Fandom

Upin & Ipin Wiki

Terawih

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Terawih"
Episod Upin & Ipin
No. episod 4
Tarikh siaran asal 21 September 2007

"Terawih" ialah episod keempat dalam musim pertama Upin & Ipin. Episod ini menyaksikan kemunculan sulung Ehsan, Fizi dan Tok Dalang.

Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke surau untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Doa terawih sempena Ramadan ini seolah-olah menjadi peluang kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan dan bukannya beribadah, tidak terkecuali Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka. Setelah berkongsi pengalaman berpuasa, mereka pun bermain juga. Akhirnya keseronokan kanak-kanak itu berakhir setelah Kak Ros mengarahkan mereka turut serta dalam sembahyang.

Upin dan Ipin sudah bersiap untuk ke surau bersama Opah untuk mengalami terawih pertama mereka, tetapi mereka terpaksa menunggu Kak Ros bersiap dahulu di luar rumah. Sementara itu, apabila ditanya, Opah menerangkan bahawa terawih itu solat sunat yang hanya diadakan pada bulan Ramadan, dan siapa yang rajin berterawih pasti banyak menerima pahalanya. Selepas Ros keluar, dia memesan adik-adiknya supaya tidak bernakal ketika berada dalam surau.

Setibanya di perkarangan surau, Upin dan Ipin berjumpa dengan dua orang kawan baik, iaitu Ehsan dan sepupunya, Fizi. Ehsan menunjuk-nunjukkan duit ganjaran seringgit berian bapanya kerana berpuasa penuh kepada yang lain. Fizi pula mengaku puasa setengah hari sahaja. Upin sempat menyampaikan nasihat Opah, bahawa "kalau tak puasa penuh, tak boleh masuk syurga." Akan tetapi, mereka berempat leka bersembang lalu bermain lattalilat sehingga Upin dan Ipin dipukul oleh Ros sebelum terawih bermula.

Dalam surau, Upin dan Ipin mengikuti solat terawih, tetapi Ipin tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. Ipin hendak menanyakan sesuatu, tetapi disuruh diam oleh abangnya. Selepas solat berakhir, mereka berdua terus keluar lalu bertembung dengan Tok Dalang, ketua Kampung Durian Runtuh. Mereka menyoal Tok Dalang mengapa dia tidak berterawih sekali, lalu dijawabnya bahawa terawih itu solat sunat sahaja dan tidak wajib dikerjakan. Upin dan Ipin mengejek orang tua itu kerana membuat dosa. Tok Dalang kurang senang dengan gelagat mereka lalu menyuruh mereka pergi ke tempat lain.

Maka Upin dan Ipin bergegas ke perkarangan surau untuk berjumpa dengan Ehsan dan Fizi yang kepenatan kerana bermain sorok-sorok. Upin cadangkan supaya mereka bermain lempar kasut semua hadirin surau itu. Mereka berempat leka bermain sampai kasut-kasut hadirin surau semuanya bertimbun di hadapan surau, dan akhirnya mereka dipukul oleh Kak Ros yang marah.

Video

Upin & Ipin S1 - Terawih05:07

Upin & Ipin S1 - Terawih

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak