Fandom

Upin & Ipin Wiki

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

FB IMG 1475670694280.jpg

Poster rasmi.

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ialah sebuah filem terbitan KRU Studios bersama Les' Copaque Production. Filem ini adalah filem gabungan live-action (pelakon sebenar) dengan kesan animasi CGI, mengisahkan watak-watak Upin dan Ipin menjelma di dalam dunia nyata dan berkawan dengan seorang anak yatim.

Filem ini diarah oleh Erma Fatima bersama Hajah Ainon Ariff, dan dibintangi oleh Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifuddin dan Remy Ishak, di samping Asyiela Putri sebagai pengisi suara Upin dan Ipin. Filem ini ditayangkan mulai 24 November 2016 di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

Sinopsis

Aqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan.

Treler

Official Trailer Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!01:55

Official Trailer Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak