Upin & Ipin Wiki
Advertisement


Upin ialah satu watak utama dan eponim siri Upin & Ipin. Dia merupakan abang kembar kepada Ipin, adik kepada Ros dan cucu kepada Opah.

Rupa

Walaupun Upin dan Ipin merupakan pasangan kembar seiras dan sama-sama berkepala botak, Upin dapat dibezakan dengan Ipin kerana ada sehelai rambut berpilin yang menonjol di atas kepala botaknya, serta sering memakai singlet kuning yang tertera huruf "U".

Perwatakan

Upin lebih banyak bercakap berbanding Ipin dalam siri. Sebagai abang, Upin banyak menunjukkan sifat keketuaan kepada Ipin, dan lebih banyak mencari akal dan merancang untuk adiknya berbanding yang sebaliknya. Apabila tidak bernakal, Upin turut membetulkan kesilapan Ipin. Upin jarang sekali berjauhan dengan Ipin, menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan.

Advertisement