Fandom

Upin & Ipin Wiki

Skuad Bebas Denggi

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Skuad Bebas Denggi"
Episod Upin & Ipin
0909 title.jpg
No. episod 25, 26, 27
Tarikh siaran asal 25, 26, 27 September 2015

"Skuad Bebas Denggi" merupakan episod ke-25, ke-26 dan ke-27 dalam siri Upin & Ipin musim kesembilan.

Plot

Bahagian 1

Seluruh Kampung Durian Runtuh menyambut ketibaan kru televisyen TV5 yang datang membuat liputan kerana kampung itu terlibat dalam program Komuniti Bebas Denggi. Anita si wartawan TV5 menemubual Tok Dalang untuk bertanya mengapa kampungnya terlibat dalam program tersebut.

Jawab Tok Dalang, dahulu ramai penduduk kampung yang terkena demam, tetapi tiba-tiba Muthu menyampuk, "sekarang sudah tiada lagi." Setelah Muthu ditegur senyap, wartawan kembali bertanya akan tujuan program Komuniti Bebas Denggi. Kali ini Upin mencelah dan menjawab, untuk mengurangkan risiko denggi, sambil memegang sekotak kit rumah "perlindungan lengkap denggi".

Tok Dalang memungut kotak itu dan menyambung jawab dengan bangga, semenjak program dilangsungkan, kampung sudah mencapai kadar sifar denggi. Ipin melaung dengan penuh semangat, "Betul, betul, betul!" Ini disambut dengan tepukan dan sorakan orang di sekeliling.

Tok Dalang melanjutkan temubual dengan berpesan akan harusnya kesedaran sivik untuk mencegah pembiakan nyamuk. Sekali lagi Ipin melaungkan "Betul, betul, betul!" namun kali ini pula sepi responsnya. Bahkan Tok Dalang menceritakan suatu peristiwa dahulu yang berkenaan denggi.

Alkisah pada suat petang, Upin dan Ipin membonceng motosikal Tok Dalang ke rumah Ah Tong. Tok Dalang terpegun melihat halaman rumah Ah Tong penuh bersepah dengan sampah lalu menegur si tuan rumah, sementara Upin dan Ipin mengutip penutup botol di merata tanah...

Hinggalah Upin dan Ipin geli terserempak dengan pasu bunga yang penuh dengan air takung yang penuh dengan jentik-jentik lalu bertindak membuang airnya. Apabila ditanya oleh Ah Tong, Ipin mengulangkan pesan cikgu bahawa jentik-jentik membesar jadi nyamuk yang menjangkitkan denggi apabila menggigit. Balas Ah Tong, itu bukan jentik-jentik nyamuk Aedes, bahkan dia sendiri sudah biasa digigit nyamuk tetapi langsung tidak pernah dijangkiti. Tok Dalang menegur sikap sambil lewa kawannya bahawa denggi boleh mengundang maut.

Pada masa yang sama, Ipin menampar nyamuk di pipi Upin dan menunjukkan kepada Tok Dalang sama ada ini nyamuk Aedes. Jawab Tok Dalang, bukan kerana nyamuk Aedes berbelang-belang. Ah Tong menampar nyamuk di pipinya dan menunjukkan pula, ketiga-tiganya pun melaung "Nyamuk Aedes!"

Bahagian 2

Ah Tong mencelah temubual dengan menceritakan betapa kesalnya menghidap penyakit denggi dan berazam untuk mencegah gejala tersebut daripada berulang, sebelum mikrofon dirampas balik oleh Tok Dalang. Belum sempat penghulu kampung bercakap, Upin dan Ipin mencelah pula untuk mempromosikan Kit Rumah Perlindungan Lengkap Denggi.

Maka berakhirnya temubual televisyen. Opah memuji kepetahan cucu-cucunya tetapi bertanya adakah mereka sendiri pandai menggunakan kit itu. Oleh itu mereka berserah kepada Kak Ros yang "bertukar" kepada baju seragam Skuad Bebas Denggi untuk menunjuk cara dengan adik-adiknya sebagai contoh, mula-mula dengan salap Denguard untuk disapukan ke seluruh badan untuk mencegah gigitan nyamuk.

Sementara itu kawan-kawan bermain barang-barang kit sebagai mainan hinggalah Kak Ros marah, menarik semula barang-barang dan berpesan bahawa ia untuk mereka yang mempunyai kesedaran. Abang Salleh bertanya kesedaran apa, dan jawab Mei Mei, kesedaran untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Ros bersambung menerangkan alat-alatnya: bakul berpenutup yang diusik oleh Jarjit dan Mail tadi ialah ALOT untuk memerangkap nyamuk, beserta ubat Mousticide untuk membunuh jentik-jentik. Sesudah itu Abang Salleh mengagihkan baju Skuad Bebas Denggi kepada kanak-kanak sambil berpesan supaya mempunyai kesedaran.

Suatu ketika kemudian, Upin dan Ipin membersihkan halaman rumah sendiri bersama Kak Ros, cepat jemu dan melatah. Pesan Opah, kerja Upin dan Ipin itu adalah bakti kepada masyarakat untuk membasmi denggi. Upin dan Ipin cuba membuktikan kesedaran dengan melafazkan langkah-langkah pencegahan: sentiasa mengemas rumah, jangan biar air bertakung, dan elakkan gigitan nyamuk.

Kak Ros pula menunjuk cara menggunakan ALOT kepada Upin dan Ipin. Mula-mula, diisikan air ke dalam bekas, kemudian ditutup, disarungkan dengan jaket hitam dan disorokkan di bahagian rumah yang banyak nyamuk seperti beranda. Kemudian nyamuk bertelur di dalam bekas ALOT dan jentik-jentik yang menetas di dalamnya akan cepat mati.

Ipin meluahkan rasa kasihan kepada jentik-jentik, tetapi Upin menegur, tiada nyamuk tiada denggi. Tiba-tiba kedengaran bunyi bergelagak yang kuat.

Bahagian 3

Rupa-rupanya ada pekerja datang menyemburkan racun di kampung! Jelas Opah, Mousticide-lah yang disemburkan, kemudian dia menyuruh Kak Ros untuk menaburkan ubat itu di takungan air. Sementara itu Upin dan Ipin pergi mengganggu pekerja itu, mengekori sambil berbuat bising hingga senja tanpa dihiraukan oleh si pekerja. Akhirnya mereka dihalang keluar oleh Kak Ros kerana waktu senja inilah nyamuk Aedes keluar. Upin membuat alasan boleh menyapukan ubat Denguard. Opah pun menegah kerana waktu sudah dekat maghrib.

Keesokan harinya di pasar tani, Mail hendak selesai berniaga apabila dijemput oleh Ehsan dan kawan-kawan bermain bola. Dengan segera dia mengemas gerai dan menyerahkan ayam lebihan kepada Upin dan Ipin. Pada masa yang sama Tok Dalang tiba dengan motosikal, menegur bahawa terdapat longgokan sampah berdekatan gerai Mail. Mail membuat alasan itu dari gerai sebelah.

Tok Dalang menegur Mail supaya memikul tanggungjawab sebagai satu komuniti untuk membasmi tempat pembiakan denggi. Keluh Ipin, kampung sudah sifar denggi. Balasnya, walaupun sifar denggi tetapi nyamuk tetap ada, maka dia menyarankan supaya ALOT diletakkan dekat gerai untuk membasmi pembiakan nyamuk dengan pesanan "cegah sebelum parah".

Upin dan Ipin pulang ke rumah rupa habis comot. Bila ditanya oleh Opah, jawabnya mereka menjalankan misi membasmi denggi. Maka Opah pun memuji. Upin dan Ipin bertanya di mana Kak Ros, jawabnya di bilik kerana tidak sihat. Ini membuat Upin dan Ipin risau.

Selepas mandi, Upin dan Ipin menyelinap masuk ke dalam bilik Kak Ros untuk memeriksa badan. Setelah puas menyentuh-nyentuh, langsung tidak dijumpai gejala denggi seperti demam dan ruam. Kemudian mereka menanya Kak Ros sama ada terasa sakit mata, sakit tulang dan sebagainya. Maka Kak Ros terasa kacau dan bangun dengan geram. Upin dengan kelakar menyebut rasa risau kakaknya menghidap denggi kerana biliknya bersepah seperti tempat pembiakan nyamuk. Kak Ros pun naik geram... bukan kerana seloroh adiknya tetapi untuk menampar nyamuk.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak