Fandom

Upin & Ipin Wiki

Terbang Tinggi-Tinggi

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Terbang Tinggi-Tinggi"
Episod Upin & Ipin
0502title.jpg
No. episod 4, 5, 6
Tarikh siaran asal 4 Jun 2011

"Terbang Tinggi-Tinggi" ialah episod ke-4 hingga ke-6 dalam musim ke-5 Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Bahagian 1

Tok Dalang mengajar Upin, Ipin dan kawan-kawan membuat layang-layang. Mereka semua dapat membuat sehelai layang-layang untuk diri masing-masing, kecuali Mail yang mengambil kesempatan untuk mencari barang niaga baru dengan membuat puluhan layang-layang untuk dijual kepada orang ramai. Tok Dalang berpesan supaya mereka pergi ke kawasan lapang untuk bermain kerana kawasan perumahan di kampung ada gantungan dawai elektrik yang membawa padah jika layang-layang tersangkut.

Bahagian 2

Di tengah keseronokan bermain layang-layang, Fizi mengambil kesempatan untuk beradu layang-layang siapa lebih tinggi bersama Ehsan, sehingga Ehsan terleka dan kehabisan benang, hingga layang-layangnya pun melayang. Tiba-tiba, seekor burung yang terlanggar layang-layang Fizi lalu terjatuh dari langit. Maka mereka semua berhenti bermain lalu membawa burung itu cepat ke Tok Dalang untuk dirawat. Keesokan hari, Tok Dalang membuat layang-layang baru untuk Fizi dan Ehsan.

Bahagian 3

Pada hari kemudian, Upin dan Ipin ke rumah Tok Dalang untuk menjenguk wau barunya dan burung dari kelmarin. Dalam cubaan melihat burung itu dari dekat, Ipin terjatuh dari bangku lalu merosakkan wau itu. Untuk mengubati kesedihan Tok Dalang, Upin dan Ipin bertungkus-lumus untuk membuat wau baru, tapi kemudian mereka dibantu oleh Tok Dalang sendiri. Selepas itu, Tok Dalang membawa mereka ke Pertandingan Wau untuk menerbangkan wau bulan buatan mereka bertiga.

Bahagian 1

Tok Dalang sedang menghiris buluh di halaman rumahnya, apabila dia tiba-tiba dikejutkan oleh Upin dan Ipin sampai terpatah sehiris buluh yang dipegangnya. Mujurlah hirisan buluhnya masih banyak lagi. Apabila ditanya mengapa dia menghiris buluh, Tok Dalang menjelaskan bahawa itu adalah untuk membuat rangka layang-layang; kainnya juga disediakan. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang ke rumah Tok Dalang kerana lama menunggu mereka berdua. Mereka semua tertarik oleh perbuatan Tok Dalang itu lalu merayu supaya diberi layang-layang. Walaupun berasa payah melayan kerenah mereka, namun Tok Dalang tetap mengajak mereka membuat layang-layang.

Kebanyakan layang-layang yang dibuatnya berbentuk daiman, tapi Upin terjumpa satu rangka layang-layang yang berbentuk lain. Tok Dalang menerangkan bahawa itulah bentuk wau. Ramai antara mereka melenguh kerana tidak dapat mengikuti arahan Tok Dalang membuat layang-layang lalu meminta orang tua supaya mengulanginya. Akan tetapi, Mei Mei cepat mempelajari apa yang diajar dan dapat menunjukkan layang-layangnya yang siap dengan lukisan sekali, lalu menyerahkan layang-layangnya kepada Tok Dalang untuk menunjukkan cara mengikat benang pemegang. Mail pula rajin-rajin membuat banyak layang-layang untuk dijual nanti, sampai menghabiskan semua buluh Tok Dalang.

Selepas mereka semua sudah siap membuat layang-layang (kecuali Mail yang asyik membuat banyak), mereka hendak mula bermain layang-layang di hadapan rumah Tok Dalang. Mujurlah Tok Dalang menyuruh mereka supaya pergi ke tempat lapang kerana kawasan perumahan banyak terpasang dawai elektrik; jika tersangkut, pemainnya boleh direnjat. Maka mereka semua pergi ke tempat lapang dan cuba melayangkan layang-layang mereka, tetapi itupun tidak berjaya kerana angin tiada. Hanya Mei Mei yang berjaya melayangkan layang-layangnya tetapi tidak kekal lama.

Bahagian 2

Akhirnya, angin yang cukup sudah datang, barulah Upin dan Ipin dan kawan-kawan seronok menerbangkan layang-layang mereka tinggi-tinggi. Akan tetapi, mereka dikejutkan oleh layang-layang gergasi berbentuk paha ayam goreng milik Ipin yang mengalih perhatian penunggang basikal yang tidak dekat dengan tempat bermain mereka sehingga dia terbabas. Fizi mengambil kesempatan untuk beradu dengan Ehsan untuk melihat siapa yang boleh menerbangkan layang-layangnya lebih tinggi. Ehsan terleka berlumba dengan Fizi sehingga kehabisan benang, menyebabkan layang-layangnya terlepas ke angkasa dan boleh disambut balik lagi.

Tiba-tiba, seekor burung biru terlanggar layang-layang Fizi sehingga menyebabkan kedua-duanya jatuh ke tanah. Bukan sahaja layang-layang itu dah koyak, malah burung itu cedera dan tidak sedarkan diri. Upin, Ipin dan kawan-kawan berhenti bermain untuk membawa burung itu kepada Tok Dalang, dengan menyangka burung itu sudah mati. Apabila ditunjukkan burung itu, Tok Dalang yang berasa keletihan itu mengejutkan mereka dengan menyimpan burung itu dalam kopiahnya. Setelah diingatkan, barulah Tok Dalang sedar dan cuba membangunkan burung itu. Mujurlah burung itu masih hidup, maka Tok Dalang membawanya ke dalam rumah untuk dirawat, sambil menceritakan kepada kanak-kanak tentang amalan lama yang menakutkan tentang mematahkan kaki burung demi minyak batin yang tidak berperikemanusiaan.

Pada keesokan harinya, kanak-kanak berkumpul lagi untuk menunggu Tok Dalang menyiapkan layang-layang baru Ehsan dan Fizi. Burung itu berkicauan dalam sangkar sambil menunggu dirinya sembuh; apabila ditanya mengapa, Tok Dalang menerangkan bahawa burung itu sedang kelaparan.

Bahagian 3

Tidak lama kemudian, Upin dan Ipin tiba di rumah Tok Dalang, lalu terlihat wau baru yang dibuat oleh orang tua itu. Mereka juga teringat akan burung yang cedera semalaman itu dalam sangkar, tetapi sangkar itu digantung terlalu tinggi hingga tidak boleh dilihat oleh mereka. Upin menyuruh Ipin mengalihkan bangku dalam rumah itu dekat dengan sangkar, tetapi Ipin masih tidak tercapai kelibat burung itu, lalu terjatuh dari bangku dan mematahkan wau Tok Dalang secara tidak sengaja. Tok Dalang dikejutkan oleh kekecohan Upin dan Ipin, lalu dikejutkan oleh kerosakan waunya, lalu meraung kesedihan hingga inginkan cucu baru.

Terkejut oleh kata-kata Tok Dalang, Upin dan Ipin cepat meminta maaf dan berjanji supaya mereka membuat satu lagi wau baru untuknya. Di tengah-tengah mereka bertungkus-lumus membuat wau baru untuk menceriakan semua ketua kampung itu, tiba-tiba Tok Dalang menghulurkan benang kepada mereka dan terus membantu mereka lagi. Rupa-rupanya dia acah sebentar tadi.

Kampung Durian Runtuh sedang mengadakan sebuah Pertandingan Wau yang menarik orang dalam dan luar. Tok Dalang membawa Upin dan Ipin ke tempat acara untuk membantunya melayangkan wau bulan yang dibuat oleh mereka bertiga bersama. Upin dan Ipin terpesona oleh kepelbagaian wau-wau yang dilayangkan di situ. Tok Dalang memperkenalkan jenis-jenis wau yang terdapat di situ satu demi satu, termasuk memerli "wau pemalas" yang dilayangkan oleh peserta yang berdiri dekat dengan mereka lalu menyebabkannya merajuk!

Video

Upin & Ipin S5 - Terbang Tinggi - tinggi (Bhg 1) (English Subtitle)07:08

Upin & Ipin S5 - Terbang Tinggi - tinggi (Bhg 1) (English Subtitle)

Upin & Ipin S5 - Terbang Tinggi - tinggi (Bhg 2) (English Subtitle)07:08

Upin & Ipin S5 - Terbang Tinggi - tinggi (Bhg 2) (English Subtitle)

Upin & Ipin S5 - Terbang Tinggi - tinggi (Bhg 3) (English Subtitle)07:08

Upin & Ipin S5 - Terbang Tinggi - tinggi (Bhg 3) (English Subtitle)

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak