Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Rasai Kemenangan" (tiga bahagian) ialah episod ke-19, ke-20, dan ke-21 (episod ke-7 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-6 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Ehsan terkentut

Ehsan terkentut dalam masjid dan keluar untuk mencuci semula.

Dalam perjalanan ke kelas mengaji kedua mereka, Upin, Ipin, Ehsan dan Fizi bertembung dengan Jarjit dan Mei Mei yang mempelawa mereka supaya bermain. Jarjit turut menceritakan bahawa mereka berdua pernah menyusup masuk ke tepi surau untuk melihat mereka semua mengaji di bawah Ustaz Hamzah yang bersuara lantang itu lalu tersalah sangka nadanya marah, tetapi Ehsan sempat membetulkan ceritanya itu; bukan marah tapi nasihat. Jarjit sekali lagi meminta mereka ponteng sehari untuk bermain, tetapi ditegur oleh Mei Mei yang menghormati keperluan rohani kawan-kawan mereka yang beragama Islam.

Ustazceritapuasa

Ustaz menerangkan kebaikan berpuasa.

Mereka berempat akhirnya masuk dan bertemu dengan Mail, Dzul, Ijat dan Susanti, sementara menunggu ketibaan Ustaz. Dalam bersembang, Ehsan tanpa sengaja bersin dan kentut serentak, dan terpaksa pergi membersihkan diri lagi. Akhirnya Ustaz Hamzah tiba, bertemu dengan Ehsan yang baru 'mandi' di luar, dan masuk untuk memulakan sesi mengaji dengan janji untuk menyambungkan kisah Bahtera Nabi Nuh jika cepat habis mengaji. Tiba-tiba, Susanti bertanya mengapa perlu berpuasa setiap tahun, membuat yang lain berasa leceh. Oleh itu, Ustaz Hamzah cepat-cepat menerangkan manfaat berpuasa sebagai rukun Islam yang ketiga, serta Lailatul Qadar dan berbuat baik dalam bulan puasa. Ini membuat sesetengah pengaji berasa kesal akan perbuatan lalu mereka, seperti ponteng terawih.

Pada malam selepas mengaji, Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain bunga api, tetapi diingatkan oleh Ustaz Hamzah supaya jangan ponteng terawih. Ipin mengaku rajin bersembahyang terawih, tetapi sekembali di surau, dia terlena dalam telangkupnya!

Bahagian 2[]

Ehsantinggalkanpuasa

Ehsan meninggalkan puasa kerana sakit.

Murid-murid Tadika Mesra tengah seronok bermain jangan pejam mata, tetapi dikejutkan oleh Cikgu Melati dan berpusu-pusu kembali ke tempat duduk masing-masing. Disebabkan Ehsan tidak hadir kerana demam, Upin mengambil alih untuk memimpin ucap selamat pagi.

Sekembali dari tadika, Upin dan Ipin meminta izin Opah untuk melawat rumah Ehsan. Kak Ros mengumpat mereka kerana menyangka hendak bermain sahaja, tetapi adik-adiknya menjelaskan bahawa mereka hendak menziarahi Ehsan yang jatuh sakit. Kak Ros memesan mereka supaya membawa buah tangan untuk melawat mereka yang sakit; Opah menghulurkan sekotak kurma.

Upin, Ipin, Fizi dan Mail tiba di rumah Ehsan untuk melawat Ehsan yang merah hidung dan berlapik dahi kerana menderita dalam demam. Setelah dihulurkan kotak kurma kepadanya, Ehsan berterima kasih dan terus makan sebiji, membuat kawan-kawannya terkejut. Ehsan menjelaskan bahawa orang sakit tidak boleh berpuasa kerana terpaksa makan ubat. Upin dan Ipin memerli Ehsan kerana dapat sedikit pahala. Bapa Ehsan pun masuk sambil membawakan Ehsan makanan, serta menerangkan bahawa Ehsan terpaksa makan dalam sakit. Keempat-empat kawan Ehsan kurang selesa melihat Ehsan melahap-lahap makanan di siang hari bulan puasa.

Masa mengaji, setelah ditanya, Ustaz Hamzah menerangkan bahawa mereka yang sakit dihalalkan meninggalkan puasa sehingga sembuh. Mail berbisik kepada Upin akan hasratnya untuk sengaja jatuh sakit supaya tidak perlu berpuasa, tetapi Ustaz sempat mendengarnya dan menegur dosa itu.

Di tengah terawih malam, Upin, Ipin, Ehsan dan Fizi tiba-tiba bersorak kerana habis berterawih pokok, tetapi Upin dalam sekelip mata rasa enggan beredar kerana berhasrat untuk berterawih penuh.

Bahagian 3[]

Ustazhamzah

Ustaz Hamzah berpakaian serba kemas, menjemput anak-anak didiknya ke rumah terbukanya.

Pada malam menjelang Raya, Upin dan Ipin bermain bunga api, kemudian disuruh oleh Kak Ros supaya menjaga lemang, maka mereka senyap-senyap pergi mengusik lemang. Sebatang lemang itu jatuh dan bergolek ke kaki Kak Ros. Upin dan Ipin mengambil kesempatan ini untuk mencabut lari dari dimarahi oleh kakak mereka.

Pada pagi Raya, Upin dan Ipin sekeluarga menjamu selera, di mana mereka berdua mendapat pujian Opah kerana rajin mengaji sepanjang Ramadan. Mereka turut bermaaf-maafan dengan Opah dan Kak Ros semasa hendak keluar beraya dengan kawan-kawan di rumah Ustaz Hamzah, termasuk sekali Ehsan yang baru sembuh.

Upin, Ipin dan kawan-kawan tiba di rumah Ustaz Hamzah, di mana mereka dijemput masuk dengan ramah mesra oleh pengajar mengaji mereka ke dalam kediaman bercat biru yang bukan sahaja meriah dengan ramai penduduk Kampung Durian Runtuh, bahkan juga serba kemas dan banyak barang yang dikumpul, termasuk koleksi mainan Sarjan Husin! Barulah adik-adik tahu bahawa Sarjan Husin itu cerita yang sudah lama ada.

Upin bercerita bahawa dia berterawih penuh pada malam terakhir dengan lapan rakaat, tetapi Ustaz membetulkan bahawa terawih penuh itu memerlukan 20 rakaat! Barulah Ipin sedar mengapa tidak bertemunya Malam Lailatul Qadar. Ustaz turut menjelaskan bahawa dirinya bersembahyang di masjid lain, serta menjanjikan banyak lagi kelas mengaji pada masa akan datang, cuma Upin dan Ipin berbeza kerana tidak memerlukan muqaddam lagi, sebaliknya boleh membaca kitab al-Qur'an.

Ehsan turut menjemput Ustaz ke rumah terbukanya pada hari keesokan dengan menjanjikan hidangan nasi beryani, tetapi Ustaz menolak kerana hendak 'berpuasa enam'. Tiba-tiba, tauke kedai runcit lantang meluahkan rasa terujanya akan banyaknya rancangan dalam TV-nya. Ustaz dan anak-anak didiknya pun ternampak iklan Aiskrim Metrobot lalu meluru keluar kerana hendak membelinya, tetapi kedai sudah tutup kerana taukenya berada di rumah orang!

Tonton di RCTI+[]

Advertisement