Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement


"Sahabat Selamanya" merupakan lagu yang didendangkan oleh kumpulan muzik Padi dari Indonesia yang diterbitkan pada tahun 2010 sempena siri Upin & Ipin. Lagu ini diterapkan dengan melodi lagu siulan yang menjadi tema Upin & Ipin dari musim pertama hingga kelapan (kecuali musim ke-7) dan menjadi lagu pembukaan dan penutup pada musim ke-5. Versi vokal lagu ini menjadi lagu penutup dalam episod "Cerita Kami", musim ke-5.

Di samping meraikan kelarisan siri Malaysia ini di Indonesia, lagu ini dicipta khusus untuk meredakan ketegangan diplomatik sesama dua negara jiran ini ketika itu, menurut Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi.[1]

Lirik[]

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain, menyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

[Chorus]
Karena sahabat untuk selamanya
Bersama, untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya, setia...

O..oh...o..oh...

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

[Chorus]
Menjadi sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... selama-lamanya... setia...

Tak ada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk, diselami...

[Chorus]
Sahabat untuk selamanya
Bersama, untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya.....o..oh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... selama-lamanya...
Untuk selamanya... setia...

Trivia[]

  • Lagu ini menjadi lagu pertama yang dinyanyikan oleh band dari Indonesia dalam mana-mana siri atau filem animasi di Malaysia.
  • Lirik lagu ini berorientasikan persaudaraan dan persahabatan antara dua negara iaiatu Malaysia dan Indonesia. Dalam siri Upin & Ipin, konsep ini juga diterapkan menerusi persahabatan antara Upin dan Ipin sebagai warganegara Malaysia dengan Susanti sebagai seorang rakyat Indonesia.
  • Lagu ini mempunyai empat versi dan dua muzik video. Versi pertama adalah menjadi milik bersama Sony Music Entertainment Indonesia selaku syarikat yang menaungi kumpulan Padi dengan Les' Copaque Production selaku syarikat pengeluar siri Upin & Ipin. Versi kedua dan ketiga pula menjadi milik penuh Les' Copaque. Versi kedua dinyanyikan oleh Asyiela Putri sendiri selaku pelakon suara watak Upin dan Ipin manakala versi ketiga dinyanyikan secara koir.
    • Muzik video pertama bagi lagu ini menjadi milik penuh Sony Music Entertainment Indonesia manakala yang kedua pula menjadi milik penuh Les' Copaque.
  • Dalam muzik video pertama, beberapa klip dari siri musim ke-3 dipaparkan. Antaranya ialah:

Video[]

Rujukan[]

  1. Padi Langsai Hutang Untuk Anak-anak, Gua.com.my, 10 Dis 2010. Diakses pada 17 Sep 2013.
Advertisement