Wikia

Upin & Ipin Wiki

Sakit Ke?

Bincang0
175laman di
wiki ini
"Sakit Ke?"
Episod Upin & Ipin
No. episod 19, 20, 21
Tarikh siaran asal 10 September 2011

"Sakit Ke?" ialah episod ke-19, ke-20 dan ke-21 dalam musim kelima Upin & Ipin dan Kawan-kawan.

PlotSunting

Bahagian 1Sunting

Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan seram melihat poster "Mari Bersunat" pada batang pokok. Acara berkhatan itu akan diadakan pada keesokan hari. Mereka terkenang masa Mail cuba menerangkan apa itu sunat kepada Mei Mei. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh Kak Ros yang lalu di situ, dan bercadang untuk memberitahu Opah tentang acara bersunat itu dengan nada yang sinis. Selepas Kak Ros pergi, Fizi dan Ehsan bertengkar sama ada bersunat itu sakit atau tidak. Pertengkaran mereka terhenti apabila Upin dan Ipin berlari ke rumah Mail untuk kepastian, maka dua kawan baik itu pun mengikut mereka sekali.

Kedatangan mereka berempat disambut oleh Mail yang sudah menjangka yang mereka hendak mendengar pengalaman bersunatnya. Jarjit, Dzul dan Ijat pun datang sekali untuk bermain, tetapi terpaksa berpuas hati dengan mendengar cerita sunat Mail. Setelah semua kanak-kanak lelaki berkumpul, Mail memulakan ceritanya:

Mail yang ditemani ibunya menunggu dalam klinik dengan rasa gemuruh kerana akan disunat. Seorang budak lelaki yang ditemani bapanya dalam klinik itu pun gementar. Mail merenung ke arah tangki ikan untuk menenangkan diri, tetapi terbayangkan seekor ikan tangki itu yang memandang ke arahnya dan memerli "Habislah kau, Mail." sampai takut. Tiba-tiba, Mail dikejutkan oleh rengekan seorang kanak-kanak lelaki yang keluar dari bilik sunat, tetapi dia cepat berhenti dan berlagak berani setelah ternampak budak-budak lain yang menunggu.
Pembantu memanggil Ismail bin Mail masuk, maka Mail pun berjalan ke arah pintu bilik, di mana dia memandang sekeliling bilik dari pintu itu. Doktor menyuruh Mail untuk baring, jadi Mail pun mengikut arahannya dengan rasa cukup gementar dan menutupi kelangkang dan kakinya dengan kain songket. Doktor bertanya, "Dah sedia", dan Mail menjawab dengan senyuman dan ibu jari.
Sebagai langkah persediaan, doktor membawa sebatang picagari gergasi dan menyuntik Mail untuk membiusnya. Selepas itu, doktor beredar ke mejanya. Mail semakin cemas dan merenung jam dinding; tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi pengasah pensel doktor dan asahan pisau. Doktor itu mengejutkan Mail lagi dengan meletakkan pisau kecilnya dan membawa keluar pisau gergasi dengan tujuan menakut-nakutkannya, kemudian meletakkannya. Sambil doktor bergelak sinis, tiba-tiba Mei Mei muncul entah dari mana.

Mei Mei datang bersama Devi untuk bertanya cerita apa yang diperdengarkan, membuat kaum lelaki kurang senang. Terpaksalah Mail menguruskan gadis-gadis itu dengan berbisik kepada Mei Mei apa itu bersunat. Setelah mendengarnya, Mei Mei dan Devi pun beredar dengan rasa kekok, supaya Mail boleh menyambungkan ceritanya.

Dengan bantuan pembantunya yang mengelap peluh pada dahinya, si doktor gila membawa keluar sebilah gunting gergasi untuk menyunat Mail, sehingga membuat Mail merasa sakit sekali pada kelangkangnya, bagaikan digigit harimau!

Mail membuat-buat rasa sakit sambil mengongoi, untuk mengusik kawan-kawannya sampai mereka berasa takut untuk bersunat.

Bahagian 2Sunting

"Dua tiga pergi sunat, Mail kamu memang hebat," puji Jarjit atas keberanian Mail. Jarjit, Upin dan Ipin masih berada di sekeliling Mail semenatara yang lain sudah beredar dalam ketakutan. Upin dan Ipin menanya Mail mengapa mereka tidak diajak sekali, jawabnya dia disuruh bersunat di rumah sepupunya tiba-tiba. Upin dan Ipin berpakat untuk memujuk Opah supaya mereka boleh tidak bersunat. Jarjit bertanya tentang kesahihan kisah Mal, dan jawabnya, cerita tadi dibuat-buat untuk mengusik kawan-kawannya.

Pada masa makan malam, Upin memerhatikan kelainan pada angin Kak Ros yang lebih tenteram daripada kebiasaan. Kak Ros mengingatkan mereka bahawa esok mereka akan bersunat. Upin dan Ipin meminta restu Opah supaya mereka tidak bersunat kerana mereka masih kecil dan takut akan kesakitan, tetapi Kak Ros mentertawakan mereka. Di samping meyakinkan cucu-cucunya bahawa bersunat itu tidak menyakitkan, Opah membalas mereka dengan menerangkan kepentingan bersunat untuk kebersihan diri. Upin dan Ipin berhujah bahawa bermandi pun dikira cukup untuk kebersihan diri.

Pada keesokan hari, Tok Dalang menyuruh Upin dan Ipin keluar untuk mengikutnya ke surau untuk bersunat. Upin dan Ipin berbuat-buat mengantuk di depan ketua kampung itu, tetapi Opah memujuk mereka supaya memberanikan diri dan mengikut cakap Tok Dalang. Di awal perjalanan mereka, Upin dan Ipin masih masam muka kerana takut untuk bersunat, jadi Tok Dalang mencari jalan untuk membuat mereka hilang rasa takut dan kembali ceria. Tok Dalang menceritakan bahawa pada zaman dahulu, bersunat itu perkara yang menyeronokkan, siap dengan kenduri, dan sesiapa yang bersunat boleh bersembahyang di baris depan surau (dan boleh jadi imam), barulah kembar itu teruja.

Tok Dalang menjelaskan bahawa dalam upacara sunat, semua kanak-kanak yang akan bersunat itu perlu berarak. Sebagai contoh, Tok Dalang menggendong Upin lalu berlari ke sekitar kampung sambil diikuti Ipin. Ipin juga mengambil giliran untuk dikendong oleh Tok Dalang. Selepas itu, Tok Dalang menceritakan lagi bahawa mereka yang bersunat itu berendam dalam air sungai yang sejuk demi menghilangkan rasa takut. Kebetulan pula mereka hampir sampai di surau, di mana terdirinya sebuah bilik sunat sementara di tepi surau.

Di perkarangan surau, Upin dan Ipin berjumpa dengan Fizi, Ehsan, Dzul, Ijat (dan seorang lagi budak tidak dikenali) yang menunggu untuk disunat. Ehsanlah yang paling gemuruh gara-gara usikan Mail semalaman. Bapa Ehsan juga mengambil kesempatan untuk merakam mereka semua dalam kamera video. Mail dan Jarjit pun datang untuk menyokong kawan-kawan mereka. Pembantu perubatan mengambil kedatangan mereka yang datang untuk bersunat, kemudian bertanya siapa yang hendak bersunat dahulu.

Bahagian 3Sunting

Pembantu menyuruh Ijat untuk masuk dahulu. "Keberanian" Ijat dipuji oleh kawan-kawannya, tetapi tidak sampai sesaat dua memasuki bilik itu, Ijat pun meluru keluar dalam ketakutan sambil dilitupi kain songket. Jarjit cuba menghalangnya tetapi dia tetap cabut.

Terkilan oleh perangai Ijat tadi, pembantu menyuruh Upin pula. Setelah melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia disambut oleh doktor yang memberinya lolipop, kemudian memimpin Upin untuk menaiki kerusi. Selepas menyuruh Upin memakai songket, doktor membuat kerjanya sambil menanya Upin bermacam-macam dan Upin pun menjawabnya tanpa rasa was-was, seperti umurnya, sekolahnya dan sebagainya. Doktor pun mengacah bahawa dia pernah bersekolah di Tadika Mesra yang baru lagi.

Akhirnya, doktor bertanya sama ada Upin takut bersunat, dan jawabnya tidak. Kemudian, doktor mengejutkan Upin bahawa dia sudah siap bersunat lalu mengucapkan tahniah kepadanya. Upin pun melangkah keluar dan membuat Ipin kagum melihat hasil bersunatnya, jadi Ipin pun terus melangkah masuk ke dalam klinik walaupun belum tiba gilirannya.

Pada petang nanti, selepas habis bersunat, Upin dan Ipin bermain kapal terbang di atas katil mereka untuk menjemurkan alat kelamin mereka yang baru disunat. Mereka diziarahi oleh Mail, Jarjit, dan Ijat yang tidak jadi bersunat tadi. Upin dan Ipin menegur Mail kerana memperbesarkan cerita sunatnya. Jarjit meminta untuk melihat "yang itu", tetapi Upin membalas malu; Jarjit menjelaskan bahawa dia mahu melihat kapal terbang. Upin dan Ipin memujuk Ijat supaya tidak takut untuk bersunat, dengan menunjukkan betapa seronoknya selepas bersunat dengan "memperhambakan" Kak Ros supaya membawa minuman dan biskut keju untuk mereka berlima, sampai Kak Ros nyaris naik darah.

Upin dan Ipin bertanya Ehsan dan Fizi di mana, Jarjit menjawab "Dua tiga buah manggis, Ehsan takut Fizi nangis". Ijat tergelak mendengar pantun tadi, tetapi ditegur oleh Mail kerana "Fizi nangis, tapi tak lari." Keseronokan mereka berlima diganggu oleh nyamuk yang berdengung dan hinggap di atas songket Upin. Jarjit pun bersiap dengan tangan untuk menampar nyamuk itu walaupun ditegah oleh Upin dan Ipin yang takut sakit.

KesilapanSunting

Ketika budak lelaki itu sedang menyatakan rasa takutnya, Mail menelan air liur. Waktu itu kain pelekatnya berwarna hijau. Apabila ikan dalam akuarium itu mengugutnya, kain itu berwarna biru.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak