Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Warna-Warni" (tiga bahagian) merupakan episod ke-19, ke-20 dan ke-21 dalam musim ke-8 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

0807 hijau ke oren

Corak sudah lukis, sekarang nak warna pula.

Pada suatu hari yang hujan, Kak Ros sedang menimbang warna-warna yang sesuai untuk lukisan corak yang baru dilukis garisnya. Pada masa yang sama Upin dan Ipin mahu mengusik kakak mereka. Mereka dihalang sebentar oleh Opah yang membaca buku cerita, tetapi kemudian dibenarkan semula setelah merayu dengan niat baik. Maka pasangan kembar cilik itu senyap-senyap berjengket ke arah Kak Ros sambil bersiap sedia untuk membuat usikan gempar. Malangnya setelah mereka dekat, Kak Ros berjaya mematahkan cubaan mereka.

0807 kuning vs biru

Kuning! Biru!

Maka Upin dan Ipin bertemu dengan lukisan Kak Ros yang belum diwarnainya itu. Upin bercadang supaya gambar itu diwarnai dengan apa-apa sahaja, tetapi Kak Ros berpesan khuatir tidak cantik jadinya. Maka Upin dan Ipin mencadangkan warna kegemaran masing-masing untuk gambar itu. Upin mencadangkan warna kuning sedangkan Ipin mencadangkan warna biru, padan dengan warna baju masing-masing. Mereka berdua berlumba-lumba mencadangkan warna masing-masing kepada Kak Ros hingga mereka saling bertengkar, maka Kak Ros terpaksa menengking mereka selantang-lantang suaranya kerana dia mahu mewarnai gambarnya dengan warna pilihan dirinya sendiri, bukan pilihan mereka.

0807 pelangi

Akak! Opah! Pelangi!

Mujurlah pada masa yang sama, hujan sudah pun reda, malah udara di luar pun segar, bolehlah Upin dan Ipin keluar untuk bermain. Tambahan pula, belum turun dari anjung pun, mereka melihat sejalur pelangi yang berwarna-warni di langit lalu mengajak Opah dan Kak Ros keluar untuk melihatnya. Kak Ros teruja melihat pelangi yang sekian lama tidak dilihatnya. Pesan Opah, pelangi tidak sering kelihatan."sekejap ada, sekejap tak ada." Malah cerita Opah, orang tua-tua percaya bahawa pelangi merupakan naga yang turun dari langit untuk minum air.

Keesokan hari di tadika, sebelum kelas bermula Jarjit mahu berteka-teki dengan kawan-kawan di satu meja. Soalnya, "Dua tiga besi berani, namakan air yang sangat berani." Ehsan meneka, "Air yang kena minum". Satu meja bergema dengan gelak tawa hingga dipatahkan oleh ujaran "salah" oleh Jarjit yang memberikan "air terjun" sebagai jawapan yang betul dengan sebab bahawa air terjun berani terjun tinggi-tinggi. Oleh itu hilanglah rasa kelakar satu meja. Ulas Mail, itu "teka-teki kenakan orang" sedangkan Fizi meminta lagi pantun daripada Jarjit.

0807 naga pelangi

Dongeng naga pelangi.

Nampaknya Jarjit sudah kering idea, tetapi Upin sempat mengutarakan teka-teki baru. Soalnya, "Benda ini berwarna-warni dan melengkung; sekejap ada, sekejap tak ada". Sukarnya kawan-kawan hendak menjawab. Belum sempat Upin mengumumkan jawapannya, Jarjit mencelah dengan menjawab "pensel warna", "krayon" dan "jambatan warna-warni". Ketiga-tiganya pun salah. Jadi Ipin menyebut jawapan betulnya sebagai "pelangi", kemudian Upin menceritakan dongeng naga pelangi yang dikisahkan oleh Opah kepada kawan-kawannya.

Setelah mendengar cerita naga pelangi, Ehsan menyimpulkan bahawa di hujung pelangi mesti ada kolam air untuk diminum oleh naga. Tambah Mail, dia dapat tahu dari buku cerita bahawa di kaki pelangi mesti ada emas. Dzul pula menyangkal cerita naga itu dengan kisah neneknya bahawa pelangi itu adalah warna-warni yang saling bergaduhan.

Bahagian 2[]

0807 drama warna

Kisah tujuh warna.

Dzul pun bercerita bahawa, pada zaman dahulu, ada tujuh warna, Merah (Mei Mei), Jingga (Ehsan), Kuning (Upin), Hijau (Mail), Biru (Ipin), Indigo (Susanti) dan Ungu (Jarjit). Masing-masing rasa sendiri lebih hebat. Oleh itu, mereka pun menayang kehebatan diri masing-masing bermula dengan Hijau berhujah akan dirinya paling penting kerana rumput dan pokok semua berwarna hijau. Biru berhujah yang demikian kerana air dan langit berwarna biru. Kuning berhujah bahawa warnanya membawa keceriaan dan kegembiraan kepada dunia, kemudian Jingga juga demikian kerana warnanya melambangkan kesihatan seperti yang dilambangkan oleh sayur-sayur labu dan lobak. Merah pula bermegah sebagai warna cinta, dengan iringan lamaran cinta antara dua ekor arnab (Ijat dan Devi).

Lepas itu, tiba giliran Ungu pula, tetapi belum sempat dia berhujah, tiba-tiba kilat datang melanda, maka semua warna pun berlari lintang-pukang dalam ketakutan. Datangnya Hujan (Fizi) menasihati mereka bertujuh agar tidak bongkak dan hiduplah bersama secara aman. Setelah mendengar nasihat Hujan, kesemua tujuh warna pun membentuk pelangi yang sangat cantik.

0807 kisah sebenar pelangi

Kisah sebenar pelangi.

Sebaik sahaja Dzul habis bercerita, disambutnya pula tepukan tangan dan pujian Cikgu Melati, tetapi Cikgu Melati berkata pelangi tidak terjadi sedemikian. Upin pun berkata yang pelangi terhasil kerana naga sedang minum air. Kemudian Cikgu Melati menerangkan pembentukan pelangi berdasarkan fakta-fakta sains, iaitu apabila cahaya matahari melalui titisan air, maka berlakunya pembiasan (penukaran arah cahaya lurus) yang menyebabkan cahaya bercapah menjadi jalur aneka warna, maka terbentuknya pelangi. Sayangnya murid-murid kurang memahami apa yang diajarkan itu.

0807 beza jingga dgn oren

Beza jingga dengan oren.

Selepas itu, Cikgu Melati bertanya tentang jumlah warna dalam pelangi. Murid-murid menjawab "tujuh". Kemudian Cikgu Melati menyuruh murid-murid menyenaraikan kesemua warna tersebut. Upin pun menjawab, "merah, oren..." Kemudian MeiMei pun mencela dengan menegaskan bahawa warna seterusnya ialah jingga, bukan oren. Fizi pun bertanya tentang perbezaan oren dan jingga. Ehsan pun menjawab bahawa oren itu buah oren, jingga pula adalah warna oren, sambil memegang krayon berwarna jingga di tangan kanan dan sebiji buah oren di tangan kirinya. Lepas itu dia mencampak krayon ke belakang dan hampir terkena Susanti. Sambil itu Ehsan berkata, buah oren sangat sedap. Kemudian Cikgu Melati menyuruh murid-murid menyambung warna seterusnya. Murid-murid pun menyambung jawab, "kuning, hijau, biru..."

0807 nemonik pelangi

Cara bijak menghafal turutan warna pelangi.

Di rumah, Upin dan Ipin bertikai tentang kedudukan warna dalam pelangi. Kak Ros terdengar dan datang membantu sambil berkata bahawa Upin dan Ipin tak tahu kedudukan warna pelangi. Jawab Upin, bukannya tidak tahu, tapi tidak ingat. Maka Kak Ros menyiapkan satu set krayon dan sehelai kertas lalu menulis serangkap nemonik: "Mari" dengan krayon merah, "Jual" dengan krayon jingga, "Kacang" dengan krayon kuning, "Hijau" dengan krayon hijau, "Bersama" dengan krayon biru, "Ipin" dengan krayon indigo, "Upin" dengan krayon ungu. Upin pun merajuk kerana nama Upin ditulis selepas nama Ipin, Upin adalah abang, sepatutnya berada diatas nama Ipin. Upin pun ingin mengubah kedudukan itu di kertas, tetapi dilarang oleh Kak Ros. Kemudian Kak Ros pun mengajar mereka untuk menggunakan huruf pertama setiap perkataan untuk menghafal kedudukan warna dalam pelangi. Upin dan Ipin pun berterima kasih kepada Kak Ros. Pada masa yang sama hal ini memberi ilham kepada Kak Ros untuk projeknya.

Bahagian 3[]

0807 sambung warna

Masa untuk mewarna.

Kak Ros pun mula mewarna. Kak Ros perlukan warna ungu, Upin pun cuba untuk mengeluarkan warna ungu tetapi tidak berhasil setelah kuat-kuat memicitnya. Rupa-rupanya warna ungu dah habis. Kak Ros pun menyuruh Upin untuk mencampurkan warna biru dengan merah untuk mendapatkan warna ungu. Ipin pun mencampurkan kedua-dua warna dengan jarinya. Warna ungu pun terhasil, macam "magik". Kak Ros menerangkan bahawa warna biru, merah dan kuning adalah warna asas.

0807 pesta warna

Pesta pora warna.

Upin pun mendapat kebenaran Kak Ros untuk mencuba warna lain. Ipin pun meletakkan warna kuning di tangan kanan dan warna biru di tangan kiri, kemudian gosok tangannya, terjadilah warna hijau. Upin pula terconteng mukanya seperti bermisai dengan warna biru, Ipin ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba ada lalat di hidung Ipin, Ipin pun ingin menghalau lalat itu, oleh itu hidung Ipin pun berwarna hijau, Upin pun ketawa terbahak-bahak. Kemudian Upin mengambil warna jingga dengan tangan kanan dan warna merah jambu dengan tangan kiri, kemudian memicit kedua-dua warna tersebut dan terjadilah bunga mercun. Upin dan Ipin pun bergembira sambil membazir warna milik Kak Ros. Kak Ros pun mengamuk lalu mematahkan berus warnanya kepada dua. Upin pun menipu Kak Ros untuk memandang ke arah kerusi Opah, sambil itu Upin dan Ipin pun melarikan diri.

0807 buih pelangi

Buih pelangi.

Selepas membersihkan diri, Upin menyepak batu dari tanah ke pokok, batu itu terpelanting ke atas dan hampir terkena Apin si kucing di dahan pokok, kemudian batu itu terkena pipi kanan Upin. Upin pun terasa sakit. Tiba-tiba buih muncul. Upin dan Ipin pun ternampak pelangi pada buih itu. Rupa-rupanya Ehsan sedang bermain buih dengan Fizi, Mei Mei dan Susanti. Mei Mei pun berkata buih itu sangat cantik dengan berkata, "Saya suka, saya suka."

0807 cakera pelangi

Cakera pelangi.

Susanti pula berkata dia boleh tunjuk pelangi dengan cakera DVD Pada Zaman Dahulu miliknya apabila terkena cahaya. Susanti terlupa untuk menterbalikkan cakera itu dari bahangian atas, maka Fizi pun berkata, tak ada pun pelangi. Kemudian Susanti pun menterbalikkan cakera itu ke bahagian bawah agar warna pelangi terhasil. Kawan-kawan pun gembira. Mail pula datang dengan aiskrim. Mail ingin menjual aiskrim itu dengan berkata, dua seringgit. Ehsan pun membeli satu. Selepas membeli, Ehsan kecewa kerana sepaket aiskrim berbatang dua kayu aiskrim. Ehsan pun berkata bahawa aiskrim yang Mail jual sepaket ialah satu aiskrim, bukan dua aiskrim. Mail pun menerangkan bahawa aiskrim itu boleh dibahagi dua, maka dua aiskrimlah maknanya. Mail juga menambah bahawa ais-krim ini ialah dua aiskrim yang bercantum. Ehsan pun makan kedua-dua aiskrim sekali gus. Fizi pun berkata yang dia pun boleh tunjuk pelangi dan mengajak kawan-kawan ke rumah Abang Salleh.

0807 aiskrim pelangi

Aiskrim pelangi.

Di hadapan rumah Abang Salleh, Mail, Susanti, Ehsan, Mei Mei, Upin, Fizi dan Ipin meminta kebenaran Abang Salleh untuk melihat pengelap cermin kereta bergerak. Upin pun berkata mereka nak tengok pelangi. Abang Salleh pun berasa pelik. Abang Salleh pun berkata, tengok pelangi di langit, bukan di kereta. Kawan-kawan pun buat muka comel agar Abang Salleh bersetuju dengan permintaan mereka. Akhirnya Abang Salleh bersetuju.

0807 pelangi kereta

Kereta pun boleh buat pelangi.

Di dalam kereta, Mei Mei duduk di hadapan bersebelahan Abang Salleh. Upin, Fizi dan Ipin duduk di bahagian tengah. Susanti, Ehsan dan Mail pula duduk di bahangian belakang sekali. Abang Salleh pun menghidupkan enjin kereta dan menghidupkan pengelap cermin depan. Apabila pengelap cermin dipasang, warna pelangi muncul (disebabkan oleh krayon). Abang Salleh pun terkejut. Kawan-kawan pun gembira kerana dapat lihat pelangi. Fizi pun gembira kerana rancangannya berjaya. Rupa-rupanya, Fizi telah letak serpihan krayon di pengelap cermin kereta Abang Salleh sebelum mereka meminta Abang Salleh menghidupkan enjin kereta. Maka Abang Salleh pun menyuruh mereka membersihkan keretanya bersih-bersih.

0807 balasan pelangi kereta

Pasal pelangi kereta, semua kena hukum.

Sambil membersihkan kereta Abang Salleh, Upin mencadangkan kepada Fizi agar mereka melakukan hal ini semula lain kali. Fizi pun menjawab, tentulah boleh. Upin dan Fizi mencuci sebelah kanan kereta, Susanti dan Mail mencuci belakang kereta, manakala Ehsan dan Ipin mencuci depan kereta. MeiMei pula menghidang jus untuk Abang Salleh yang duduk berpayung pantai sambil menyuruh kawan-kawan cuci keretanya bersih-bersih.

Di rumah, Upin memberitahu Opah yang Abang Salleh berasa marah atas hal tadi, dan kawan-kawan perlu cuci kereta Abang Salleh, tetapi Ipin gembira kerana dapat tengok pelangi. Opah menasihati mereka agar tidak buat lagi. Upin pun bertanya sama ada waktu malam ada pelangi. Kak Ros pun menjawab bahawa pelangi malam lagi cantik sambil menipu bahawa dia baru tengok pelangi malam tadi. Upin dan Ipin pun keluar untuk tengok. Lepas mereka keluar, Kak Ros kunci pintu, tidak membenarkan Upin dan Ipin masuk rumah.

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_8_-_Warni_Warni_Promo

Upin & Ipin Musim 8 - Warni Warni Promo

Upin_&_Ipin_Musim_8_-_Warna_Warni_(Teaser)_HD

Upin & Ipin Musim 8 - Warna Warni (Teaser) HD


Tonton di RCTI+[]

Advertisement