FANDOM


Salleh
Watak Upin & Ipin
16 salleh
Penampilan
sulung
"Esok Raya"
Penampilan
terakhir
"Tidak diketahui"
Pelakon
suara
Acherol
Salleh ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang terkenal sebagai "lelaki lembut", iaitu lelaki yang bersifat keperempuanan.

Rupa

Muka Salleh berbentuk segi tiga dan bentuk badannya kurus langsing. Dia selalu memakai kain merah pada kepalanya.

Perwatakan

Sebagai lelaki yang berjiwa perempuan, Salleh gemar menggelar dirinya "Sally". Bukan setakat keperempuanan, malah cepat berang apabila berdepan dengan situasi yang menyusahkan, khususnya apabila Upin, Ipin dan kawan-kawannya mengusik kerjanya atau mengusik harta bendanya. Apapun, Salleh dianggap peramah oleh kanak-kanak kerana bijaksana dalam banyak perkara, apalagi berkali-kali bertukar pekerjaan sepanjang siri ini, baik sebagai pustakawan mahupun peniaga Internet.