembo memanjat pokok dengan selipar di halaman Tok Dalang. Mujur Tok Dalang muncul memujuk Rembo dengan dedak, tetapi selipar yang dibawanya bukan milik Ipin.

Kejaran tadi menyebabkan Upin dan Ipin penat dan tidur siang di rumah. Kak Ros dan Opah pun hairan melihat mereka tidur pada waktu mereka biasa bermain. Tidak lama kemudian Ehsan dan Fizi memanggil mereka ikut pergi mengaji. Upin dan Ipin bangun, mengeluh tentang pengalaman pagi tadi pada kawan-kawan, bahkan Upin menatap air takung sambil terbayang nikmat minum. Opah muncul dan berpesan bahawa penat, lapar dan dahaga dugaan bulan puasa, memuji cucu-cucunya kerana berehat menyimpan tenaga dan memesan mereka pergi mengaji.

Waktu hendak berbuka puasa, Upin dan Ipin tidak sabar menunggu azan berkumandang di radio. Sekali azan keluar mereka menghulurkan tangan ke arah makanan, tetapi Opah menyuruh tunggu kerana waktu berbuka untuk Kuala Lumpur dan bukan kawasan sewaktu dengannya. Apabila paluan gendang surau kedengaran baru mereka berbuka, tetapi selepas berdoa setelah dipesan Kak Ros.

Raya menjelang. Kak Ros seronok mengira duit jual kuih raya, namun keseronokan sementara sahaja apabila terpaksa memberikan upah kepada Upin dan Ipin, apalagi diminta Opah untuk membeli tasbih baru.

Bahagian 3

Opah bertanya tentang azam puasa Upin dan Ipin, banyak masa lagi jawabnya. Dia tanya pula Ros hendak buat kuih lagi, jawabnya sudah cukup. Opah berpesan supaya dibuat banyak-banyak masa laku, tetapi Ros berkata nanti apabila dia rajin. Opah menegur cucu-cucunya jangan selalu menangguh kerana masa tidak menunggu kita.

Sudah tiba hari raya. Kali ini Upin dan Ipin tolong menghantar bekalan ke rumah Tok Dalang. Di dalam rumahnya yang agak suram daripada hari-hari raya biasa, Tok Dalang menyangka akan beraya dengan sunyi, tetapi akhirnya diriuhkan oleh kedatangan Upin, Ipin dan kawan-kawan. Sambil menjamu selera, kanak-kanak berbincang tentang azam puasa. Ehsan berjaya kuruskan badan. Fizi pun terawih penuh.

Tok Dalang pula sebak, merintih tidak kesampaian azam puasanya kerana anak-pinaknya tidak pulang beraya. Mujur datangnya Muthu, Ah Tong, Salleh, Kak Ros dan Opah yang bertegas mereka juga saudara-mara. Jadi Tok Dalang teurs membuka langsir dan mencerahkan rumahnya untuk mengambil gambar beramai-ramai.

Teaser

Episod Baru Ragam Raya 2017 - Upin & Ipin Musim 1102:42

Episod Baru Ragam Raya 2017 - Upin & Ipin Musim 11

Teaser Upin & Ipin Musim 11: Ragam Raya

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.