FANDOM



"Sapy Oh Sapy" ialah episod ke-39 dan 40 dalam musim ketiga siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan

Bahagian 1

Muthu memesan Upin dan Ipin untuk membawa Sapy ke padang rumput untuk makan, memandangkan Rajoo tengah demam, jadi tidak dapat menemani Sapy hari ini. Di tengah-tengah jalan, Upin dan Ipin berehat sebentar untuk bermain kemuncup, tetapi mereka leka bermain terlalu lama sehingga Sapy berasa tersisih lalu enggan berganjak walaupun Upin dan Ipin habis bermain.

Bahagian 2

Pujukan Upin, Ipin dan kawan-kawan tidak berjaya menenangkan hati Sapy, sebaliknya Sapy lagi merajuk lalu melarikan diri dengan pentas. Mereka terpaksa menghabiskan sepanjang tengah hari mencari lembu kesayangan Rajoo itu. Lambat-laun, terpaksalah mereka semua berdepan dengan Muthu untuk memberitahu perkara sebenar, tetapi mujurlah Susanti sempat membawa Sapy balik ke tempat asalnya.

Video

Upin & Ipin - Sapy Oh Sapy (Bahagian 1)

Upin & Ipin - Sapy Oh Sapy (Bahagian 1)

Bahagian 1

Upin & Ipin - Sapy Oh Sapy (Bahagian 2)

Upin & Ipin - Sapy Oh Sapy (Bahagian 2)

Bahagian 2