Fandom

Upin & Ipin Wiki

Terompah Opah

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Terompah Opah"
Episod Upin & Ipin
0813title.jpg
No. episod 37, 38, 39
Tarikh siaran asal 20, 21, 22 Disember 2014

"Terompah Opah" merupakan episod ke-37, ke-38 dan ke-39 dalam siri Upin & Ipin musim kelapan.

Plot

Bahagian 1

0813 hadiah mei mei.png

Saya ada bawa hadiah untuk semua!

Di tadika, Mei Mei berkongsi pengalaman cutinya dengan kawan-kawan dengan menawarkan cenderahati yang dibelinya dari luar negara. Puji Jarjit, "Dua tiga kain batik, Mei Mei memang cantik!" Mei Mei membalas pujiannya dengan seutas rantai kunci dengan tangkai berbentuk terompah.

0813 keychain terompah upin ipin.png

Rantai kunci terompah!

Demikian juga bagi kawan-kawan yang lain; semuanya rantai kunci dengan tangkai terompah yang berbagai-bagai corak warnanya. Reaksi kawan-kawan pun berbagai-bagai, ada yang puas hati dan ada yang mengharapkan lebih. Cikgu Melati pun mencelah untuk bertanyakan hadiah untuk dirinya daripada Mei Mei, maka Mei Mei menghadiahinya sesuatu yang istimewa dalam kotak berwarna-warni.

0813 cikgu melati menari terompah.png

Cikgu cuba menari dengan terompah.

Rupa-rupanya sepasang terompah sebenar! Mei Mei mempelawa Cikgu Melati untuk memakainya, tetapi dibalas dengan "lain kali cikgu pakai". Ehsan meminta untuk memakainya pula, tetapi Upin menegah dengan alasan bahawa terompah sesuai untuk perempuan sahaja. Cikgu Melati membetulkan Upin bahawa terompah boleh dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi corak terompah yang diterimanya itu memang untuk perempuan, sambil memakai terompah itu dan menari. Hanya sekejap berjoget dengan terompah itu, Cikgu Melati terjatuh.

0813 cuit.png

Cuit...

Setelah pulang dari tadika, Upin dan Ipin teruja untuk menunjukkan hadiah dari Mei Mei itu kepada Kak Ros, tetapi Kak Ros sedang asyik mendengar muzik dengan hedfon sambil belajar di meja tulisnya. Untuk mencuri perhatian, Upin mencuit kakaknya dengan kayu penggaru gatal, hinggalah Ros terkejut dan terbangun dengan lagak yang mencuit hati.

0813 terompah jari kaki opah.png

Ini tangkai terompah, bukan terompah yang betul.

Setelah melihat rantai kunci terompah adik-adiknya, Ros mengambil mudah dan berkata bahawa Opah pun ada sepasang terompah. Kebetulan Opah berada di ruang tamu, jadi Upin dan Ipin pergi menanya Opah sama ada dia ada terompah. Opah mengiyakan hal itu, apatah lagi boleh dipakai. Ipin bergelagat dan cuba memakaikan tangkai terompahnya kepada jari kaki Opah.

0813 terompah opah.png

Cantiknya!

Maka Opah (yang berterompah di jari) membawa kembar itu ke bilik simpanan. Ros turut mengekori mereka. Setiba mereka di bilik itu, Opah mengeluarkan sebuah kotak dari almari, membuka kotak itu dan membongkar sebelah terompah lamanya. Upin dan Ipin teruja dengan kecantikan terompah itu dan bergilir-gilir memegang sambil merenungnya.

0813 banyak kenangan.png

Banyak kenangan.

Ipin bertanya mengapa hanya ada sebelah terompah. Jawab Opah, sebelah lagi telah hilang. Ipin cuba memakai terompah di kakinya, tetapi Kak Ros cepat merampas terompah itu kerana takut terompah itu kotor, lalu memulangkannya kepada Opah. Opah bersambung cerita bahawa terompah ini dibuat oleh ibunya (moyang Ros, Upin dan Ipin) khas untuk dirinya, malah dia selalu memakai terompah ini ke sana-sini, maka banyak kenangan.

Cerita Opah membuat cucu-cucu Opah rasa sayu, lebih-lebih lagi Ipin menangis. Upin bertanya kepada Opah sama ada terompah boleh dipakai oleh kedua-dua jantina seperti yang diterangkan oleh Cikgu Melati di tadika. Opah mengiyakan dan menerangkan bahawa pada zaman penjajahan Belanda, semua rakyat tak kira jantina memakai terompah sahaja. Ros menyimpulkan bahawa terompah itu diperkenalkan oleh Belanda; itu juga diiyakan oleh Opah.

0813 simpan balik.png

Berat mata memandang...

Ujar Upin lagi, terompah cikgu ada tumit, jadi tidak boleh dipakai oleh lelaki. Terang Opah, terompah cikgu moden sedangkan terompahnya tradisional. Tambah Opah lagi, kalau ada terompah macam ini lagi, teringin Opah nak pakai balik, sambil menyimpan terompah semula ke dalam kotak, lalu dia menyimpan kotak itu semula dan beredar dari bilik bersama Ros.

Upin dan Ipin tercegat di bilik simpanan dengan rasa pilu dan kasihan kepada Opah, tetapi kemudian mereka mencari jalan.

Bahagian 2

0813 tok dalang terompah.png

Tok Dalang pun ingat terompah ini.

Tok Dalang selesai menggoda Rembo si ayam jantan belaannya untuk turun dari pokok untuk mendapatkan balik selipar yang terpakai di cakar kanannya, apabila Upin dan Ipin datang ke halaman rumahnya dengan kotak terompah Opah untuk bertanya di mana untuk mencari sebelah lagi terompah itu. Tok Dalang pun terkenang betapa sayangnya Opah dengan terompah itu, malah bercerita bahawa sebelah lagi terompah itu hilang kerana dihanyutkan sungai.

0813 terompah opah dihanyutkan sungai.png

Kisah lama terompah Opah.

Kisahnya begini: pada suatu hari masa mereka kecil-kecil dahulu, Tok Dalang, MuthuAh Tong dan Opah berempat bermandi di sungai. Tok Dalang ada menegur Opah supaya jangan memakai terompah dalam sungai, tetapi Opah tidak mengendahkannya. Akibatnya, terompah Opah dihanyutkan oleh sungai dan Tok Dalang berhempas menuntut balik terompah itu, tetapi hanya sebelah sahaja yang terdapat.

0813 tok dalang boleh.png

Boleh!

Sementara Ipin menangis gara-gara kisah lama lagi, Upin bertanya di mana hendak mendapat sebelah lagi terompah ini kerana Opah teringin untuk memakainya lagi. Jelas Tok Dalang, terompah ini kini tidak terdapat kerana ianya ditempah khas, maka kembar itu kecewa. Tetapi Tok Dalang menawarkan untuk membuat terompah baru untuk Opah dengan bantuan Upin dan Ipin, maka Upin dan Ipin kembali ceria.

0813 naik motor.png

Bakul jadi kereta sisi.

Mula-mula, mereka bertiga menaiki motosikal ke dusun kerana Tok Dalang bercadang untuk mencari kayu pokok durian. Ujar Ipin, mentang-mentang Tok Dalang ada dusun durian, tiada perlunya mencari kayu lain. Jelas Tok Dalang, dia memilih kayu durian kerana kayu lain tidak sesuai atau sukar dicari di kawasan kampung. Contohnya, kayu pokok getah cepat reput apabila basah, manakala kayu jati mahal dan sukar dicari sedangkan kayu durian tahan lama dan percuma.

0813 dahan gugur.png

Beratnya dahan gugur ni.

Setiba mereka di dusun durian Tok Dalang, Upin bertanya pokok mana yang harus ditebang. Tok Dalang menuding ke arah satu pokok dengan rantingnya, tetapi pokok itu kelihatan penuh berbuah maka Ipin cuba menegah Tok Dalang. Rupa-rupanya Tok Dalang memaksudkan dahan yang terjatuh di sebelah pokok berkenaan, lalu menyuruh kembar itu untuk mengangkat.

Tetapi nampak gayanya dahan gugur itu terlalu berat untuk diangkat oleh kedua-dua kembar sekali, tak kira berapa kali mereka mencuba. Akhirnya mereka meminta tolong Tok Dalang untuk menangkat dahan itu.

0813 masuk bengkel.png

Siap sedia untuk buat kerja.

Sekembali mereka di rumah Tok Dalang, mereka bertiga memasuki dan menyiapkan bengkel untuk memulakan kerja membuat terompah. Tetapi sebelum menggergaji dahan, Tok Dalang bertanya berapa saiz kaki Opah. Upin meneka, sama saiz dengan kaki Tok Dalang, tetapi Tok Dalang tidak percaya. Ipin mencari jalan lalu meminta diri ke luar bengkel dan balik ke rumahnya.

0813 rembo pakai selipar.png

Pinjam selipar kejap.

Opah sedang keluar melalui pintu bilik dapur sebaik sahaja Ipin kembali di rumah, maka Ipin cuba meminta izin Opah untuk meminjamkan selipar, tetapi Opah tidak endah kerana mahu bergegas ke pasar. Kebetulan pula Rembo datang berlalu dengan memakai sebelah selipar Opah, maka Ipin cuba untuk menangkap ayam itu.

0813 telur ros.png

Telur aku!

Kejaran Ipin menyebabkan Rembo cemas dan meluru masuk ke dalam bilik dapur dan nyaris membuat Kak Ros tersandung dan terjatuhkan telur-telur yang dipegangnya, dan akhirnya terlanggar peti sejuk dan pengsan. Ipin meluru masuk sekali dan juga terlanggar Kak Ros, kali ini membuat telur-telurnya habis pecah.

Bahagian 3

0813 bentuk terompah.png

Lebih kurang sebesar ini...

Akhirnya Ipin kembali ke bengkel Tok Dalang dengan selipar Opah, tetapi kepenatan sampai rebah kerana puas mengejar Rembo (dan berlari dari Kak Ros yang marah). Maka hanya tinggal Tok Dalang dengan Upin yang cukup tenaga untuk mengerjakan terompah. Mula-mula, Tok Dalang menyiapkan dahan kepada bentuk kayu yang bermuka rata, menyurih bentuk kasut selipar di atas kayu, menggergaji dan mengikir untuk mendapatkan bentuk kasar terompah.

0813 usikan.png

Saja nak kejutkan dia.

Kemudian dia menghulurkan potongan kayu kepada Upin untuk digilap dengan kertas pasir. Di tengah-tengah kerjanya Upin menoleh ke arah Ipin yang lelap menelentang di atas lantai bengkel lalu mengambil kesempatan untuk membuat satu usikan, iaitu meniupkan habuk kayu terhadap Ipin hingga dia bangun dan bersin ringan. Gelagat kembar itu ditegur oleh Tok Dalang dengan suara yang tegas, maka berakhirnya usikan Upin, tetapi Ipin sekali lagi bersin dengan beringus.

0813 balas usikan.png

Rasakan!

Kerja bersambung dengan Tok Dalang mengukir corak di atas terompah dengan pahat dan gandin, sementara Upin dan Ipin membuat kerja sendiri iaitu membuat rantai kunci bertangkai. Ipin mengambil kesempatan untuk membalas usikan tadi dengan memberi Upin selipar sebagai ganti berus untuk mewarnai tangkai.

Seterusnya, Tok Dalang menyapu terompah dengan cecair pengilat. Ada sekali dia mengelap muka dengan sarung tangan yang kotor dengan cecair pengilat, hingga dia ditertawakan oleh kembar itu kerana mukanya comot. Malah mereka turut mencomotkan muka dengan secalit cat warna di atas hidung masing-masing.

0813 cantiknya.png

Cantiknya!

Upin bertanya mengapa orang zaman sekarang tidak memakai terompah. Jelas Tok Dalang, terompah sukar untuk didapati berbanding kasut dan selipar. Ipin setuju kerana tidak pernah melihat terompah dijual di kedai. Tambah Tok Dalang, terompah masih dijual tetapi sudah berkurangan.

Tok Dalang menunjukkan terompah yang hampir siap kepada Upin dan Ipin. Kembar itu kagum dan meminta supaya Tok Dalang membuat banyak-banyak terompah. Sambil membuat vamp terompah, Tok Dalang berpesan supaya orang muda belajar membuatnya sebagai penyambung warisan.

0813 tempat istimewa terompah lama opah.png

Bekas istimewa untuk barang kenangan.

Akhirnya terompah baru Opah siap, lalu disimpan di dalam kotak kasut. Untuk menyimpan terompah lama Opah yang tinggal sebelah pula, Tok Dalang menyiapkan suatu bekas kotak kaca beralas khas sambil memesan Upin dan Ipin untuk menyampaikan nasihatnya kepada Opah supaya menyimpan terompah ini elok-elok dan jangan dibawa untuk mandi sungai.

Siang bertukar malam, Upin dan Ipin menghadiahkan terompah baru kepada Opah. Apabila ditanya dari mana mereka memperolehnya, Upin menjawab "biarlah rahsia". Apapun, Opah berterima kasih kepada cucu-cucunya atas pemberian tadi. Ipin mengujar ada satu lagi benda istimewa untuk Opah, tetapi dikutuk "bodek" oleh Ros sambil menonton TV.

0813 terompah baru opah.png

Mana korang dapat ni?

Jadi Upin dan Ipin menunjukkan terompah lama Opah dalam bekas kaca beralas, maka Opah sekali lagi teruja. Ipin tidak lupa menyampaikan pesanan Tok Dalang supaya jangan dibawa mandi di sungai, maka Opah akhirnya sedar akan kisah lama yang dikongsi dengan Tok Dalang. Upin dan Ipin meminta Opah bercerita, tetapi Opah berkata, "biarlah rahsia".

0813 ros pakai terompah.png

Cantik, kan?

Kak Ros yang puas melihat Upin dan Ipin menghadiahi Opah turut serta menagih rahsia daripada Opah. Opah tetap enggan, sebaliknya menawarkan terompah barunya kepada Ros. Ros cuba memakainya dan juga berlagak dengan terompah itu, tetapi akhirnya jatuh. Upin dan Ipin menarik nafas lega kerana terompah tidak diapa-apakan, sementara Opah menegur Ros kerana menyalahgunakan terompah itu. Kemudian mereka cuba mengubati hati Kak Ros menawarkan rantai kunci bertangkai wajah mereka, tetapi dibalas dengan Kak Ros yang merajuk.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak