Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Taman Mesra" (tiga bahagian) ialah episod ke-37, ke-38 dan ke-39 (episod ke-13 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-6 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

23buahkelapamaubuatapa

"Dua tiga buah kelapa, mau buat apa?"

Seluruh kelas Aman heboh dan berasa kasihan dengan cerita Dzul demam teruk, hingga dia terpaksa dibawa pergi oleh ambulans, menurut Ehsan. Kemudian, datangnya Cikgu Melati dengan cerianya mengumumkan kepada murid-murid akan Pertandingan Taman Tercantik yang dianjurkan oleh pihak tadika pada hari keesokan, dan menjanjikan hadiah misteri kepada yang mana daripada empat kelas yang memenanginya. Seluruh kelas bersemangat mendengar pengumuman itu dan berazam untuk menang.

Untuk itu, Cikgu Melati menyenaraikan bahan-bahan yang perlu dibawa untuk menyertai pertandingan itu. Mula-mula, dia menyenaraikan bunga. Mei Mei berjanji untuk membawa bunga matahari kelak. Cikgu memuji Mei Mei dan menggalakkan murid-murid yang lain untuk membawa bunga sekali. Seterusnya, Cikgu Melati menuliskan beberapa perkara yang agak membingungkan murid-muridnya: botol plastik, kasut lama dan tin kosong. Setelah ditanya oleh Jarjit, jelas Cikgu, dia akan menunjukkan kegunaannya ketika berkebun kelak.

Uiusiktongsampah

Pencarian Upin dan Ipin dalam tong sampah tidak menjadi.

Sekembali mereka di rumah, Upin dan Ipin meluru ke bilik dapur untuk makan tengah hari dan memberitahu Opah dan Ros tentang Dzul yang masuk hospital kerana digigit nyamuk. Ulas Ros, tentu Dzul dijangkiti demam denggi akibat gigitan nyamuk Aedes. Pesan Opah tentang itu, kebersihan rumah harus dijaga supaya nyamuk tidak membiak di sekitar. Upin juga bercakap tentang Pertandingan Taman Tercantik esok, yang mana mereka perlu membawa banyak barang ke tadika.

Dengan berpandukan senarai, mula-mula Upin dan Ipin mencari botol lama dalam tong sampah, tetapi tiba-tiba dimarahi oleh Ros yang menyangka adik-adiknya mahu bermain dengan sampah. Setelah mendengar penjelasan mereka, Ros membawa adik-adiknya ke bawah rumah untuk menunjukkan botol-botol lama yang disimpan oleh Ros sendiri untuk dikitar semula. Ini mengingatkan Upin dan Ipin akan Ah Tong. Dengan itu, Upin dan Ipin mengumpul semua botol yang elok, kemudian menyimpan semula yang tidak ingin dipakai sebelum beralih kepada kasut lama; itu pun Upin menanya Ros.

Bahagian 2[]

Meimeibungamatahari

Bunga matahari Mei Mei.

Keesokan harinya, semua murid Tadika Mesra berpakaian sukan untuk Pertandingan Taman Tercantik, termasuk sekali semua pelajar kelas Aman kecuali Dzul. Ehsan membawa sebatang pokok bunga mawar, sementara Mei Mei memperagakan pokok bunga matahari yang dijanjikannya semalam. Jarjit turut membawa bunga-bunga yang berwarna-warni, tetapi bunga-bunga itu terpotong dari pokoknya. Ujar Upin dan Ipin, bukan bunga ditanam tetapi pokoknya.

Gelagatijat

Ijat buat hal pulak...

Cikgu Melati datang sambil menggolekkan sebiji tayar lama, dan tanpa membuang masa lagi, dia melancarkan acara berkebun bagi kelasnya. Semua murid dari keempat-empat kelas rajin mengemaskan halaman sekolah, tetapi ada juga mereka yang bergelagat. Ehsan menguji penyapu untuk menyapu daun gugur tetapi cepat kepenatan setelah hanya beberapa kali mengayunkan penyapu. Ijat pula curi-curi menyeretkan ke dalam kawasan kelas Bakti, hingga nyaris mencetuskan pergaduhan antara dia dan pelajar yang mengemas bersebelahan dengannya sebelum sempat dileraikan oleh Cikgu Melati yang membawa beg plastik untuk melupuskan daun gugur.

Janganusikjentik2

"Jangan bermain dengan jentik-jentik."

Selepas itu, Cikgu Melati memesan Mei Mei dan Devi yang tengah memungut daun gugur supaya pergi mengambil pasu bunga. Kemudian, dia terdengar suara Upin dan Ipin bermain-main dengan pasu bunga di belakang, lalu pergi mendekati mereka. Setelah melihat isi pasu itu, dia segera mencurahkan airnya dan berpesan kepada murid-muridnya supaya jangan bermain dengan jentik-jentik, iaitu anak nyamuk yang mengancam kesihatan manusia, dan juga memastikan tiada air bertakung untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Tigerkaktus

Cikgu Tiger memperagakan kaktus untuk taman Bakti.

Usaha murid-murid Tadika Mesra dalam Pertandingan Taman Tercantik turut disaksikan oleh Guru Besar. Berjam-jam murid-murid mengusahkan taman kelas masing-masing, semakin indah dan berseri jadinya. Ketika waktu pertandingan hampir tamat, murid-murid kelas Aman tertarik dengan gelagat di taman kelas Bakti, di mana Cikgu Tiger memperagakan dua pasu kaktus yang "senang dijaga dan tak payah siram". Cikgu Melati dan kelasnya mencemburui bakat kelas sebelah itu, tetapi sempat juga mencari ikhtiar untuk mengatasi mereka. Untuk itu, dia menyuruh Mail untuk membawa tayar ke tempatnya, Ehsan untuk mengambil kotak cat warna di atas mejanya, dan yang lain pula untuk mengutip batu-batu kerikil yang bertaburan dekat mereka.

Pasubungamelati

Silap mata Cikgu Melati.

Upin dan Ipin tidak lupa untuk menyerahkan sebelah but yang mereka ambil dari rumah kepada guru kelas mereka (tanpa menyangka bahawa but itu masih dipakai oleh Opah). Cikgu Melati mengubah but itu menjadi sebuah pasu bunga baru yang cukup menakjubkan murid-muridnya. Dengan itu, dia turut mengajar murid-murid supaya pandai menggunakan semula barang-barang yang rosak atau lama untuk tujuan lain. Ujar Upin, begitulah juga yang diajarkan oleh kakak mereka, "baru jimat". Ipin bersetuju dan mengatakan bahawa Kak Ros gemar menyimpan sampah.

Tayar pula juga dijadikan bekas untuk menanam pokok bunga matahari Mei Mei, sementara cat warna adalah untuk mewarnai batu-batu kerikil sebagai 'silap mata' Cikgu Melati untuk mengindahkan lagi taman kelas Aman. Mei Mei melabelkan bunga matahari, tetapi ditegah oleh Cikgu Melati kerana hendak dia faham bahawa setiap benda dalam taman ini diusahakan bersama-sama. Walau bagaimanapun, usaha mereka tidak sedikit pun menggentarkan pesaing-pesaing mereka dari kelas Bakti yang masih berani mempersenda.

Bahagian 3[]

Tamanaman

Pemandangan Taman Aman.

Masa berkebun sudah habis! Guru Besar pun menyuruh murid-murid yang berbangga dengan hasil kerja mereka untuk berkumpul dekat kolam di pusat taman untuk mendengar pujian-pujian dan pengumuman pemenang. Mula-mula, Guru Besar menanya murid-murid kalau-kalau mereka penat atau seronok, tetapi hanya dibalas dengan diam diri yang agak lama. Apapun, Guru Besar mengucapkan tahniah kepada para guru kerana berjaya membimbing murid-murid untuk mencantikan taman masing-masing, serta berharap agar ini akan menyedarkan mereka akan betapa pentingnya menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran; tiba-tiba sahaja Ipin menyampuk dengan "betul, betul, betul!"

Begplastikditgh2

Kantoi...

Sambung Guru Besar, ketiga-tiga ukuran tersebut diambil kira untuk menentukan pemenang. Tiba-tiba lagi, kelas Aman dan Bakti berteriak beradu kecantikan taman masing-masing. Guru Besar menenteramkan mereka dan mengulas taman kelas Ceria dahulu – "bunga-bunganya wangi dan segar, pasu bunga cantik-cantik dan tersusun." Ini membuat Upin dan Ipin gementar, tetapi Mail memujuk mereka bahawa kelas mereka pasti menang dengan pasu-pasu yang disusunnya tadi.

Guru Besar beralih kepada taman kelas Damai yang dipujinya kerana "hijau" dan "sejuk mata memandang", apatah lagi hijau warna kegemarannya. Jarjit semakin lemah semangat mendengarnya, tetapi Guru Besar menelunjuk pula beg plastik yang tertinggal di celah antara taman Ceria dan Damai, sekaligus memberikan kelebihan kepada kelas Aman dan Bakti. Beralih kepada kelas Bakti, Guru Besar berasa ragu-ragu dengan pemilihan kaktus oleh Cikgu Tiger. Rasa tak sedap hatinya terjawab apabila salah seorang muridnya kesakitan terkena duri kaktus.

Gurubesarumumkanpmng

Pemenangnya ialah...

Belum sempat pemenang diumumkan, loceng tadika berbunyi, membuat semua murid bersurai dengan rasa tertanya-tanya sebelum disuruh berkumpul semula oleh Guru Besar yang kemudiannya mengumumkan pemenang dengan menarik suara lama-lama hingga tidak larat demi unsur saspens. Akhirnya, nama kelas Aman diluahkan dari mulutnya, membuat Upin, Ipin dan rakan-rakan kelas mereka bergembira. Cikgu Tiger pula bertindak balas dengan menangis terngongoi sambil berlari pergi. Ehsan dengan tidak sabar menanya Cikgu Melati dan Guru Besar tentang 'hadiah misteri' untuk pemenang.

Coptangandindingtadika

'Hadiah misteri' berupa begini.

Hadiah misterinya agak membingungkan murid-muridnya – sebidang dinding kosong di luar bangunan tadika. Yang lebih membingungkan, hanya Jarjit yang menyambut hadiah itu tanpa usul periksa. Apapun, Cikgu Melati menerangkan kegunaan dinding itu dengan Jarjit sebagai contoh, iaitu meninggalkan cap tangan dengan cat warna pada dinding. Setelah faham, semua murid-murid turut mengecap tangan mereka pada dinding.

Keesokan hari, Dzul kembali ke kelas setelah sembuh dari demam denggi. Upin dan Ipin cepat membawanya ke dinding yang penuh dengan cap tangan mereka dan semua rakan-rakan, apalagi mereka meminta Dzul untuk meninggalkan cap tangannya sekali.

Video[]

Promo_UI_Musim_6_-_Taman_Mesra_23_Dis,_6Ptg_-_TV9

Promo UI Musim 6 - Taman Mesra 23 Dis, 6Ptg - TV9


Tonton di RCTI+[]

Advertisement