Fandom

Upin & Ipin Wiki

Ulasan0

Kalau saya mati besok, macam mana?

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Kesianlah saya tengok wiki ini, tidak serancak wiki BoBoiBoy yang jauh lebih ramai walaupun wiki U&I dibuka terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi rencana episod yang saya hanya sempat buka dengan ringkasan tapi tidak sempat lengkapkan dengan plot terperinci. Oleh yang demikian, saya harapkan bantuan kawan-kawan di luar sana memperbaiki laman-laman berkenaan dengan usaha sendiri tanpa terlalu berharap pada saya selaku tuan wiki ini. Lagipun, saban hari hidup kita belum tentu lanjut sehari usia. Kalau tuan wiki ditimpa apa-apa besok, macam mana? Terbiarlah wiki ini selagi ahli-ahli tidak belajar mengerti fungsi wiki dan menggunakan masa lapang berinternet untuk merakam jalan cerita episod demi episod baru yang ditonton di kaca TV.

Demi memelihara keteraturan wiki ini dalam jangka masa panjang, saya mengalu-alukan anda semua rajin-rajin membaca Panduan gaya sebelum membuat sumbangan. Selepas baca habis dan faham semuanya dalam hati, dengan rasa penuh yakin anda boleh membuat rencana-rencana yang lengkap, padat lagi kemas supaya boleh dibaca oleh peminat U&I turun-temurun! – SayaAnakBangsaMalaysia 11:17, 3 September 2012 (UTC)

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak