Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Sahabat Selamanya" (tiga bahagian) ialah episod ke-13, ke-14 dan ke-15 (episod ke-5 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Maingalahpanjang

Fizi cuba mengelak tangkapan Upin.

Kisah bermula apabila Upin, Ipin dan kawan-kawan sedang bermain galah panjang. Upin, Ipin dan Mail satu kumpulan, manakala Ehsan, Fizi dan Mei Mei satu lagi kumpulan. Seteliti mana kumpulan Ehsan telah merancang strategi pun, namun mereka akhirnya kecundang kerana Fizi yang mula-mula mencuri peluang akhirnya ditangkap tiba-tiba oleh Upin. Oleh itu, setelah ditegur oleh Ehsan, Fizi pun pulang dengan kecewa. Dalam perjalanan untuk pulang, Fizi memberitahu kawan-kawan yang hujan sudah datang, tetapi kawan-kawan tidak mengendahkan Fizi. Apabila hujan terlalu lebat, Fizi pun berlari ke arah pondok di padang. Rupa-rupanya kawan-kawan sudah berada di pondok.

Fizidikejarhujan

Fizi dikejar hujan lebat.

Di pondok, kilat pun menyabung. Mei Mei pun jerit ketakutan. Tiba-tiba labah-labah jatuh atas hidung Mei Mei. Mei Mei pun jerit ketakutan sambil berkata “tak suka – tak suka”. Mail pun datang membantu Mei Mei sambil mempersenda Mei Mei. Kawan-kawan pun tergelakkan Mei Mei. Mei Mei pun menjawab yang Cikgu Jasmin pun takut labah-labah. Kemudian, kawan-kawan teringat pasal labah-labah Fizi yang disangka telah meninggal dunia. Kawan-kawan mengebumikan mayat labah-labah Fizi berhampiran pondok.

Pengebumianlabah2

Upin memujuk Fizi yang kehilangan labah-labah belaannya.

Di pondok, Fizi masih sedih atas pemergian labah-labahnya. Labah-labah Fizi telah menakutkan Cikgu Jasmin seperti di penghujung episod "Tadika" lalu menyebabkan Cikgu Jasmin demam tiga hari. Ehsan pun menyatakan ketidakpuasannya tentang hujan yang lebat ini. Upin pun menegur Ehsan yang hujan adalah rahmat Tuhan seperti yang Opah kata. Mail pun menyanyi lagu sambil memegang labah-labah tadi. Mei Mei menegur Mail agar tidak menyanyi agar hujan tidak menjadi lebih lebat. Upin pun menjerit “tolong-tolong” sambil mengharapkan yang bomba akan datang menyelamatkan mereka.

Cikgutigergayat

Cikgu Tiger takut untuk terjun dari kereta bomba.

Ipin pun teringat yang Cikgu Tiger pernah menjerit “tolong-tolong” apabila berasa gayat semasa berdiri di bumbung kereta bomba. Ketua Bomba pernah berpesan dalam episod "Sedia Menyelamat" yang “kalau nak jadi bomba, bomba perlulah berani”. Cikgu Tiger pun berasa malu.

Kejutankilat

Upin dan Ipin ditakutkan dari keluar pondok oleh kilat.

Di pondok, kawan-kawan gelak terbahak-bahak apabila teringat insiden itu. Mail pun memberitahu yang hari sudah gelap, sambil bertanya cara untuk pulang. Ipin pun memberi cadangan untuk menggunakan daun pisang sebagai payung. Tetapi secara tiba-tiba daun itu digelek oleh sebuah motosikal, maka kawan-kawan pun kecewa. Upin dan Ipin ingin pulang juga walaupun dibasahi air hujan. Apabila mereka ingin keluar dari pondok, tiba-tiba kilat menyabung lagi, mereka pun menjerit nama Opah. Pada detik yang sama, Opah terkejut sambil terjatuhkan cawan kopinya. Rupa-rupanya kopi itu membakar mulut Opah.

Bahagian 2[]

Fizibersinkatehsan

Fizi terbersin ke arah Ehsan.

Di pondok, Fizi pun bersin hingga terkena Ehsan, maka Ehsan pun menegurnya. Fizi pun teringat yang selalunya apabila lepas bermain, kawan-kawan akan pergi mengaji dengan Ustaz Hamzah. Tetapi pada masa yang sama Ustaz sedang menjamu ais-krim kegemaranya di kedai runcit sambil menyangka yang anak didiknya sedang menunggunya di masjid. Mail menakutkan Upin dan Ipin yang Kak Ros pasti akan marah Upin dan Ipin.

Ustadmenungguhujan

Ustaz menunggu hujan berhenti di kedai runcit.

Upin dan Ipin terdengar yang Opah kata bahawa Kak Ros juga nakal semasa Kak Ros kecil dahulu. Upin dan Ipin pun mengusik Kak Ros, maka ganjaran Upin dan Ipin ialah ditarik telinga oleh Kak Ros. Telinga kanan Upin dan telinga kiri Ipin ditarik Kak Ros.

Kakrosrisau

Kak Ros dengan risau menunggu kepulangan adik-adiknya.

Di pondok, Upin dan Ipin memuji Kak Ros di depan kawan-kawan sambil memberitahu yang Kak Ros sayang Upin dan Ipin. Oleh itu mereka menyangka bahawa Kak Ros sedang risaukan mereka sekarang kerana Upin dan Ipin masih belum pulang. Opah pun menyuruh Kak Ros menelefon bapa Ehsan untuk bertanya tentang Upin dan Ipin. Bapa Ehsan pun memaklumkan bahawa Ehsan pun belum pulang.

Biri2lawanserigala

Sang biri-biri merebut kipas dengan sang serigala.

Di pondok, Fizi pun berharap yang dia dapat memakai baju biri-biri yang dipakai olehnya dalam "Cerita Kami" yang dapat memanaskan dirinya yang sejuk sekarang. Apabila Fizi kata yang dia ingin membawa baju biri-birinya balik, Abang Salleh melarang. Kawan-kawan pun kecewa. Mei Mei pula cuba melarikan diri daripada Abang Salleh kerana tidak ingin memulangkan kostum milik Abang Salleh.

Janganbukabajusaya

Mei Mei enggan memulangkan kostum kepada Abang Salleh.

Di pondok, Mail pun ternampak motosikal Tok Dalang. Kawan-kawan pun menjerit nama Tok Dalang. Tok Dalang pun terdengar jeritan mereka lalu membawa motosikalnya ke arah pondok dengan pantas. Dalam perjalanan, tayar motosikal Tok Dalang tergelek batu lalu motosikal Tok Dalang terbabas. Oleh itu, Tok Dalang kini berada bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan di pondok.

Bahagian 3[]

Rembodalampangkuantokdalang

Rembo dalam pangkuan Tok Dalang.

Di pondok, Tok Dalang teringat akan Rembo (sekitar episod Jejak Rembo), lalu kembali ke bakul motosikalnya untuk mencari Rembo. Rupa-rupanya Rembo sudah berada di pondok. Tok Dalang pun memberitahu yang Rembo telah pergi ke rumah Pak Samat seperti di episod Jejak Rembo. Rembo suka ayam betina itu, tetapi ayam betina itu menyukai ayam jantan yang lain. Rembo pun sedih.

Rembokapel

Rembo cuba berpacaran dengan ayam betina Pak Samad.

Di pondok, labah-labah Mail pun tergelakkan Rembo. Oleh itu Rembo pun membaham labah-labah itu. Mail pun meminta Rembo memulangkan labah-labahnya. Rembo pun membuang labah-labah itu dari paruhnya. Apabila Mei Mei menutup matanya, Upin menakutkan Mei Mei semasa Mei Mei membuka matanya. Ehsan pun mengingatkan kawan-kawan tentang pokok kelapa yang condong.

Fizidanehsanditakutkan

Fizi dan Ehsan ditakutkan oleh suatu lembaga.

Pada insiden yang berlaku di sekitar episod "Kisah Dua Malam" itu, sewaktu Ehsan dan Fizi dalam perjalanan pulang dari masjid pada waktu malam, mereka digemuruhkan oleh sesuatu lembaga yang kabur dekat pokok kelapa condong. Fizi mula-mula berlari ketakutan apabila sebiji buah kelapa jatuh dari pokok kelapa condong, tetapi Ehsan tidak berganjak dan lega kerana itu sekadar buah kelapa gugur. Akan tetapi, Ehsan akhirnya ditakutkan hingga berlari terkial-kial oleh lembaga berkenaan, yang rupa-rupanya seekor monyet yang menjatuhkan buah kelapa tersebut. Monyet itu minum air kelapa terus dari buah kelapanya.

Oopetdalamsemak

Kisah seram Tok Dalang.

Di pondok, Tok Dalang bercerita tentang cerita seram. Cerita itu adalah pada musim Piala Dunia (sekitar episod "Anak Harimau"), selepas Tok Dalang menghantar Upin dan Ipin pulang ke rumah. Dia terdengar bunyi goncangan dari semak lalu pergi mendekati semak berkenaan, hingga dia dikejutkan oleh makhluk yang seakan-akan Oopet. Cerita Tok Dalang itu menakutkan Upin, Ipin dan kawan-kawan. Upin, Ipin dan kawan-kawan pun menjerit ketakutan. Mail telah pun keluar dari pondok pada masa yang sama semasa kawan-kawan menjerit tadi kerana hujan sudah berhenti. Rembo turut mengambil peluang ini untuk melarikan dirinya daripada Tok Dalang.

Rosgeleteku i

Kesudahan yang gembira.

Apabila di rumah, Upin dan Ipin pun menceritakan kejadian tadi kepada Opah dan Kak Ros. Kak Ros pun berpesan bahawa Upin dan Ipin harus pulang dengan segera apabila hujan bakal tiba. Kak Ros pun menggeletek Ipin apabila Upin dan Ipin ingat Kak Ros hendak memulas telinga mereka. Pada masa yang sama, Upin berjaya melarikan diri daripada Kak Ros.

Trivia[]

  • Bahagian kedua episod ini merupakan episod ke-200 (pecahan episod tiga bahagian) dalam siri Upin & Ipin.
  • Episod ini dihasilkan khas sempena kejayaan Les' Copaque menghasilkan 200 episod Upin & Ipin.
  • Intro bagi episod ini menampilkan kelainan. Tidak seperti episod yang lain di mana Upin & Ipin memperkenalkan diri mereka, kali ini, Ipin mengira sehingga nombor 200 sambil kawan-kawannya bersembunyi.
  • Beberapa episod dari musim-musim sebelumnya diberikan sama ada tambahan babak, kesudahan selepas episod itu, atau diulang semula. Antaranya ialah:

Video[]

Promo_Upin_&_Ipin_Musim_7_-_Sahabat_Selamanya_13_Julai_2013,_7.30Ptg_-_TV9

Promo Upin & Ipin Musim 7 - Sahabat Selamanya 13 Julai 2013, 7.30Ptg - TV9


Galeri[]

Tonton di RCTI+[]

Advertisement