Fandom

Upin & Ipin Wiki

Upin & Ipin the Musical

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

T2UUpinIpin.jpg

Poster Upin & Ipin the Musical 2012.

Upin & Ipin the Musical ialah sebuah acara pementasan adaptasi siri Upin & Ipin yang dipersembahkan oleh Les' Copaque Production dengan kerjasama CTRA Production. Pementasan ini dilancarkan pada tahun 2012 khusus buat para peminat setia Upin & Ipin sempena meraikan kejayaan penyiaran siri animasi ini secara lima tahun berturut-turut.

Musim 2012

Pementasan sulung Upin & Ipin diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 14 April hingga 7 Mei 2012. Sepanjang tempoh tersebut, pementasan diadakan pada waktu 8.30 malam setiap hari dan juga pada waktu 3 petang setiap hujung minggu, terdapat 23 sesi malam dan tujuh sesi petang kesemuanya. Setiap sesi tempohnya sekitar 90 minit.[1] Kesemua persembahan ini dipentaskan dalam bahasa Melayu, kecuali satu sesi petang istimewa dalam bahasa Inggeris pada 28 April.[2] Pementasan ini diarah dan ditulis skripnya oleh Zaifri Husin, diserikan dengan lagu-lagu ciptaan Pak Ngah dan koreografi oleh A. Aris Kadir.

Demi mengurangkan tekanan ketika berlakon, pementasan ini menggunakan dua set pelakon yang berbeza dan bergilir-gilir naik pentas, iaitu kumpulan "Upin & Ipin A" dan "Upin & Ipin B". Pemegang watak-watak utama "Upin & Ipin A" dipegang oleh Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril (Upin) dan Muhammad Faritz Danial Roshaimi (Ipin), dan "Upin & Ipin B" pula Faris Azim Abd Karim (Upin) dan (Ipin).[3][4] Barisan pelakon diserikan oleh Mazhar Mahathir yang memegang watak doktor gigi, Dr. Ravi.

Sinopsis

Upin dan Ipin serta rakan-rakan sedang bermain dan berteduh di dalam sebuah gua ketika hari hujan. Namun, nasib mereka malang apabila sekumpulan labah-labah yang marah mengejar mereka sehingga ke tergelongsor jatuh Ke dalam terowong. Puteri Cinonet yang memang ingin mengenali kanak-kanak yang paling gembira di dunia, iaitu Upin dan Ipin telah dibawa ke kerajaan Cinonet setelah terpisah dari rakan-rakan mereka. Upin dan Ipin telah mengajar erti kegembiraan kepada Puteri Cinonet dengan mengajarnya pelbagai aktiviti yang menarik. Namun, kehilangan Upin dan Ipin menjadi satu kegusaran buat rakan-rakannya di Bumi.[5]

Rujukan

  1. Adventurous pair, 10 April 2012. Dicapai pada 22 April 2012.
  2. Upin & Ipin to perform on stage, The Star Metro, 2 March 2012. Dicapai pada 22 April 2012.
  3. Dua set Upin dan Ipin, Kosmo!, 6 Mac 2012. Dicapai pada 22 April 2012.
  4. Tidak boleh duduk diam, Harian Metro, Dicapai pada 22 April 2012.
  5. Sinopsis Upin dan Ipin The Musical, 14 April -6 Mei, Lirikami. Dicapai pada 22 April 2012.

Pautan luar

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak