FANDOM


"Taman Riang Ria"
Episod Upin & Ipin
1102 title
No. episod 4, 5, 6
Tarikh siaran asal 29 April 2017

"Taman Riang Ria" merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 dalam siri Upin & Ipin musim kesebelas.

Sinopsis

Upin dan Ipin sekeluarga dan kawan-kawan pergi melawat taman riang ria yang dilangsungkan di kampung.

Plot

Bahagian 1

Sekembali pulang ke rumah, Upin dan Ipin meminta Kak Ros membawa mereka pergi ke funfair yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ros enggan kerana kononnya dia sudah pergi jadi dia malas hendak pergi lagi, jadi Upin dan Ipin mengadu pada Opah. Opah bercerita tentang pengalaman di funfair yang sudah lama tidak dilangsungkan. Begitu menarik kisahnya hingga Ros pun teringin pergi lagi.

Keesokan hari di tadika, Upin dan Ipin melayan cerita suka-duka pengalaman Ehsan dan Fizi melawat funfair. Satu kelas pun teruja hendak melawat funfair. Sekembali ke rumah, Upin dan Ipin mengingatkan Opah tentang funfair malam ini, tetapi malangnya Opah tidak dapat pergi kerana Kak Ros demam. Upin dan Ipin berasa kasihan terhadap kakak mereka jadi mereka sudi untuk menangguhkan lawatan ke funfair.

Bahagian 2

Keesokan hari, akhirnya Ros sembuh dan Upin dan Ipin menyangka boleh pergi ke funfair malam nanti. Akan tetapi Opah berpesan funfair sudah habis. Jadi Upin dan Ipin menyalahkan Kak Ros kerana demam semalam hingga mereka tidak jadi ke funfair.

Sepanjang siang Upin dan Ipin duduk di dalam pondok sambil bermasam muka kerana ketinggalan funfair sementara kawan-kawan seronok bermain di hadapan. Pada masa yang sama datangnya van berhias dengan pembesar suara mengumumkan funfair baru yang akan diadakan di kampung. Akhirnya Upin dan Ipin pulih semangat dan pulang untuk mengajak Opah semula. Sekali nampak Opah membatuk, Upin dan Ipin segera menyediakan ubat agar dia tidak jatuh sakit.

Malam hari, Upin dan Ipin sekeluarga pergi ke funfair. Di depan pintu besar mereka bertemu dan bergurau senda dengan Mail yang berniaga di sana. Sebaik sahaja sudah masuk, yang paling seronok bukanlah si kembar tetapi Opah yang beraksi cemerlang memenangi semua permainan yang ada. Begitu leka Opah bermain hingga terlupa mengajak Upin dan Ipin bermain sekali.

Bahagian 3

Opah penat setelah puas menguasai funfair, maka dia meminta Kak Ros menemani Upin dan Ipin bermain, tetapi apa sahaja yang mereka minta ditolak oleh si kakak. Mujurlah ada Susanti, Mei Mei dan Mail jadi si kembar pergi mengikut mereka bertiga. Mula-mula mereka bermain rumah berhantu - masuk bukan ikut pintu besar tapi belakang tabir. Upin dan Ipin gerun tetapi menurut juga.

Sepanjang perjalanan menjerit-jerit sambil mengelak hantu-hantu, Upin dan Ipin terjumpa dengan pintu yang terenggang. Di sebalik pintu itu adalah Abang Salleh yang baru membuka kostum raksasa. Jadi mereka berlima mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan Salleh seperti mana mereka ditakut-takutkan sepanjang rumah berhantu.

Setelah puas menyakat Salleh, Upin dan Ipin bertemu semula dengan Ros dan Opah dan mereka berempat pergi naik roda feris. Tetapi di tengah-tengah menaiki roda, tiba-tiba roda terhenti, membuat si kembar takut kerana terkandas di paras tinggi. Mujurlah gangguan sementara dan mereka pun selamat turun.

Sebelum pulang ke rumah, Opah sekeluarga tidak lupa untuk menaiki kuda pusing.

Teaser

Teaser Upin & Ipin Musim 11 - Taman Riang Ria02:07

Teaser Upin & Ipin Musim 11 - Taman Riang Ria

Teaser Upin & Ipin Musim 11 - Taman Riang Ria

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.