Fandom

Upin & Ipin Wiki

Tersilap

211laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share
"Tersilap"
Episod Upin & Ipin
No. episod 34, 35, 36
Tarikh siaran asal 17 Disember 2016

"Tersilap" merupakan episod ke-34, ke-35 dan ke-36 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh.

Sinopsis

Plot

Bahagian 1

Upin dan Ipin disuruh oleh Opah untuk pergi menuai bawang, tetapi mereka bergegas balik ke rumah untuk mengadu ada tanaman kering kepada Opah dan Ros. Rupa-rupanya itulah pokok bawang yang disalah anggap kering kerana daunnya kelihatan layu.

Kemudian Ros menyuruh adik-adiknya pergi menghantar barang kepada Abang Salleh. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan Mei Mei yang membawa pokok bunga matahari, juga menuju kepada Abang Salleh. Setibanya di situ mereka menyampaikan hantaran masing-masing kepada Salleh dengan gembira, malah Upin dan Ipin dibalas dengan "benih bunga matahari".

Bahagian 2

Ehsan dan Fizi datang berlalu mengumumkan kejadian pisang seribu di dusun Tok Dalang. Maka Upin, Ipin, Mei Mei dan Salleh pun pergi bergegas untuk menyaksikan fenomena tersebut yang menarik seluruh kampung dan juga orang luar dan pihak media. Upin dan Ipin pun meluahkan minat untuk menanam pokok pisang seribu sendiri, maka Tok Dalang beri mereka sepucuk.

Upin dan Ipin kembali ke rumah untuk menanam tanaman sendiri dengan berian Salleh dan Tok Dalang tadi. Hairannya, setelah beberapa hari ditanam pokok bunga matahari belum bercambah. Ini menyebabkan Upin dan Ipin sedih, dan Ros pula geli hati menyaksikan kegagalan adik-adiknya.

Bahagian 3

Ketidakjadian pokok bunga mendorong Upin dan Ipin untuk meminta nasihat daripada Mei Mei. Mei Mei berpesan supaya mereka juga menyanyi agar pokok cepat tumbuh. Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin ditegur oleh Kak Ros yang baru menggali tempat tanaman mereka lalu menemui biji manik yang sepatutnya dihantar kepada Abang Salleh, tetapi rupa-rupanya Salleh tersilap beri manik, jadi tertangguhlah baju baru yang ditempah oleh Ros kepada Salleh.

Melihat kejadian ini, Opah memesan cucu-cucunya supaya memeriksa barang yang diterima sebelum menerima agar tidak terjadi lagi kesilapan seumpama ini. Kemudian Upin dan Ipin beralih pula kepada pucuk pokok pisang seribu. Malang sekali itu pun hilang (gara-gara dicuri monyet), membuat kembar teresak-esak.

Teaser

Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Tersilap02:55

Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Tersilap

Teaser: Upin & Ipin Musim 10 - Tersilap

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak