Fandom

Upin & Ipin Wiki

Siapa Atan?

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Siapa Atan?"
Episod Upin & Ipin
0914 title.jpg
No. episod 40, 41, 42
Tarikh siaran asal 1 Januari 2016

"Siapa Atan?" merupakan episod ke-40, ke-41 dan ke-42 dalam siri Upin & Ipin musim kesembilan. Tayangan perdana episod ini adalah dalam format 30 minit bermula pada 7.30 malam. Episod ini juga menyebabkan musim ini menjadi musim pertama dimana episod terakhir ditayang pada tahun berikutnya.

Sinopsis

Kampung Durian Runtuh digemparkan dengan kedatangan seorang tokoh lawak terkenal tanahair, Dato' Jamali Shadat, yang terkenal dengan bakat melontarkan pelbagai suara, pelat dan bahasa pelbagai golongan masyarakat. Upin dan Ipin bertuah sekali kerana dapat mengenali beliau dengan lebih dekat.

Plot

Bahagian 1

Mei Mei, Jarjit, Upin dan Ipin bergilir-gilir menyanyikan lagu hafal sifir dengan gaya masing-masing yang tersendiri kepada Tok Dalang. Akan tetapi persembahan terganggu oleh nyamuk yang menghinggap pipi Tok Dalang, membuat dia menampar sampai gigi palsunya tercabut dan berkeliaran sambil mematuk-matuk hampir mengena celah kangkang orang.

Upin dan Ipin mempersenda peristiwa gigi palsu tadi dengan lagu "Oh Atuk, ke mana hilangnya gigi Atuk?" yang mereka belajar dari Opah. Tok Dalang pun teragak-agak pernah mendengar lagu itu.

Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin berlagu hafal sifir pula kepada Opah, namun Opah malas hendak melayan. Upin dan Ipin bertanya dari mana dia dengar lagu gigi itu. Cerita Opah, dahulu ada seorang pelawak terkenal yang mendendangkan lagu ini ketika bersketsa, bahkan dapat meniru pelbagai suara.

Bahagian 2

Kampung Durian Runtuh digemparkan oleh kedatangan mengejut seorang lelaki yang terkenal sedang menunggang skuter kuning dengan baju biru bercorak batik, melayan penduduk dengan aneka ragam suara dan pelat.

Beliau singgah di warung Muthu dan menakjubkan tuan kedai dengan kemahiran bertutur dan bernyanyi dalam bahasa Tamil. Gelagat beliau turut menarik Salleh yang ada di warung, malah dia dan Muthu berdua pun mengaku serba sedikit mengecam beliau.

Setelah minum, beliau menyambung perjalanan tetapi diganggu oleh Upin dan Ipin sekawan bermain bola, maka dia menegur mereka dengan suara yang kelakar meniru kanak-kanak. Dengan suara ini beliau memperkenalkan diri sebagai "Atan", kemudian bertukar-tukar lenggok tutur sambil bermesra dengan mereka.

Setelah "Atan" bertolak, Upin, Ipin dan kawan-kawan beradu meniru suara pula, leka sehingga Kak Ros datang membawa pulang adik-adiknya dengan nada yang garang.

Bahagian 3

Upin dan Ipin terjumpa skuter kuning "Atan" terletak di tepi rumah Tok Dalang. Lalu kedengaran pula suara keanak-anakan beliau dari dalam rumah itu. Upin, Ipin dan Ros dijemput masuk ke rumah Tok Dalang. Sebaik masuk ruang tamu, Ros serta-merta teruja mengecam Dato' Jamali Shadat.

Sekembalinya dari rumah Tok Dalang, Upin dan Ipin bergegas ke bilik dapur untuk menduga Opah siapa yang mereka jumpa tadi. Setelah Opah gagal meneka, Ros pula datang mengkhabarkan kedatangan Dato' Jamali di rumah Tok Dalang. Sekali terdengar, Opah teruja dan bergegas ke sana.

Malam hari, Opah berkongsi gambar yang diambilnya bersama Dato' Jamali bersama cucu-cucu dengan kamera digital. Ipin sempat menceritakan pertemuan mereka apabila beliau melakonkan watak-watak Atuk dan Atan seorang diri. Pesan Opah, itulah yang dinamakan bakat yang bukan sembarangan orang boleh buat, apalagi penuh dengan pengajaran. Kebolehan Dato' Jamali berbahasa dan berpelat bangsa lain turut dipuji mereka bertiga.

Pertemuan Upin dan Ipin dengan Dato' Jamali Shadat di rumah Tok Dalang pun dikongsikan dengan kawan-kawan di tadika keesokan hari. Mail bertanya apa tujuan beliau ke mari, maka Upin dan Ipin menjawab...

Rupa-rupanya Dato' Jamali datang ke Kampung Durian Runtuh tidak lain tidak bukan untuk mengadakan acara persembahan komedi di balai raya, di mana beliau mempersembahkan sketsa boneka Upin dan Ipin.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak