FANDOM



"Seronoknya Membaca" (tiga bahagian) ialah episod ke-19 ke-20 dan ke-21 dalam musim ketiga siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan

Bahagian 1

Mei Mei dan Upin bergilir-gilir membacakan cerita Arnab dan Kura-kura kepada seluruh bilik darjah mengikut buku cerita, diikuti Mail yang begitu kecoh, berpura-pura sudah baca tetapi mereka-reka kesudahan cerita. Ijat dipanggil untuk menyambung cerita, tapi masih tak pandai membaca.

Bahagian 2

Ipin diminta untuk mehghabiskan cerita, selepas itu murid-murid menghayati pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura. Sebuah perpustakaan bergerak dipandu ke tadika untuk menyemarakkan lagi minat membaca. Sayangnya, Ijat terpaksa mengambil kelas tambahan dari Cikgu Jasmin untuk belajar membaca.

Bahagian 3

Setiap murid meminjam sebuah buku dari perpustakaan bergerak. Waktu bermain, Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan buku yang dipinjam. Mei Mei bermegah rajin membaca buku tanpa gambar, tetapi apabila mencuba buku yang dipinjam Ipin tak boleh pula. Rupa-rupanya tulisan Jawi, Tok Dalang bacakan untuk semua.

Video

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 1)

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 1)

Bahagian 1

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 2)

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 2).

Bahagian 2

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 3)

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 3)

Bahagian 3