Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement
Perhatian

Usaha menyunting di wiki ini dan lain-lain wiki di Wikia adalah ditujukan kepada golongan yang matang bukan sahaja dari segi umur bahkan juga daya mental. Pengguna dikehendaki berumur 13 tahun ke atas untuk membuka akaun Wikia.


Selamat datang ke Wiki Upin & Ipin!

Upinipindankawankawan2014

Wiki Upin & Ipin ditubuhkan dalam sistem Wikia untuk menempatkan rencana-rencana khusus berkenaan siri animasi Upin & Ipin terbitan Les' Copaque Production. Misalnya, rencana mengenai setiap watak, episod, latar tempat dan perincian-perincian lain berkenaan dunia cereka dan di sebalik tabir Upin & Ipin.

Panduan penyuntingan

Wiki Upin & Ipin mengalu-alukan ada sebagai penyumbang untuk mencipta (atau "membuka") rencana-rencana baru berkenaan satu demi satu episod, watak, latar tempat dalam dunia cereka Upin & Ipin, perihal dunia sebenar di sebalik tabir Upin & Ipin (syarikat, tokoh dsb.) dan perincian-perincian lain yang ada kena-mengena dengan francais Upin & Ipin. Setiap rencana yang dicipta harus digolongkan dalam kategori (Episod musim pertama, Watak dsb).

Selain mencipta rencana, anda juga dialu-alukan supaya menyumbangkan gambar dan media-media lain berkenaan Upin & Ipin. Tapi ingat, gambar yang diambil dari sedutan Upin & Ipin atau bahan-bahan berkenaan mungkin dilindungi hak cipta! Jangan risau, kami ada satu petua: anda boleh menuntut kegunaan wajar (fair use) apabila menyumbangkan bahan-bahan berhak cipta ke dalam wiki ini.

Untuk mendapatkan bantuan selanjutnya, sila ke laman Bantuan kami.

Hubungan dengan Wikipedia

Untuk yang tertanya-tanya mengapa rencana-rencana terperinci sedemikian tidak dibuat dalam Wikipedia sahaja, ini adalah kerana Wikipedia tidak menggalakkan penggunanya mencipta rencana untuk watak-watak dan episod-episod individu, lebih-lebih lagi watak pembantu dan kecil yang tidak diharapkan mempunyai maklumat yang cukup berisi. Wikipedia menitikberatkan kualiti, bukan kuantiti, jadi ia mahu mengurangkan rencana-rencana yang dianggap remeh supaya dipandang tinggi oleh pembaca. Lagipun, platform penyuntingan Wikipedia masih berteraskan kod wiki (yang mungkin memeningkan kepala pengguna biasa), manakala Wikia menggunakan kemudahan WYSIWYG ala Microsoft Word yang pasti memudahkan pengguna di sini berbanding Wikipedia.

Hubungan dan Les' Copaque

Sila sedia maklum bahawa Wiki Upin & Ipin tidak berurusan rasmi dan tidak menjalin sebarang hubungan dengan pihak penerbitan siri Upin & Ipin, iaitu Les' Copaque Production, mahupun syarikat-syarikat yang menyiarkan atau mengedarkan siri TV dan francais Upin & Ipin. Wiki Upin & Ipin khusus buat peminat francais ini, tetapi sesiapa yang bekerja di Les' Copaque sudi menyalurkan input kepada wiki ini asalkan tidak bersifat 'membodek' Upin & Ipin. Perlu ditegaskan bahawa sebarang tindakan mengambil bahan-bahan dari Upin & Ipin untuk disumbangkan kepada wiki ini mestilah berlandaskan undang-undang hak cipta Malaysia, dan anda boleh menuntut kegunaan wajar untuk bahan-bahan berkenaan bagi pihak wiki ini.

Advertisement