Fandom

Upin & Ipin Wiki

Ulasan0

Tahun baru, wajah baru

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sudah tiga tahun Wiki Upin & Ipin dibuka, kiranya sudah tiba masa untuk melakukan sedikit renovasi. Maaf sebab dah lebih setahun tak tulis apa-apa di blog ini. Sibuk dengan kerja mencari nafkah, malah wiki ini masih belum mencapai kerancakan yang diingini, hingga saya nyaris terlupa akan blog ini. Nasib baik wiki ini terpelihara dengan maklumat tentang episod-episod baru untuk siri Upin & Ipin yang kian rancak dan dinamik ini.

Mula-mula, saya mengubah susun atur kolum-kolum di Laman Utama supaya nampak lebih padat macam di wiki-wiki lain. Ada pelan untuk buka tinjauan (poll) tentang hala tuju wiki ini di masa akan datang. Bahkan saya harus melantik orang lain untuk membantu saya selaku admin di masa saya sibuk dengan urusan lain.

Dan satu lagi, saya sedang melakukan pengubahsuaian pada format rencana episod yang menyertakan sinopsis (ringkasan cerita) dengan plot (cerita terperinci) sekali, dengan memanfaatkan ciri Tabber sebagai pengemas di mana sinopsis didahulukan dan plot dibelakangkan, khusus untuk mereka yang sensitif dengan spolier. Amacam, okey tak? :)

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak