Fandom

Upin & Ipin Wiki

Raya Yang Bermakna

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Raya Yang Bermakna"
Episod Upin & Ipin
0806title.jpg
No. episod 16, 17, 18
Tarikh siaran asal 28, 29, 30 Julai 2014

"Raya Yang Bermakna" merupakan episod ke-16, ke-17 dan ke-18 dalam siri Upin & Ipin musim kelapan.

Plot

Bahagian 1

Kad raya berlagu.jpg

Kad raya ini ada lagu.

Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros apa yang dimasaknya untuk buka puasa nanti, tetapi Kak Ros enggan jawab dan menyuruh mereka untuk membuat kerja rumah. Sewaktu membuat kerja rumah berdua-duaan, pensel Upin patah, apalagi pengasah penselnya hilang. Maka dia meminta pinjam pengasah Ipin, tetapi itu pun tiada. Sebaliknya Ipin meminta Upin untuk mencari di meja Kak Ros. Maka Upin ke sana untuk mengambil pengasah, tetapi perhatiannya terganggu oleh beberapa pucuk kad raya. Maka Upin membuka salah satu kad itu dan tiba-tiba keluarnya bunyi lagu.

Rupa-rupanya kad muzik, maka Upin menjemput Ipin untuk membacanya. Kad itu memang berisi, lengkap dengan sari kata dan ilustrasi yang menarik. Malah yang paling mencuit hati mereka adalah pantun di sudut, "Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas." Ipin mengambil sepucuk lagi dari meja dan mendapati pantun yang seumpama yang tadi. Dalam leka membaca kad-kad, mereka pun ditangkap dan dihukum pulas telinga oleh Kak Ros kerana mencuri baca kad orang.

Selepas menghukum, Kak Ros menyimpan kad-kad itu dalam sampul surat sepucuk demi sepucuk. Apabila ditanya Opah hendak ke mana, jawabnya untuk mengepos kad-kad itu. Upin dan Ipin memerli kakak mereka membazir duit kerana perlu banyak membeli setem. Pesan Opah kepada mereka, tiada salahnya berkirim-kiriman sempena perayaan untuk mengeratkan silaturahim tanpa mengira jarak. Maka Upin dan Ipin berminat untuk mengirim kad kepada kawan-kawan mereka yang ramai, malah mereka merampas kad-kad Kak Ros supaya tidak perlu membeli. Oleh itu Kak Ros dengan geram merelakan mereka.

Gasing pemusnah.jpg

Gasing pemusnah!

Ketika menyampulkan kad-kad dan menulis nama-nama penerima, Upin dan Ipin mencadangkan Mei Mei. Pesan Opah, Mei Mei tidak perlu kerana dia tidak menyambut Aidilfitri, apalagi sepatutnya Mei Mei, Jarjit dan Devi yang menghantar kad kepada Upin dan Ipin. Oleh itu, Upin dan Ipin memadamkan nama Mei Mei dan menggantikan dengan nama Atok. Kemudian mereka meminta duit daripada Opah untuk membeli setem. Pesan Opah dengan bernas, elok mereka memberikan terus kad-kad itu apabila berjumpa dengan kawan-kawan.

Di tempat bermain, Ehsan, Fizi, Jarjit dan Mei Mei sengit berlawan gasing, sambil disaksikan oleh Mail yang tidak membawa gasingnya kerana menyangka mereka hendak bermain kejar-kejar. Pesan Ehsan dan Fizi, tidak elok bermain yang menelan tenaga seperti kejar-kejar ketika berpuasa. Gasing Ehsan yang bermaharajalela di atas lingkaran tiba-tiba dibelah dua oleh balingan gasing Mei Mei yang terlalu kencang, hingga menyebabkan Ehsan naik darah.

Bahagian 2

Kad raya mei mei.jpg

Kad raya buatan Mei Mei sendiri.

Apabila Ehsan tengah berang kerana gasingnya dirosakkan oleh Mei Mei, tiba-tiba sahaja Upin dan Ipin muncul dengan sampul-sampul kad raya untuk kawan-kawan. Kad-kad itu hanya diberi kepada Ehsan, Fizi dan Mail, membuat Jarjit hairan mengapa tidak diberinya. Jelas Upin, sepatutnya dialah yang menghantar kad kerana Jarjit sendiri tidak menyambutnya. Mei Mei setuju, malah bersiap dengan empat pucuk kad raya buatan sendiri untuk diagihkan kepada kawan-kawan Muslimnya.

Sayangnya Mail ketinggalan menerima kad raya Mei Mei, tetapi tidak hampa. Sebaliknya dia mengambil peluang untuk menjual kad raya "dua seringgit", tetapi Mei Mei terpaksa menolak kerana tiada wang. Sambil ramai-ramai menikmati isi kata kad-kad itu, Fizi bertanya mengapa kad berian Upin dan Ipin kecil sedangkan kad berian Mei Mei besar. Ehsan pula siap membaca kad raya yang tertulis pantun "lepas baca harap balas" lalu mengeluarkan tabletnya untuk hendak menge-mel Upin dan Ipin. Sayangnya Upin dan Ipin hanya ada alamat rumah.

Fizi turut meluahkan rasa kesal kerana tiada duit untuk membeli kad raya untuk membalas. Tiba-tiba Mail merampas peluang untuk memberikan semua kad jualannya kepada Fizi secara percuma, kononnya dengan hati yang ikhlas. Fizi dan yang lain-lain tergamam melihat perubahan sikap budak usahawan itu; jelasnya, dalam bulan puasa hendaklah banyak beramal supaya mendapat pahala.

Kad raya salah eja.jpg

Ejaan zaman sekarang.

Sebentar kemudian, Tok Dalang sedang sibuk memaku dinding sambil berdiri di atas tangga, lalu dikejutkan oleh panggilan Upin dan Ipin hingga nyaris terjatuh. Nasib baik pasangan kembar itu sempat menahan tangga sebelum menghulurkan sampul kad kepada jiran kesayangan mereka. Tetapi setelah membuka kad itu, Tok Dalang berasa tidak puas hati kerana pesannya ada kesilapan eja: "Selamat Ari Raya". Jelas Upin dan Ipin dengan memetik Kak Ros, begitulah ejaan orang zaman sekarang. Maka Tok Dalang menegur, jangan rosakkan bahasa kerana bahasa jiwa bangsa.

Setelah menerima kad itu, Tok Dalang menyambung kerja menghias rumah sambil girang bernyanyi "Balik Kampung". Apabila Upin dan Ipin mengulas, jelas Tok Dalang, itu kerana semua saudara-maranya hendak datang untuk berkumpul dan beraya di rumahnya tahun ini, tentu sekali termasuk juga Badrol. Upin dan Ipin kata, hari biasa juga boleh untuk berkumpul. Jelas Tok Dalang lagi, itu tidak mungkin kerana saudara-mara itu ada macam-macam alasan, termasuk jauh, tiada cuti dan banyak kerja. Malah dia turut menjemput Upin dan Ipin sekeluarga kerana mereka juga dikira sekeluarga dengan dirinya.

Upin dan Ipin bertanya pula mengenai Tok Dalang yang sibuk menyanyikan lagu "Balik Kampung". Jelasnya, dia sedang menghafaz lagu ini untuk dinyanyikan kepada saudara-mara dari bandar. Tambah Upin, Opah gemar memasang lagu "Dendang Perantau" sambil bersedih. Tok Dalang kata itu ada maknanya. Maka Upin dan Ipin menemui idea.

Bahagian 3

Opah bercerita ketupat.jpg

Opah menerangkan erti ketupat.

Upin dan Ipin memasuki bilik dapur, hairan melihat Opah dan Kak Ros menganyam ketupat tatkala Hari Raya masih jauh. Setelah mereka bertanya, Opah berkata teringin hendak makan sedikit. Ujar Upin dan Ipin, tentu lebih senang membeli ketupat orang, apalagi sama sahaja rasanya. Balas Opah kepada itu, ketupat buatan sendiri lebih bermakna kerana dibuat dengan kasih sayang, malah apabila diberikan kepada orang, maka orang akan sentiasa mengenang pembuatnya.

Opah bertanya kepada cucu-cucunya pula apa makna ketupat. Teka Upin dan Ipin, untuk dimakannya. Setelah itu, Opah menerangkan bahawa anyaman ketupat mencerminkan pelbagai kesalahan manusia, jadi pemberian ketupat menandakan tanda minta maaf kepada penerima, malah isi putih ketupat melambangkan hati yang bersih dari segala kesalahan, dan jika dimakan, maka penerima memaafi pemberi. Upin terjumpa di atas meja ketupat yang berbentuk batu seremban, lalu bertanya apa maknanya. Opah meminta supaya mereka mencari maknanya sendiri, manakala Ros berseloroh dengan adik-adiknya dengan mengatakan bahawa bentuk ketupat itu tiada erti.

Ini yang istimewa.jpg

Ini yang istimewa.

Berlalunya beberapa hari, akhirnya Lebaran sudah pun tiba. Upin dan Ipin kagum melihat kemeriahan rumah Tok Dalang dengan perhiasan ranggi dan saudara-mara yang ramai, lalu teringin untuk pergi ke sana, tetapi Kak Ros meminta mereka untuk menjamu selera di rumah dulu sebelum mereka sempat pergi. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang untuk melawat mereka. Sambil menjamu selera, Mail bertanya tentang ketupat berbentuk batu seremban. Jadi Upin mempelawa kawan-kawan untuk meneka di mana istimewanya.

Jarjit meneka, "Dua tiga ular sawa, ketupat ini tak pakai daun kelapa." Jelas Ipin, ianya dibungkus dengan daun palas, maka namanya ketupat palas, tetapi itu bukan yang istimewanya. Fizi menduga bahawa Upin dan Ipin membuatnya sendiri; sebenarnya kembar dua itu hanya menolong Kak Ros membuat ketupat palas. Lantas kawan-kawan mendapati ketupat lawas itu ada pelbagai jenis intinya, baik serunding, kacang mahupun putih kosong. Mail kelihatan kurang puas hati dengan ketupat palas yang dipetiknya, bahawa isinya kosong, tetapi akhirnya dipaksa makan oleh kehadiran Ros yang tiba-tiba di dampingnya.

Ucapan aidilfitri 2014.jpg

Selamat Hari Raya Aidilifitri.

Akhirnya Tok Dalang memanggil seisi rumah Upin dan Ipin untuk dijemput beraya ke rumahnya. Di sana Upin, Ipin, Ros, Opah dan kawan-kawan bersama Tok Dalang dan saudara-maranya merakam ucapan Salam Aidilfitri ke arah kamera video yang tergantung di hujung galah menghadap mereka semua.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak