Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Sinar Syawal" (tiga bahagian) merupakan episod ke-7, ke-8 dan ke-9 (episod ke-3 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Ehsan menyalahkan Jarjit kerana asyik minum depan semua orang. Jarjit pun cabut lari.

Kumpulan nasyid Iman pun menyanyikan lagu nasyid mereka di hadapan semua. Mereka memenangi johan dalam pertandingan nasyid. Kak Ros pun cemburu kerana Upin & Ipin asyik tenung piala johan mereka. Kemudian Kak Ros mengajak Upin & Ipin untuk pergi ke pasar Ramadhan.

Semasa berbuka, semasa Upin sedang makan kuih cara, sos dari kuih telah terpercik ke muka Ipin. Ipin pun kurang gembira. Kak Ros pun mengajar Upin & Ipin cara untuk makan kuih cara dengan betul sambil menghabiskan semua kuih cara. Ipin lagi marah kerana belum sempat merasai kuih cara.

Semasa solat di surau, Ehsan telah tertidur sambil berdengkur. Tiba-tiba, Mail, Upin & Ipin ternampak ada seekor lipas berada di bahu Fizi. Mail, Upin & Ipin pun takut. Mail, Upin & Ipin pun melarikan diri dan keluar dari surau. Kemuadian, barulah mereka memberitahu bahawa terdapat seekor lipas pada bahu Fizi. Fizi pun takut. Kemudian, Fizi pun lari meninggalkan Ehsan di surau bersendirian.

Apabila Ehsan bangun dari tidur, dia baru sedar bahawa semua orang sudah meninggalkan surau.

Bahagian 2[]

Di padang, Mail memberitahu bahawa semalam dia pergi ke kampung sebelah. Mail terdengar meriam buluh meletup dari kampung sebelah. Opah pernah memberitahu bahawa meriam buluh mampu menghilangkan jari. Kemudian, Susanti memberi kawan-kawan bunga api. Mereka berjanji untuk bermain bunga api sama-sama malam nanti.

Selepas solat terawih, apabila Upin & Ipin tiba di rumah, Kak Ros sedang membuat kuih Ros. Upin & Ipin pun menolong Kak Ros membuat kuih Ros. Sambil itu, Kak Ros menceritakan kenapa kuih Ros diberi namanya sebegitu. Kemudian, apabila Upin & Ipin bertanya kepada Opah mengapa kuih batang buruk diberi nama batang buruk, Opah tidak menjawab, malah menyuruh Upin & Ipin pergi tidur.

Bahagian 3[]

Semasa ingin ke surau, Opah sedih kerana tiada orang yang memasang lampu pelita. Upin & Ipin pula sedang menyelongkar bilik mereka untuk mencari bunga api yang mereka beli, tetapi tidak jumpa.

Selepas solat, Upin & Ipin & Mail ingin bermain dengan bunga api milik Ehsan. Kemudian, Upin & Ipin memberitahu Atok bahawa semasa mereka ke surau tadi, lampu jalan telah terpadam. Opah pun menceritakan bahawa dulu-dulu, orang kampung mesti memasang lampu pelita. Atok pun berjanji dengan budak-budak untuk memasang lampu pelita di sekitar kampung.

Setelah Atok dan semua orang kampung siap memasang pelita di sekitar kampung, Opah pun gembira.

Galeri[]

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_12_-_Episod_Baru_Sinar_Syawal

Upin & Ipin Musim 12 - Episod Baru Sinar Syawal


Tonton di RCTI+[]

Advertisement