FANDOM


Rajoo ialah seorang kawan kepada Upin dan Ipin yang lebih besar umurnya. Dia merupakan seorang watak penting dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, dan juga muncul dalam siri TV Upin & Ipin, tetapi entah kenapa, dia tidak kelihatan lagi sejak musim ketiga. Akan tetapi, dia muncul semula dalam iklan ucapan Deepavali 2012.

Rupa

Rajoo ialah seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang kurus-kering. Rambutnya cuma seikal di tengah-tengah kulit kepala yang disikat ke dahi. Di antara bulu keningnya terdapat sebutir bindi yang menandakan dia beragama Hindu. Dia sering memakai baju singlet yang berwarna biru gelap.

Perwatakan

Dalam filem Geng, Rajoo menunjukkan kebolehan istimewanya iaitu boleh bercakap dengan haiwan, terutamanya lembu belaannya, Sapy, apatah lagi makhluk-makhluk ganjil seperti Oopet.