Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Ramadhan Kembali Lagi" (enam bahagian) ialah episod ke-10 hingga ke-15 dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Selepas balik dari tadika pada hari sebelum bulan puasa, Upin dan Ipin bergurau senda mencabar Kak Ros agar memasak ayam goreng secukup-cukupnya, jika tidak mereka enggan bersahur. Waktu petang nanti, kawan-kawan mereka membincangkan persediaan Hari Raya walaupun bulan puasa belum bermula.

Bahagian 2[]

Sempena bulan Ramadan yang menjelang, Upin, Ipin dan kawan-kawan memikirkan permainan yang sesuai untuk menghabiskan petang mereka. Jarjit mencadangkan baling selipar, dan leka sangat mereka bermain.

Bahagian 3[]

Atas pengaruh kawan-kawan mereka, Upin dan Ipin meminta Kak Ros mendapatkan baju raya baru sempena Hari Raya. Selepas waktu terawih di surau, Upin dan Ipin menjawab keraguan Kak Ros dan Opah dengan cerita orang kentut dalam surau. Pada pukul tiga pagi, Upin dan Ipin cuba membangunkan Kak Ros agar sempat untuk bersahur.

Bahagian 4[]

Ketika bersahur, Opah berpesan Upin dan Ipin untuk bersahur lambat sedikit supaya dapat pahala. Petang nanti, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin memerah kelapa untuk dibuat dodol dengan mesin pemerah yang dipasang pada motosikal buruk, seronok sekali. Waktu berbuka puasa, Opah membetulkan salah faham Upin dan Ipin, bahawa berbuka mestilah cepat-cepat, lain dengan sahur.

Bahagian 5[]

Upin, Ipin, Fizi dan Jarjit tiba di halaman rumah Tok Dalang untuk membantunya dan Salleh dalam persiapan memasak dodol. Upin dan Ipin ditugaskan mengangkat kawah, membuka api dengan kipas, dan bergilir-gilir dengan Fizi dan Jarjit mengacau ramuan dodol dalam kawah panas. Sebaik sahaja siap, mereka terkilan dengan betapa kecil dodol yang mereka buat; Tok Dalang menjelaskan memang inilah hasilnya.

Bahagian 6[]

Mail meminta Upin dan Ipin menjaga gerainya seketika, tetapi tidak dapat menunjuk ajar dengan betul-betul kerana bergegas untuk melegakan sakit perutnya. Tanpa bimbingan Mail, berpandai-pandailah mereka berdua menjual. Mereka tidak lupa memberi duit baki kepada pelanggan yang terbayar lebih, tetapi apabila mereka diminta tiga ketul ayam barulah mereka memikirkan sesuatu yang menyebabkan Mail kerugian – 'tiga seringgit'.

Video[]

Upin_&_Ipin_S4_-_Ramadhan_Kembali_Lagi_(Bahagian_1)

Upin & Ipin S4 - Ramadhan Kembali Lagi (Bahagian 1)

Bahagian 1

Upin_&_Ipin_S4_-_Ramadhan_Kembali_Lagi_(Bahagian_2)

Upin & Ipin S4 - Ramadhan Kembali Lagi (Bahagian 2)

Bahagian 2

Upin_&_Ipin_S4_-_Ramadhan_Kembali_Lagi_(Bahagian_3)

Upin & Ipin S4 - Ramadhan Kembali Lagi (Bahagian 3)

Bahagian 3

Upin_&_Ipin_S4_-_Ramadhan_Kembali_Lagi_(Bahagian_4)

Upin & Ipin S4 - Ramadhan Kembali Lagi (Bahagian 4)

Bahagian 4

Upin_&_Ipin_S4_-_Ramadhan_Kembali_Lagi_(Bahagian_5)

Upin & Ipin S4 - Ramadhan Kembali Lagi (Bahagian 5)

Bahagian 5

Upin_&_Ipin_S4_-_Ramadhan_Kembali_Lagi_(Bahagian_6)

Upin & Ipin S4 - Ramadhan Kembali Lagi (Bahagian 6)

Bahagian 6

Advertisement